Saturday, 23 February 2019
Laki bini run ..haha
Kawan-kawan (bukan runner of course): Weh..tak penat ke asyik berlari...
Me: aku lagi penat kalau tak lari..lagi lemau ^_^
#runningmom #runningmomanddad #virtualrunchallenge #teammb #mb25squad
Wednesday, 20 February 2019
The rich Estonian Madu Kek from Cake Off Home Bakery.. yummilicious
Malas cakap banyak la...memang...fuh..tak terkata sedapnya..honey cakes with cheese and breadcrumbs
Contact Sis Fatimah for order yea ..boleh cari FB beliau...or whatsapp http://www.wasap.my/+60126855069
![]() |
| Sis Fatimah mai delivery kat office. |
![]() |
| jangan jealous sis dapat try lemon meringue pie juga.. |
Tuesday, 5 February 2019
Gunung Datuk 3.0
Sempena CNY, kami ke Gunung Datuk lagi..kali ni bersama adik beradik, sepupu dan seorang sahabat.
Kami tak naik semasa cuti CNY, tapi naik sebelum cuti CNY hehehe...konfem takde parking kalau time hari cuti. Kisahnya kami ke sana , malam sebelum cuti umum CNY. Bertolak jam 10 malam dari Kluang, tida jam 1 pagi di kaki gunung. Jam 2 kami mula hiking, kemudian jam 4.30 pagi sampai kat atas, lepak dulu..baring-berselimut, sempat tido sebelum subuh :), lepas solat, bersarapan kat atas sana di area camping site. By lunch hour dah turun, siap gi makan gulai daging salai yang femes kes sano....
Tangga dah lain..boleh lihat beza tangga asal di post yang ini :Mendaki Gunung Datuk .
Kami tak naik semasa cuti CNY, tapi naik sebelum cuti CNY hehehe...konfem takde parking kalau time hari cuti. Kisahnya kami ke sana , malam sebelum cuti umum CNY. Bertolak jam 10 malam dari Kluang, tida jam 1 pagi di kaki gunung. Jam 2 kami mula hiking, kemudian jam 4.30 pagi sampai kat atas, lepak dulu..baring-berselimut, sempat tido sebelum subuh :), lepas solat, bersarapan kat atas sana di area camping site. By lunch hour dah turun, siap gi makan gulai daging salai yang femes kes sano....
![]() |
| Menikmati sunrise |
![]() |
| Depan: Ajim, Cg Zulhelmi ( duduk),my hubby, me. Belakang: Ijad, Ehan, Ika,Muaz |
![]() |
| Hish..org lain hari cuti relaks kat rumah golek-golek tgk tv..cari penyakit tul la korang ni |
Tangga dah lain..boleh lihat beza tangga asal di post yang ini :Mendaki Gunung Datuk .
Wednesday, 30 January 2019
My First Full Marathon in Twincity Marathon
Tak pernah terfikir pun nak lari 42.195km sejak mula lari fun run (5km) di tahun 2015. Yang terlintas di benak fikiran, larian cumalah satu senaman selingan untuk saya mencapai cita- cita mendaki gunung Kinabalu yang dijadualkan pada Disember 2016. Selepas Kinabalu, masa semakin etrhad untuk mendaki dan tak boleh lah selalu tinggalkan anak-anak untuk pergi hiking. Hiking di Gunung Lambak pun memakan masa 3 jam termasuk drive ke parking resort Gunung lambak. Jadi untuk kekal aktif, saya pilih berlari. Secara beransur-ansur jarak larian semakin bertambah...dari 5km ke 10 km ke 12 km. Sehinggalah suami dan rakan ajak masuk half marathon di tahun 2017. Memang kerja gila sebab saya baru berlari paling jauh, 12km. Selepas half marathon pertama, saya gigih berlatih slow ly bermula dari KM5 semula...which lead to another HM (total 3 half marathon events dan 3 half marathon lari sendiri-sendiri hahaha ) sepanjang tahun 2018. Bulan Ogos 2018, sekali lagi terjebak dengan virtual run secara berkumpulan 1963 team Challenge, ....dan kawan-kawan baru saya bercerita tentang Twin City Marathon yang akan berlangsung pada 20 Januari 2019. Saya maklumkan suami, kami terus daftar jarak 42.195 km atau orang panggil, full marathon (FM)! Sempat ni training....kenapa kami tertarik join Twin City Marathon? sebab cut off time (COT) yang panjang iaitu 8jam. Biasanya events lain ,COT bagi FM adalah 7 jam ke 7 jam 15 minit. Jadi, Twin city ni sangat sesuai bagi runner yang baru nak berlari FM.
Sampai ke hujung November dalam kesibukan kerja dan berlatih lari ( 3-4 kali seminggu termasuk long distance run di hujung minggu), saat momentum tengah sedap berlatih berlari....lutut saya sakit pulak...diagnosed sebagai runner's knee. Sempat pergi physiotherapy 2x, kemudian awal December ke umrah 2 minggu. Balik umrah batuk-batuk sebulan..awal Januari berlari paling jauh pun 15 km..huwaaa...dalam seminggu(sepatutnya 2 minggu) terakhir kena taper ( istilah mengurangkan km dalam larian untuk rehatkan muscle dan simpan tenaga). Masih rasa tidak bersedia, malah malam sebelum lari FM tu saya rasa macam nak DNS je hahahahaha pujuk hati sambil ambil gambar flat lay kelengkapan larian...as most runner do.Mana lah tak nervous, baru je runner's knee mula sembuh, dah nak lari FM.
Larian bermula jam 4 pagi pada 20 Januari lepas,kami menginap di hotel berdekatan , check in dan ambil race kit sehari sebelumnya. Jam 1 pagi dan bangun, bersiap2, kemudian 2 pagi bergerak ke race venue, sarapan ala kadar dengan roti, pisang dan saya pula ada beli multigrain Marathonbaker.
![]() |
| Excited sebab sebelum ni lari takat 21km je |
Dalam jam 3 pagi kami dah berlegar-legar sekitar start lines sambil berlari2 anak dan stretching. saya dan suami tidak berlari bersama-sama sebab ini adalah kali pertama FM kami, jadi ikut je pace larian masing-masing.
Jam 4 pagi flag off.. 21km pertama looking good. Memang organizer dan bagi tahu elevation 450m...sekali lagi disadvantage saya , kurang berlatih berlari atas bukit huwaaa....dalam masa 3 jam 15 minit saya dan seorang rakan menyelesaikan 21km...slow and steady je.. selepas km21, setiap signboard kami selfie sebab memang tak pernah lari lebih 21km hahaha...
![]() |
| yeay..30! |
![]() |
| Kemain sahabat runner pakai costume CNY |
![]() |
| Masa ni saya dah 32km..sahabat yang ini saya memang respek....Udin masuk half marathon. Kami dari group Virtual Runners Marathonbaker lah ,we encourage each other |
Sampai ke km30 (5jam rasanya) saya beritahu kawan saya nak lari dahulu(kawan saya dah berjalan...saya pulak bila berjalan makin bonk rasanya). Sampai km 33 ada keropok lekor tapi serious tak lalu nak makan dah. Water station memang cukup...dengan air mineral..100plus..cuma di km17 dan 20 ada berlaku kehabiskan ari..havoc kejap lah dengan runners yang marah-marah..yelah dah la penat..haus..air habis... di km22 krew pantas menyediakan air (isotonic) di kawasan flag man sementara runner nak ke water station seterusnya. Mulai km35 saya berlari-lari anak sebab tak sabar nak habiskan larian..memang mental diuji sebab masa ni kita rasa mengantuk..penat..letih semua ada. Saya siap bungkus ais dalam plastik, dan berlari sambil tuam ais kat dahi, pipi dan peha . Daaaannn... yang paling syahdu...km 41 tu terasa jauh sangat finish line hahahaha....semua runners cakap mcm tu..dan akhirnya saya menghabiskan larian virgin full marathon saya dengan catatan masa 6 jam 53 minit.Alhamdulillah....saya dah bergelar MARATHONER. Waaaayyy longer than I expected ( saya target 6jam 30 minit), tapi saya akur lah sebab saya baru recover dari previous injury.... selepas ini kita berlatih lagi..dan elakkan injury sebelum event day. :)
![]() |
| Kawan lari yang kenal di FB...bersua juga akhirnya dengan Moon Salleh |
![]() |
| Another MB squad member , Safwan. Dia dah lagi laju ni sebab sgt rajin training |
Perasaan di finish line : gembira, syahdu, terharu, teruja sebab wow finally i made it! Lega juga sebab finish tanpa kecederaan serious..cuma lenguh-lenguh dan penat serta normal muscle sores yang reda lebih kurang 5 hari selepas event.
Kemudian....tunggu saya update next FULL MARATHON saya yeh?
Tuesday, 8 January 2019
Sejarah Masjid Nabawi
Sesungguhnya pengalaman solat 5 waktu dan ziarah Masjid Nabawi selama 5 hari ( 10 Disember - 15 Disember) adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Bila balik baru saya google dan membaca tentang sejarah pembinaan Masjid Nabawi.
Keypoint:
Keypoint:
![]() |
| model binaan asal Masjid Nabawi |
- dibina oleh Rasulullah saw pada bulan Rabiul Awal saat awal Hijrah baginda ke Madinah
- saiz Masjid Nabawi ketika itu 1030 meter persegi atau 70 hasta kali 60 hasta sahaja. Mengikut pembacaan, kini, keluasan Masjid Nabawi zaman ini merangkumi luas sebenar bandar Madinah zaman silam.
![]() |
| Gambaran pelukis binaan asal Masjid Nabawi |
- lantai masjid asal adalah dari tanah berbatu, beratap pelepah kurma dan mempunyai 3 pintu sahaja.
Lantai
masjid adalah tanah yang berbatu, atapnya pelepah kurma, dan terdapat
tiga pintu, sementara sekarang sangat besar dan megah.
Read more https://kisahmuslim.com/3786-sejarah-masjid-nabawi.html
Read more https://kisahmuslim.com/3786-sejarah-masjid-nabawi.html
Lantai
masjid adalah tanah yang berbatu, atapnya pelepah kurma, dan terdapat
tiga pintu, sementara sekarang sangat besar dan megah.
Read more https://kisahmuslim.com/3786-sejarah-masjid-nabawi.html
Read more https://kisahmuslim.com/3786-sejarah-masjid-nabawi.html
Lantai
masjid adalah tanah yang berbatu, atapnya pelepah kurma, dan terdapat
tiga pintu, sementara sekarang sangat besar dan megah.
Read more https://kisahmuslim.com/3786-sejarah-masjid-nabawi.html
Read more https://kisahmuslim.com/3786-sejarah-masjid-nabawi.html
- pada asalnya Masjid Nabawi tidak mempunyai bumbung, bumbung dibina apabila apabila terdapat muslimin dari luar (lupa pula dari mana) yang berlindung di masjid tersebut apabila berhijrah ke Madinah.
-Pada tahun ketujuh Hijrah luas masjid menempati kawasan seluas area 2.475 meter persegi
- Orang yang pertama sekali membina menara Masjid Nabawi ialah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 93 Hijrah, iaitu dengan mendirikan empat menara masjid yang tingginya lebih kurang 27.5 meter (90 ft) pada empat sudut
- Pada era
modern di bawah pemerintahan Saudi Arabia, pembesaran masjid Nabawo bermula pada tahun 1948, kerajaan Arab Saudi dibawah pimpinan pemerintahan Raja Abdulaziz Al
Saud. Masjid ini diperbesar ke kawasan seluas 16.327 meter
persegi. Pada saat yang sama, perbaikan dan renovasi dilakukan pada
struktur bangunan yang ada
Luas sekarang lebih dari 400.500 meter persegi. Bangunan Masjid Nabawi mampu menampung
hingga lebih dari 700ribu jamaah. Pada kemuncak haji dan umrah, Masjid ini mampu menampung 1 juta jemaah.
- Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid. Perlu juga
diketahui bahawa tinggi menara Masjid utama ialah 44.53 meter, sedangkan
menara di Pintu Salam (Babus Salam) adalah setinggi 38.85 meter.
-rumah Rasulullah yang pada asalnya berhampiran masjid, kini berada dalam kawasan masjid ( rasulullah saw dimakamkan di salah sebuah bilik di rumah baginda apabila wafat, tetapi dipisahkan oleh dinding ) - boleh google juga mengenai Raudhah iaitu dipanggil baginda sebagai taman-taman syurga ( kawasan antara mimbar masjid dan rumah baginda)
-Teknologi payung besar di perkarangan masjid dibawa dari Jerman dan Jepun. Suhu di nbawah payung diberitakan mampu diturunkan kepada 15-17 darjah celcius apabila payung dibuka kerana ada sistem penyejukan di bawah payung.
![]() |
| Payung raksaksa di masjid Nabawi |
Sumber:
Saturday, 5 January 2019
Madinah Almunawarrah: Masjid Quba, Kebun Kurma dan Jabal Uhud
Itinerary seterusnya ialah ziarah luar ke tiga lokasi ini. Kami bertolak selepas sarapan pagi, dalam jam 8 pagi.
Lokasi pertama adalah Masjid Quba
Jabal Uhud
Saya petik artikel dari sini ya..selanjutnya boleh sambung baca di link TravelDream
Di lembah bukit ini jugalah terjadinya peperangan Uhud dan para syuhada disemadikan di sini.(bacaan lanjut) Di kaki Bukit Uhud terdapat sebuah masjid bernama Masjid Sayiddul Syuhada.
Seterusnya dalam jam 11 pagi kami dah kembali ke hotel, dan bersiap-siap untuk solat zohor pula...petangnya selepas asar aktiviti bebas, jadi saya dan suami keluar berdua pusing-pusing sekitar hotel smabil mencari kedai dobi hehehe...
Lokasi pertama adalah Masjid Quba
Masjid Quba’ adalah masjid pertama yang
dibina oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang pergi
ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua
rakaat di dalam masjid berkenaan, ganajarannya adalah satu pahala
umrah.
Masjid Quba’ dibina pada tahun 1 Hijrah atau 622 Masihi. Ia terletak
di sebelah tenggara kota Madinah dan hanya kira-kira lima kilometer dari
Masjid Nabawi. Ia menjadi lokasi pertama dalam setiap ziarah luar di
kalangan jemaah haji dan umrah.
Justeru, bagi mereka yang mahu merebut ganjaran sekali umrah tidak
melepaskan peluang keemasan untuk berkunjung ke Masjid Quba’ saban hari.
Ini saya petik dari sini --> Baca lebih lanjut
Jemaah yang terbatal wudhuk, jangan risau, ada je tempat wudhuk.Tapi memang ramai ke sini, jadi berasak-asak juga. jadinya sediakan je botol spray lebih mudah. Ruangan solat wanita agak kecil tak sebesar seperti Masjid Nabawi, tetapi memang ni masjid kedua terbesar selepas Masjid Nabawi. Di sekeliling Masjid Quba juga rancak dan meriah dengan jual beli kurma, coklat, buah-buahan seperti delima, anggur dan limau. Tapi tak sempat nak pusing-pusing pasar, kami diberikan 45 minit je di sini. Dalam masa 45 minit tu nak ambil wudhuk (kalau terbatal), nak solat Dhuha, solat sunat 2rakaat, dan solat taubat.Bas parking jauh jugak lebih kurang 700 ke 800m dari pintu masjid sebab terlalu banyak bas! Tapi kan, kalau rajin dan tak penat, boleh ambil teksi dan datang solat sunat di sini setiap hari pun boleh.
![]() |
| Wajiblah bergambar kan...ada jemaah Singapura tolong ambil gambar..masa ni kami memang terpisah lelaki dan wanita pintu masuk berlainan.. |
Kebun Kurma
![]() |
| Dipenuhi jemaah Malaysia dna Indonesia |
Kemudian mutawif bawa kami ke kebun kurma. Tapi tak pula dibawa melawat kebun betul..cuma kedainya je hehehe.
Yang bestnya satu je lah, boleh makan kurma sepuas hati sebelum membeli..kurma bermula dengan harga 30 riyal sekilo sehinggalah mencecah 100 riyal sekilo. Biasanya kurma ajwa yang mahal ( start dengan 70 riyal sekilo). Ada juga jual coklat dan kekacang , di sini.
Jabal Uhud
![]() |
| Bukit /Gunung Uhud tu yang dataran bukit panjang di belakang tu ya..ada bukit kecil di hadapan masjid, ramai yang mendaki untuk bergambar.Tingginya tak sampai 70m pun. |
Saya petik artikel dari sini ya..selanjutnya boleh sambung baca di link TravelDream
Tak seperti gunung atau bukit lainnya
di Kota Madinah, Jabal Uhud memiliki keistimewaan tersendiri. Bahkan
Jabal Uhud adalah salah satu bukit yang dijanjikan kelak ada di surga.
" Jika kita hendak melihat bukit yang terdapat di surga, maka ziarahlah ke Bukit Uhud. Nabi
SAW bersabda, 'Bukit Uhud ialah salah satu dari bukit-bukit yang
terdapat di surga'," demikian hadis yang diriwayatkan HR Bukhari.
Bukit Uhud atau Jabal Uhud ialah sebuah
bukit berjarak 5 kilometer di sebelah utara Kota Madinah dengan elevasi
keagungannya sekitar 1.077 meter di atas permukaan laut. Bukit ini
selalu diingat oleh umat Islam
sebab di lembah gunung ini pernah terjadi pertempuran besar antara
pejuang Islam dan kaum kafir Quraisy pada 15 Syawal 3 Hijriah (Maret 625
Masehi) yang mengakibatkan 70 pejuang Islam mati secara syahid.
Suatu ketika, Rasulullah SAW
sedang bersama-sama Sayyidina Abu Bakar RA, Sayyidina Umar Al-Faruq RA,
dan Sayyidina Utsman bin Affan RA. Setelah keempatnya sedang di puncak,
terasa Gunung Uhud bergetar.
Rasulullah SAW kemudiannya
menghentakkan kakinya dan bersabda, " Tenanglah Wahai Uhud. Di atasmu
sekarang ialah Rasulullah seorang shiddiq dan dua yang kelak akan mati
syahid."
Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kerinduan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah.
![]() |
| Gambar di sini ada yang terdelete huhu...ini je sebahagian yang ada..jemaah lain ad ayang tidka mendaki, mereka berjalan-jalan di abwah je pergi ke pasar di bawah juga |
![]() |
| Ada pasar di hadapan masjid Sayiddul Syuhada |
Seterusnya dalam jam 11 pagi kami dah kembali ke hotel, dan bersiap-siap untuk solat zohor pula...petangnya selepas asar aktiviti bebas, jadi saya dan suami keluar berdua pusing-pusing sekitar hotel smabil mencari kedai dobi hehehe...
![]() |
| Haa...biasa tgk kedai 2 ringgit..ni kedai 2 riyal :P |
![]() |
| Banyak kedai jubah |
![]() |
| 1 helai 25 riyal |
Subscribe to:
Posts (Atom)












































