Apa itu selesema burung ?
Selesema burung ialah penyakit
berjangkit yang boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kematian
terutama kepada burung-burung domestik seperti ayam, angsa, itik dan
ayam belanda
What is bird flu?
Bird
flu or avian influenza is a highly contagious disease which can cause
sickness and death especially in domesticated birds like chickens,
geese, ducks and turkeys.
Apakah yang menyebabkan penyakit ini?
Selesema
burung disebabkan oleh virus avian influenza (AI) yang biasanya boleh
berjangkit kepada burung, kadang kala kepada babi dan jarang-jarang
kepada kuda, anjing laut, ikan paus, manusia dan juga lain-lain
binatang. Terdapat banyak jenis subtypes virus AI, misalnya H5N1.
What causes it?
Bird
flu is caused by avian influenza (AI) virus which normally only infects
birds, less commonly pigs and rarely horses, seals, whales, humans and
other animals. There are many subtypes of AI virus.
Dari mana datangnya virus ini?
Virus ini
telah wujud lebih dari se abad yang lalu dan wujud secara semulajadi
dikalangan burung-burung liar yang selalunya tidak mengalami penyakit
kesan dari virus tersebut
Where did the virus come from?
The
avian influenza virus has been around for over a century and occurs
naturally among wild birds which usually do not get sick from it.
Kenapa ketika ini selesema burung membimbangkan?
Subtype
H5N1 yang mula-mula dikesan pada tahun 1997 tersebar dikalangan
burung-burung di seluruh dunia pada masa kini. Semenjak 2003 ianya telah
merebak di Negara-negara Asia dan Eropah yang menyebabkan kadar
kematian yang tinggi pada ayam itik dan burung liar. Lebih 200 juta ekor
ayam itik dan burung liar telah mati atau dibunuh disebabkan oleh virus
ini semenjak tahun 1997. Virus H5N1 juga boleh berjangkit kepada
manusia dalam keadaan tertentu
Why is bird flu of concern now?
The
subtype H5N1 currently circulating among birds worldwide was first
detected in 1997. Since 2003 has spread among many countries in Asia and
Europe causing heavy mortalities in poultry flocks and wild birds. Over
200 million poultry and birds have died or were killed since 1997 due
to this virus. The H5N1 virus is also capable of causing disease in
humans under certain circumstances.
Dimanakah H5N1 telah dilaporkan?
Virus
H5N1 telah dilaporkan di beberapa Negara tetapi pada masa ini aktif di
China, Cambodia, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Kazakhstan,
Mongolia, Russia, Turkey, Romania dan lain-lain negara.
Where has H5N1 been reported?
H5N1
virus has been reported in several countries but currently active in
China, Cambodia, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Kazakhstan,
Mongolia, Russia, Turkey, Romania and other countries.
Adakah penyakit selesema burung di Malaysia?
Malaysia
bebas dari penyakit selesema burung sehingga Ogos 2004 apabila kes
pertama dikesan di Kelantan. Penyakit ini telah berjaya di benteras
dengan segera dan Malaysia diiktiraf bebas dari penyakit ini pada 5
Januari 2005. Kes terpencil sekali lagi dilaporkan kira-kira satu tahun
kemudian di Kuala Lumpur yang sedang dibasmikan.
Is there bird flu in Malaysia?
Malaysia
has been free from bird flu until August 2004 when cases were detected
for the first time, in Kelantan. The disease was promptly eradicated and
Malaysia’s disease-free status was reinstated on 5 January 2005.
Isolated cases are again reported exactly one year later, in Kuala
Lumpur which is being eradicated.
Apakah tanda-tanda penyakit selesema burung pada unggas?
· Murung dan kurang selera
· Batuk, bersin dan lelehan dari hidung
· Bengkak di kepala, balung, pial dan kaki
· Balung, pial dan kaki berubah warna kepada ungu
· Cirit berwarna kehijauan
· Pengeluaran telur jatuh
· Dalam kes yang teruk kematian mengejut berlaku dan kadar kematian tinggi
What are the symptoms of bird flu in birds?
· Depression and lack of appetite
· Coughing, sneezing and nasal discharge
· Swelling of head, comb, wattles and eyelids
· Purple discoloration of comb, wattles and legs
· Greenish diarrhea
· Drop in egg production
· Sudden death and high mortality in severe cases
Bagaimana penyakit ini merebak?
· Burung hijrah
· Pergerakan unggas yang terjangkit.
How does the disease spread?
· Migratory birds
· Movement of infected birds
Bagaimana unggas mendapat jangkitan?
Virus
terdapat dalam najis, air liur dan lelehan dari hidung unggas yang
terjangkit. Unggas boleh dijangkiti apabila tersentuh dengan benda-benda
ini, dengan unggas yang mati, makanan, air, peralatan, kenderaan dan
lain-lain benda yang tercemar.
How do birds get infected?
Virus
is shed in feces, saliva and nasal secretions of infected birds. Birds
get infected when they come into contact with these, with dead birds and
with contaminated feed and water, equipments, vehicles and other
objects.
Apakah risiko jangkitan berlaku kepada manusia?
Virus
avian influenza biasanya tidak akan menjangkiti manusia tetapi orang
boleh terjangkit apabila sentiasa bersentuhan rapat dengan unggas
terjangkit dan najisnya. Hanya 140 kes yang dilaporkan pada manusia,
kebanyakkannya di Asia Tenggara (Vietnam, Thailand, Indonesia, Cambodia
dan China) dengan 70 kematian, walaupun jangkitan ini tersebar luas pada
unggas dan burung liar.
What is the risk of infection in humans?
Avian
influenza viruses do not usually infect humans but people can contract
the disease through close contact with infected poultry and the feces.
Only 140 human cases reported, mostly in South East Asia (Vietnam,
Thailand, Indonesia, Cambodia and China) with over 70 deaths, despite
widespread outbreaks in poultry and wild birds.
Siapakah yang berisiko?
Orang-orang yang
bekerja dikalangan burung dan ayam itik, di rumah sembelih dan yang
mengendali daging mentah dan baja (najis ayam) menghadapi risiko
jangkitan. Langkah-langkah pencegahan ialah:
· Guna pakaian perlindungan yang lengkap (sarung tangan, gogal, kasut but, topeng, cover-all)
· Sentiasa membasuh tangan
· Kendali daging mentah dan produk dengan bersih
Who are at risk?
People
working with birds and poultry flocks, in slaughter house and those
handling raw meat and manure are at risk. Necessary precautions should
be taken at all times.
· Use of protective attire (gloves, goggles, boots, mask, cover-all)
· Washing hands frequently
· Hygienic handling of raw meat and products
Adakah daging ayam selamat untuk dimakan?
Daging
ayam itik dan telur yang dikeluarkan secara komersial di Negara ini
adalah selamat untuk dimakan. Kes yang terjadi di Negara kita adalah
terhad kepada ayam yang lepas bebas. Malah tidak ada bukti bahawa dengan
memakan daging ayam itik dan telur boleh menyebabkan penyakit selesema
burung, namun adalah wajar daging dan telur dimasak secukupnya. Produk
mentah perlu dikendalikan secara bersih terutama di tempat berlakunya
wabak.
Is chicken meat is safe to eat?
Poultry
meat and eggs produced commercially in the country are safe for
consumption as both outbreaks in the country are localized and
restricted to free roaming chicken. There is also no evidence that
consumption of poultry meat and eggs can cause bird flu, however it is
advisable to always cook meat and eggs properly. Hygienic handling of
raw products is important in places where outbreaks occur.
Apakah yang dilakukan oleh kerajaan kita?
Semenjak
akhir tahun 2003, disebabkan ancaman dari burung hijrah dan penyeludupan
di sempadan , survelan di Negara kita diperhebatkan untuk mengesan dan
membasmi virus secepat mungkin. Kawalan sempadan dan pemeriksaan
veterinar di pintu masuk diperkukuhkan.
What is our government doing?
Since
late 2003, due to threat from migratory birds and smuggling across the
borders, surveillance in the country was enhanced to detect and
eradicate the virus quickly. Border control and veterinary checks at
entry points have been strengthened.
Apakah yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH)?
Selain
dari memperketatkan pintu-pintu masuk negara, strategi kawalan penyakit
ialah untuk mengesan virus AI dengan cepat dan mengambil tindakan segera
untuk membasmi jangkitan dan mencegah wabak. Langkah-langkah yang
diambil untuk mengesan virus ialah:
· Survelan
klinikal dan virologikal di ladang-ladang ayam, itik, puyuh dan
lain-lain ladang, burung yang diimport, kedai haiwan kesayangan, burung
hijrah, zoo, aviary, ayam kampong, ayam sabung, kawasan sempadan, pasar,
rumah sembelih dan lain-lain
· Sampel diambil secara berkala di semua premis ini untuk ujian di makmal
· Kadar kematian lebih dari 3% wajib dilaporkan ke JPH
· Larangan import dari Negara yang dijangkiti
· Siasatan serta merta jika ada laporan kematian pada unggas
What is Department of Veterinary Services (DVS) doing?
In
addition to tightening the entry points, the strategy is to detect the
AI virus quickly once it enters the susceptible bird populations in the
country so that immediate actions are taken to eradicate and to stop
spread of disease. Steps taken to detect virus:
· Clinical
and virology surveillance in chicken, duck, quail and other farms,
imported birds, pet shops, migratory birds, zoo, aviaries, village
chicken, fighting cocks, border areas, wet markets, slaughter houses and
etc.
· Samples are taken at regular intervals at all these premises for laboratory testing
· Compulsory reporting to DVS of mortalities of >3% by farmers and others
· Prohibition of imports from infected countries
· Immediate investigation of reports of deaths in birds
Apakah yang harus dilakukan oleh penternak ayam itik dan lain-lain premis unggas di dalam mencegah jangkitan?
· Kebersihan dan biosekuriti ladang sangat penting
· Penggunaan jaring kalis burung di bangsal ayam itik supaya burung liar tidak dapat masuk ke bangsal
· Beli stok ayam itik dari sumber yang boleh dipercayai
What should poultry farms and other bird premises do to prevent infection?
· Cleanliness, hygiene and biosecurity in farms are very important
· Use of bird-proof nets in poultry houses to keep wild birds away from poultry
· Buy poultry stocks from reliable sources
Apakah yang perlu saya lakukan sebagai seorang awam untuk membantu ?
· Lapor serta merta kepada JPH jika terdapat unggas yang sakit atau mati
· Jangan melupus sendiri unggas atau ayamitik yang mati
· Jangan memberi makanan kepada burung-burung liar
· Jangan impot atau membawa burung, daging ayam itik atau baja tanpa kebenaran dari pihak JPH
· Jangan membeli atau membawa balik burung haiwan kesayangan ke rumah tanpa pemeriksaan dari doktor veterinar
· Jika burung haiwan kesayangan anda sakit sila bawa ke doktor veterinar serta merta
· Jika iannya menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti yang disebutkan diatas sila lapor ke JPH
· Lapor ke JPH jika anda mengetahui berkenaan penyeludupan burung atau daging secara haram
· Jangan menyertai pertandingan ayam laga atau apa-apa pertandingan burung yang haram
· Lapor ke JPH jika anda mengetahui berkenaan pertandingan ayam laga
What can I do as a public to help?
· Report to DVS immediately about sick or dead poultry or wild birds you come across
· Do not dispose dead birds or poultry yourself
· Do not feed stray/wild birds
· Do not import or transport birds, poultry meat or manure without DVS approval
· Do not buy or take home pet birds without having them examined by a vet
· If your pet bird is sick take it to the vet immediately
· If it shows the symptoms mentioned above report to DVS
· Report to DVS about illegally imported birds or meat you know of
· Do not participate in cock fighting or unauthorized bird competitions
· Report to DVS if you come across cock fighting competition
Rujukan lain: