Thursday, 21 September 2017

Dorsett, Putrajaya

Tempat berbengkel baru - baru ni. Hotel baru ( 2-3 tahun kot), organizer pula dari Putrajaya so maybe sebab tu hotel ni terpilih berserta kos harga promosi yang rendah. Untuk normal rate dengar khabarnya RM400++ sebilik, tetapi untuk conference/seminar rate, jadi RM180/pax. Oh ya, hotel ni bertaraf 4 bintang. Bilik memang selesa lah, paling suka bantal dia..boleh terlajak tido ni hahaha...dan good, delicious food..alhamdulillah...

Jom tengok gambar dari website hotel.

Lobi

Ruang makan/kafe

Ruang makan

Antara jenis bilik - yang ni deluxe kot

Pool. Semasa saya di sini...setiap hari hujan..plus saya bukan pandai berenang so just pergi gym bila gian nak berjogging.


View dari tingkap



Suka konsep ala-ala english dan hiasan burung kecil di karpet, depan bilik...

View sunset dan siang hari...from my room.
Sempat jog di treadmill 2x selama berada di sini


Wednesday, 20 September 2017

Outstation..again :( ...

Saya ada love-hate relationship dengan outstation.

(Love ) dapat keluar bekerja luar dari pejabat tetapi (hate) meninggalkan anak-anak. Outstation terbaru ni memerlukan saya keluar selama 3 hari 2 malam ke Putrajaya. Kalau cuti sekolah, boleh juga bawa keluarga (book/sewa bilik sendiri ).

Seronok bila dapat berkumpul dan berjumpa kawan- kawan..lagi - lagi kawan - kawan satu kelas batch DVM 2004. Maknanya dah 13 tahun umur our friendship..kebetulan, ramai kawan- kawan sekelas ni juga bekerja di jabatan yang sama.


Saya memang kalah dengan red velvet,sushi dan tempura!

Kehadiran para sahabat mengubat sekejap rindu pada anak2 ..

Sunday, 17 September 2017

International Run for Autism 6km, UTM : 16 September 2017

A very fine activity to do on Malaysia Day! Suka sangat baju nya yang putih biru.. tak ada lagi baju run warna putih ni :)

Kami tiba di UTM jam 7 pagi, tunggu Kak Dyna jap sebab Kak Dyna tolong collect running kit ( Tq kak, lebiu..)..then ada senarombik , flag off jam 8 pagi.


My other half

Feeling ootd macâm org muda mudi jap..bg can lar ^_
with kak Dyna

Pelepasan lelaki...eh tak aci ni siapa nak ambil gambar saya di starting line ? ^_

Saya finish 5th place :) sekali lagi setelah finish sy berjalan2 2-3 minit baru sy off... anggaran saya tamatkan 6km dalam 39-40 minit, pace 6.44

cantik kan medal dia so colorful! vibrant! yuran pun murah RM39 je

mas anak balik ni dah hujan lebat...plan asal nak balik terus lepas lari tapi tetiba sy naik podium pulak eh.. ada hamper utk top tens...terima kasih adik-adik UTM!.. ^_^
Menunggu penyampaian hadiah..lalalala

Cantik kan?


Trivia:

Adakah anda aware tentang autism? Sukar untuk memahami autism kecuali ibu bapa atau adik beradik yang mepunyai ahli keluarga yang mengalami autism. Tahukah anda autism bukan lah penyakit.. they are just..UNIQUE. Kanak-kanak/individu autism melihat dunia ini dari sisi yang berbeza...mereka seringkali disalah tafsir sebagai degil, nakal, hyperaktif..sebenarnya, mereka cuma BERBEZA.

Semakin lama, nisbah individu autism semakin meingkat. Samada sebab dahulu ornag susah nak detect autism, atau autism memang meningkat mungkin faktor chemicals in our food/ pollution/ faktor pemakanan/genetic dan lain- lain..wallahualam.




Tahukah anda ada 3 jenis tahap autism atau spectrum disorder?

Level 1(High functioning) bermaksud mereka nampak normal seperti kita juga, boleh bekerja, , memandu, mengendalikan machineries dan biasanya jarang kelihatan simptom autism. Masih perlu diberikan sokongan dan bimbingan oleh ibu bapa, guru dan orang-orang terdekat, secara berkala.

Level 2 (Mild to moderate autism) - menunjukkan sedikit atau moderate simptom , memang perlukan sokongan dari orang-orang terdekat setiap masa.

Level 3 (Severe autism )- perlukan sokongan dan bimbingan 100% kerana simptom autism mereka menjejaskan perjalanan kehidupan harian(tantrum, hyperactive dll).


Sumber: google

Thursday, 14 September 2017

Follow mama to work :)

Oncall di ladang baru - baru ini..bawa anak-anak :). Sekali sekala, lagipun kerap sangat outstation baru - baru ini, rasa tak puas bersama anak-anak. Come, let's see what's my children do? :)

Datanga wal pagi, dapat tolong bagi susu to the lambs!

Happy!



Kena kepung..anak-anak bulus ni pun teruja melihat mereka!


Ok..gi tengok kuda pulak... kuda ni tak dikurung, mereka bebas dalam padnag ragut tapi bila kita duduk kat pagar tu, mereka datang inspect kita hahahaha


cuma yang betul- dilatih untuk riding sahaja akan duduk di stable


Wednesday, 13 September 2017

Steigen Socks


Stokin ni dicadangkan oleh sahabat-sahabat yang dah pernah lari half dan full marathon. So, sy pun try beli. Nanti saya bagi review ya :).. tapi lambat lagi lah sebab nak test untuk lari jarak yang agak jauh(dalam rekod peribadi saya lah ) iaitu 12km pada hujung bulan ni...tungguuu...so far untuk rekod, saya tak pernah kena blisters lagi ( paling jauh pun lari 10km setakat ni), kena kebas-kebas jari kaki tu ada.Stokin ni ada saiz 1/4 length, 1/2 length dan 3/4 length. Compression socks pun ada tapi ni mesti harga RM100 ke atas nih.

Yang bestnya, siap guarantee no blister okayy...

Boleh baca penuh di sini. No blisters


Menarik!

Saya beli dari Jason Ku ( Sportslife Fusion) order melalui whatsapp 0138882887 ( RM180 utk 3 pairs - kalau beli satu RM69 - exclude postage. Saya combine buying with a friend). Tapi maybe boleh dibeli di kedai-kedai sukan lain juga. Senang beli/order online sahaja sebab lately macam kesuntukan masa nak keluar ke kedai huhu...dan bahaya gi kedai, takut masuk kedai plan nak beli 1 barang tapi keluar kedai jadi 5 barang camno? hahahahaha


Yeah.. let's run! 

Wednesday, 6 September 2017

Mendaki Gunung Lambak kali ke.... ^_^

Mendaki dengan anak-anak, 4 September 2017. Last day cuti sebelum bersekolah semula.... jarang - jarang bawak diorg ni..first time mereka sampai ke puncak, last year! hahahaha... punca sebenar nak mendaki? nak try headlamp mama & abah! ( yesss..kids memang suka main lampu-lampu nih...) asalnya nak naik separuh je..then diorg pulak teruja nak mendaki hingga ke puncak. Alhamdulilah, sampai puncak dalam 1 jam 20 minit..(start mendaki 6.50 pagi, smpai puncak 8.10 pagi)

See..told ya







Kakak sampai dulu..dia menang katanya ^_^


Ini nenek tau...nenek gagah naik gunung lagi..lupa tanya nama..i think she is in early 60's
dia main tabur-tabur bunga pulakkkk



Mereka kata, tak penat pon..boleh daki lagi..hahahahadei