Friday, 2 September 2016

Sambutan Merdeka Tadika :)

Sambutan Hari Kemerdekaan pada awal September di tadika Aisy...

Canggih2 baju anak2 ini...fuh

Last minute addition....hehehe..adoi...bersengkang mata jahit ni tau tak...adik dapat saguhati..ok lah for last minute prep.

Thursday, 1 September 2016

Kebaikan jogging dan manfaatnya kepada tubuh badan

 

 

1. Jantung

Jogging merupakan salah satu cara yang sangat efektif untuk menggalakkan otot jantung anda bekerja. Apabila anda kerap berjogging, aliran darah di dalam badan akan menjadi lebih baik dan secara tidak langsung akan merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok.


2. Berat Badan

Kepada yang ingin menjaga badan, jogging merupakan satu cara yang sangat bagus untuk menurunkan berat badan. Secara puratanya, jika anda jogging selama 1 jam, sebanyak 1000 kalori akan dibakar. Apabila berlakunya pembakaran kalori, ia memudahkan untuk anda menguruskan badan. Untuk membakar kalori lebih banyak perlu jogging lebih lama atau lebih pantas.


3. Osteoporosis

Jika anda jogging secara tetap, sebenarnya anda sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Dalam masa yang sama, tulang akan dirangsang untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah dimamah usia.


4. Mental

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu jogging juga mampu untuk mengurangkan simtom kemurungan.


5. Tidur

Jogging juga membantu anda untuk tidur awal dan lebih lena pada waktu malam. Ianya sangat bagus untuk pengidap imsonia.


6. Tekanan

Jogging dapat meningkatkan keupayaan anda untuk menangani tekanan dengan lebih teratur. Ia dapat mengurangkan tekanan kerja ataupun belajar.


7. Rasa Bahagia

Jogging mampu merangsang otak untuk merembeskan hormon endorfin. Hormon ni diberi nama jolokan hormon kebahagiaan. 


8. Kerungsingan

Secara umumnya, mereka yang kerap jogging mempunyai tahap kerungsingan yang lebih rendah berbanding mereka yang jarang atau tidak jogging. Satu kajian menunjukkan jogging yang kerap mengurangkan aktiviti reseptor serotonin yang berfungsi mengawal mood anda. 


9. Imunisasi

Jika anda seorang yang kerap jogging, anda akan mendapati anda jarang sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan sistem pencernaan. Ini menunjukkan sistem imunisasi anda sangat kuat. 


10. Otak 

Semasa jogging, darah akan membawa oksigen ke otak. Ini menyebabkan otak mendapat bekalan oksigen dan nutrien lain yang mencukupi. Dengan itu segala kerja akan menjadi lebih produktif.


11. Kulit

Jogging akan merangsang pengaliran darah di dalam badan. Oleh itu pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung menjadikan kulit menjadi lebih halus.

Jom, pakai kasut jogging petang ni dan get,set, GO!

Wednesday, 31 August 2016

Kluang Climbathon di Gunung Lambak ( Lari dan Daki Merdeka) 31.08.2016

Hari-hari lalu gi kerja pagi2..mesti lalu melintasi banner event ni...dalam hati rasa mampu ke nak join sebab selama ni taking our own sweet time mendaki..tak pernah set masa lah pulak..kalau dalam event..ada cut off time bagi pengiraan mata atau kelayakan dpt medal finisher, bergantung kepada organizer. Ajak hubby join..hubby kata jom try...Kemudian daku hubungi organizer, katanya ni bukan race, tapi peserta dikehendaki menghabiskan larian/climbathon dalam masa 90 minit.Kalau lebih tak dapat medal. Congak2..huhu sebenarnya so far best time 120 minit turun naik puncak gunung Lambak.Organizer ckp..no worries..naik separuh je ni tak sampai puncak.. 2.2 km run/jog, kemudian 1.6 daki turun naik smpi checkpoint , dan 2.2 berlari/jog semula ke garisan mula/tamat tadi. Total semua 6km. Hari kejadian, organizer announce cut off time ditukar ke 120 minit .Yes!

Anggaran 1000 peserta yang join.Wajiblah posing duluan.

 
Flag off jam 7.15 pagi




 
Laluan jalan raya di celah-celah kawasan perumahan tapi jalannya lurus la.Nampak puncak Gunung Lambak dari kejauhan


 
Mulai off road , masuk ke jalan hutan menuju ke checkpoint seterusnya




 
Trail yang sempit, licin dan tidak rata memang mencabar..ramai jugak peserta tergelincir . Most pakai kasut sukan..jadi memang licin la...aku pakai kasut sukan sebab kasut hiking tu berat kalau nak buat lari dan sakit tapak kalau guna di jalan tar (kasut hiking adalah untuk laluan off road)
Alhamdulillah..finish! Hubby menamatkan larian jam 8.25 pagi ( 1 jam 10 minit), manakala aku slow sikit sebab asyik amik gambar kan hahahaha , 8.55 baru sampai ..(1 jam 40 minit). Dan ini adalah julung2 kali kami join event begini,berdua.



Suka betul dengan medal ni..sebab siap engrave tarikh..which is...my birthday! ) MERDEKA!

Sunday, 28 August 2016

Kat mana nak beli winter apparel/ pakaian musim sejuk?



https://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&source=imgres&cd=&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjWzfeR8OXOAhVEO48KHY8wA24QjB0IBg&url=https%3A%2F%2Fwww.allsales.ca%2FOutlets-In-Store-Sales-Clothing-And-Accessories-Shoes-Boots-Coats-Sports-Leisure-Black-Friday-Babies-Kids-Sportswear-Ski-Snowboard-Outerwear-Mens-Womens-Before-Christmas-Brador-Hiver%2F3706.html&psig=AFQjCNELO6mgB1AGnaHS6JLYYoc6Zy32hw&ust=1472534370262543

Salam, nak beli Winter/Fall/Autumn apparel tapi nak jimat? Beli kat bundle je...tak yah beli baru..sebab yang baru biasanya mahal..(kalau ada budget..silakan..).. daku pernah beli winter jacket sebelum ke Beijing tahun 2013, ikutkan takde brand pun..tapi harga cecah RM250.00. Then my hubby beli kat bundle di Kluang, dapat RM50...Bengkek je hati hahaahah..tapi dah terbeli camne kan..excited sgt nak rasa winter masa tu... then google punye google tahun 2013, jumpa lah website Aziemart ni. (Rupanya dah 3 tahun shopping kat sini bila ada keperluan utk beli jacket/thermal wear ..) Geram tengok jaket lawa - lawa, branded cuma bundle lah . Harga dalam lingkungan RM40 -50 je. Kalu nasib baik dan rajin jengah..boleh dapat brand Uniqlo, Calvine Klein, malah Burberry pun ado! Kebanyakan bundle di aziemart, rasanya dari Jepun atau belah2 Asia Timur sana..or maybe Singapore... sebab most brand dari Jepun.

http://aziemart.com 

Feature menarik di Aziemart ni, PERTAMA: dia bagi spesifik detail tentang produk yang dijual ( ukuran bahu, dada, labuh, labuh tangan), malah dia bagi tahus ekiranya ada kerosakan pd baju tu ( butang hilang, ada stain sikit , masih baru, nampak seperti baru dll)..dah banyak kali beli termasuk dapat beli thermal wear/long john brand uniqlo di Aziemart ni sepasang dgn harga rm15-20..sedangkan kalau beli baru...harga dlm RM69.00- 100.00 ++ . Masa tu E-ein punya aku beli baru(kids size) harga RM69.00 kat SACC Mall Shah Alam, sebab dia ada eczema takut kalau pakai bundle, alahan kat kulit..utk aku dan suami, kami takde apa2 alahan dan tak cerewet so bundle pun ok!Sweater pun beli di sini 2 pasang masa tu dengan harga RM10.00/sepasang.


Muffler/scarf pun ada



Kid's jacket/sweater


Men's jacket pun ada



KEDUA: pakaian bundle Aziemart berbau wangi sebab beliau dah siap basuh..nak terus pakai pun boleh..kalau rasa nak basuh lagi, terpulang.. Pernah ke satu kedia bundle kat Kluang ni..masya Allah ada memang tak basuh dan berbau (bau peluh..bau kaki..bau ketiak semua ada oopps)..so kalau dengan aziemart ni...memang yakin bersih.

Dan juga ada pakaian lain dlm website Aziemart ni..bukan untuk musim sejuk sahaja :)..selamat membeli belah sambil berjimat. Memang sebenarnya lagi puas hati beli yang baru tapi , kalau kerap ke negara bermusim mungkin lah boleh pakai banyak kali. Kalau jarang - jarang pergi...tak berbaloi beli yang terlalu mahal harganya.. :)

Wednesday, 24 August 2016

Soar like an eagle! My 8th Virtual Run! :): Beestorm MM3RIO 2ND SERIES

Arrived within 5 days aku hantar photo proof... ok since masa tak berapa mengizinkan, tak sempat nak lari 7km one shot so i did this:accumulation of kilometres that i hiked :)




Sunday, 21 August 2016

Demam kuih bulan (Mooncake Halal)

Pic from google.
First time makan kuih bulan ni tahun 2009 kot..susah sangat nak cari yang halal...masa tu ada kawan (Indonesian Muslim) yang buatkan..besar gila....lagi besar dari tapak tangan....katanya dia belajar dari bos Chinese duluan semasa dia jadi housekeeper/babysitter).Setakat ni dah pernah try pandan filling,yang lotus..tetap suka jugak yang red bean! (yang telur masin belum pernah try..)

Antara jenis - jenis moon cake-pic from google.

My fav are red bean moon cake of course!

Pic from google: rasanye ni red bean with sunflower seeds.

Skrg, kalau rasa nak makan mooncake(halal mooncakes yea), boleh order dengan my long time blogger friend (sejak blog lama dulu) ,Kak Fiza Nordin..we have same hobby too(hiking) hahaha...jodoh mungkin... :D

Boleh whatsapp beliau terus(rujuk gambar).Yang lagi best boleh pos ye..memang selamat sampai..dah 2-3 kali dah order...Kak Fiza juga bukan je buat moon cake, macam2 lagi jenis kek dan juga makanan lain ( cream puff, brownies, kek harijadi,kek pengantin, pulut kuning, roti jala....errr...selebihnye sila whatsapp beliau )

Pandan with telur masin (yolk) .

Berminat?Whatsapp beliau di 017 - 3113 226.
Flavour yang ada utk dipilih.
Dan di bawah adalah apa yang ku order last week... hubby & anak-anak tak berapa gemar kacang merah..so selamat lah kat perut mama dia je hahaha

Bubble wrapped in plastic casing...memang selamat tiba takde pecah2.

Betapa tak senonohnye saya...pinggan pun tak sempat cari hahahaha...makan sepotong demi sepotong..tgk2 lah dah habissss....huwaaa...serious..memang sedap..tak berapa manis mcm versi yang pernah kawan Indonesia bg dulu tu....ada bg try kat kawan-kawan2 pejabat ( siapa yang singgah bilik, dpt la merasa hehehe)..diorg pun ckp sedang elok je manisnya...

Dan sesiapa yang rajin nak try buat..ni ada resepinya :).. klik How to make traditional moon cake.