Sunday, 28 August 2022

Nur Amna, kesayangan kami

Saya disahkan mengandung pada Mac 2021, sebab tu senyap blog ni sejak tu. Kena alahan dan loya yang agak teruk, yang tidak pernah dialami bagi dua orang kakak Amna. 3 bulan bleeding waima bangun dari katil pun...tapi bukan lah setiap hari, dlm seminggu tu ada 3-4x bleeding sehinggakan doktor ckp, bersedia sebarang kemungkinan. Alhamdulillah times passed dan alahan hilang lepas kandungan masuk 4 bulan.
Semua nya berlangsung dengan baik..sehingga lah ke bulan 9 kehamilan. Checkup pada 30Oktober untuk melihat kedudukan baby Amna , doktor kata songsang sebelum tu. Rupanya bila diperiksa, there was no heart beat anymore... lagi 3 hari lagi due bersalin (3/11/2021). Jadinya, kami memilih untuk induced normal birth walaupun Dr offer untuk C-sect. Allah lebih menyayangi baby Nur Amna. Tunggu lah kami di sana , anak syurgaku. Mohon sedekahkan alFatihah. Kini saya dah melepasi fasa kesedihan, pemergian Amna kami terima dengan redho. Kakak-kakaknya paling sedih, sebab mereka dah bayangkan akan ada adik perempuan baru. Mungkin ada hikmah disebalik ujian ini.

Long time no write

Assalammualaikum. Lamnya tak menjengah blog ni untuk menulis. Last menulis pada Jan 2021, fuh dah setahun 7 bulan lebih kurang. Insya allah akan mula mengarang sedikit masa lagi. Terlalu banyak peristiwa berlaku dalam tempoh ni. Saya masih aktif di FB, ada je kat sana kalau nak jengah2 :).

Friday, 22 January 2021

Done, January half marathon!

 Lari berdua dengan kawan..menemani Cikgu Linda berlari half marathon, saya memang suka teman orang..hehehe

Breakfast dengan strawberry blast , produk energyball dari Marathonbaker



Tak boleh masuk kedai makan/minum..lepak celah kereta je

Sambil siapkan task virtual run 21km juga


Geng lari....

Thursday, 14 January 2021

10 km run dengan suami dan adik

 ( Januari lepas, kami sekeluarga pi bercuti di Lotus Desaru. Selain dari melayan anak-anak mandi manda di waterpark kat sana, keesokannya pagi nya kami-kami layan 10 km along jalan hotel Lotus sehingga ke Hard Rock hotel. Konon-konon pi bergambar dengan icon gitar tu hahaha



our bro, Ijad

Couple pose is a must!

Dengan itu tamatlah Putrajaya Virtual run saya..50 km for 10 days...





Tuesday, 12 January 2021

Simpan untuk kenangan..PKP again in Johor & other 5 states! Stay Strong!

 

𝗣𝗞𝗣 (𝗠𝗖𝗢) selama 14 hari bermula 13 Jan hingga 26 Jan 2021 di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Melaka dan Sabah. - PM
𝗣𝗞𝗣𝗕 (𝗖𝗠𝗖𝗢) di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
𝗣𝗞𝗣𝗣 (𝗥𝗠𝗖𝗢) di Perlis dan Sarawak.
Pergerakan rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan di negeri PKP. Negeri PKPB dan PKPP, pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan.
Hanya 2 orang anggota isi rumah dibenarkan dalam kenderaan sama. (Negeri PKP)
Hanya 30% pekerja dlm kumpulan pengurusan dibenarkan bekerja di pejabat.
 
 
 



Friday, 1 January 2021

Tanjung Piai Grand Fondo 3.0 - Happy New Year 2021

 Lets begin a new chapter of 2021 with a strong start!(eventhough in Covid19 outbreak!)

Point mula kami dari homestay milik keluarga Cgu Ezzat di Gelang Patah (Teja Cabin Homestay)...waktu balik kami kehujanan...hujan lebat terpaksa 2x berhenti sebab bahaya bimbang kenderaan kereta lori tak nampak kami... alhamdulillah bila sampai semula ke homestay tu leganya...dah la menggigil kesejukan..kecut dan kebas jari-jari..

 

Bergambar dulu depan Teja Cabin & Homestay

 

Perjalanan dimulakan dengan bismillah dan doa beramai-ramai jam 7.15 pagi...kami singgah sarapan di Kopi Tenggek Tanjung Piai sekitar 10 pagi,sebelum balik semula ke Gelang Patah..



Love sangat this pics!
Selepas Kg Telok Kerang, saya jadi mangsa pothole...huhu..tayar bocor..tapi mujur tak jatuh..alhamdulillah


Tq bro Paan yang jadi marshall kami

Lagi 10-12 km nak sampai sign board Tg Piai, Cg Linda pula terlanggar pothole..tayar bocor juge







Ride dengan tenang bila ada marshall setia menemani dari belakang



Kopi Tenggek , dah ada tempat parking basikal...thank youuuu



Alhamdulillah..another Grand Fondo in collection..