Sunday, 28 August 2022

Nur Amna, kesayangan kami

Saya disahkan mengandung pada Mac 2021, sebab tu senyap blog ni sejak tu. Kena alahan dan loya yang agak teruk, yang tidak pernah dialami bagi dua orang kakak Amna. 3 bulan bleeding waima bangun dari katil pun...tapi bukan lah setiap hari, dlm seminggu tu ada 3-4x bleeding sehinggakan doktor ckp, bersedia sebarang kemungkinan. Alhamdulillah times passed dan alahan hilang lepas kandungan masuk 4 bulan.
Semua nya berlangsung dengan baik..sehingga lah ke bulan 9 kehamilan. Checkup pada 30Oktober untuk melihat kedudukan baby Amna , doktor kata songsang sebelum tu. Rupanya bila diperiksa, there was no heart beat anymore... lagi 3 hari lagi due bersalin (3/11/2021). Jadinya, kami memilih untuk induced normal birth walaupun Dr offer untuk C-sect. Allah lebih menyayangi baby Nur Amna. Tunggu lah kami di sana , anak syurgaku. Mohon sedekahkan alFatihah. Kini saya dah melepasi fasa kesedihan, pemergian Amna kami terima dengan redho. Kakak-kakaknya paling sedih, sebab mereka dah bayangkan akan ada adik perempuan baru. Mungkin ada hikmah disebalik ujian ini.

No comments:

Post a Comment