Monday, 23 July 2018

1963km Team Challenge


I'm in for 1963k with my team @marathonbaker25 lead by YB DIVA @aizatyanan ! It's easy! Each team members need to run at least 16km from 1st Aug till 31st Aug!


Jom, saya nak ajak buat challenge ni. Lari /jog 16km dalam masa sebulan (1 Ogos -31Ogos). Boleh buat multiple runs misalnya 4km x 4 kali lari. Nak buat 1 km ke..2km hari-hari sampai cukup 16km pun boleh. Nak buat 16km one shot pun boleh. Nak lari lebih dari 16km pun boleh! Eh..nak jalan pun bolehhhhh......kenapa 1963km? sebab sempena tahun 1963 MALAYSIA ditubuhkan...ada banyak team, tapi saya dah pilih join team Marathon Baker! (boleh cari mereka di IG atau FB)

Caranya....

 

1.Click this link to register (reg and pay online rm39.90). Lepas daftar anda akan dapat emel untuk further details.

https://www.billplz.com/1963MarathonBaker

2.Download apps getbiib . On apps ni masa lari nanti sebab apps ni catat km anda dan akan dipantau oleh leader & organizer. Kalau sesiapa dah pernah guna strava ke pedometer ke, runkeeper ke,,,apps getbiib ni lebih kurang je..

3. Utk mendapatkan tshirt (jenama fitgear okay...sy ada satu.. memang best dan ringan sgt tshirt ni), team mesti cukup minima 1963km cummulative dan individu yg cukup 16km/pax. Get it? Info lanjut di bawah.

Gmbr atas ni optional..xnak buat pun boleh.. tapi kalau nak tolong team promo boleh je buat untuk promo di IG atau FB.. jom! Sihat pun dapat...silap2 kurus pun boleh dapat nih kalau istiqomah berlari!

#1963kmchallenge
#teamdiva
#marathonbaker
#teammb



Sunday, 22 July 2018

IOI Mall Putra Charity Run 2018 8km

Masuk secara last minute atas ajakan kawan...fees pun murah je RM10. Tapi memang pernah join last year, dan rasanya nak jadikan run ni acara tetap setiap tahun hahahaha....(sebab murah kah3). Larian ni berlangsung pada 22 Julai 2018.

Total participants about 5 thousand people..as told by emcee, funds yang berjaya dikutip lebih kurang RM58,000.00. Saya mendapat nombor 8 dari 800 peserta wanita terbuka ( 18 - 39 tahun).Tahun lepas saya dapat nombor 15..alhamdulillah ada improvement! Ada 6 kategori iaitu lelaki terbuka 18-39 tahun, lelaki veteran 40 tahun ke atas, wanita terbuka 18-39 tahun, wanita veteran 40 tahun ke atas, junior bawah 18 tahun lelaki dan bawah 18 tahun wanita.

Sempat bergambar dengan kawan-kawan runners sebelum acara, ini Vivien, kategori veteran...lagi 2 tahun saya sama kategori dengan beliau...power ni...memang biasa dapat top 5 mana-mana acara!

My best friend Ain..

eh apesal posing pinggang patah hahahaha

Dapat medal dan cash RM80.00   :D

Runners are happy people yeah!

Tuesday, 17 July 2018

Hari Raya Kami

Hampir sebulan baru nak update...hahaha...seperti tahun-tahun sudah, kami berhari raya di Kelantan dahulu baru ke Johor... ada la misadventures masa sampai di rumah Kelantan..jam 11 malam, malam sebelum raya , blackout! Dengan rumah yang masih menggunakan teknologi telagayng memerlukan elektrikuntuk tarik air ke tangki, sebab belum masuk paip air kerajaan lagi ( ini rumah baru mak saya sebenarnya, baru je duduk selama 4 tahun, rumah lama rumah teres dah sewakan )...maka last minute decision, terpaksa cari hotel budget untuk bermalam...huhu... kamistay di Al Inshirah Inn dengan harga RM120.00 per night/room. Esok pagi nya tengok elektrik dah ada semula so sambung tido di rumah.



Bersiap di hotel di pagi raya hahahaha...adess..tragissss

Abd Mulok Clan




Dengan nephews