Salam semua...so..dah kembali bekerja after cuti sekolah? ( walaupun bukan semua bercuti hehehe)
Yang di atas ni...pengaruh rakan selarian dan suami hahahaa... adeh deh..betul ke ni...baru lari 10-12km sekali sekala terus nak try 21km?
Slow -slow ok... janji finish!Penat berlari, kita jalan je lah..Ahhh..berdebar pula!
Masa mula- mula berlari, ( start dengan virtual run masa Ramadhan 2016) tak pernah terfikir nak lari 10 km waima 21km pun..banyak kali ckp pada diri, dapat lari 5km..6km kira syukur dah... Tapi semakin kerap berlari, semakin membuak-buak rasa nak push myself, nak mencuba sesuatu yang baru, I once thought running is boring..buat cari penat dan sakit je...baik lepak kat sofa di rumah tgk tv(same as hiking hahahaha)
Now? Saya tarik balik la kata - kata tu hahahahahahaha..wish me have happy run!
Friday, 20 October 2017
Seminggu lagi
Wednesday, 11 October 2017
Wish List : Part 2
Sorry, wish list saya berubah dari masa ke semasa mengikut peredaran semasa hahahaha....so curently, nampak nya ke arah negara - negara yang ada gunung...( anak-anak takleh ikut ni...bg can mama honeymoon keh hahahaha).. ingat ya, saya meletakkan 5-10 tahun untuk angan - angan ini jadi kenyataan... amin.
Mount Fuji, Kawaguchi, Japan (3776m)
Hmm..sambung berangan.... :) sila kumpul duit oren hehehe
Bacaan tambahan:
1. Gaijin Pot : Tips on hiking Mt Fuji
2.Charm of Mt Fuji
3.Official Website of Mt Fuji Climbing
4.Sugoi Days : how to book Mt. Fuji Hut
Mount Fuji, Kawaguchi, Japan (3776m)
Berangan-angan sejak saya dah berjaya ke Gunung Kinabalu... eh banyak angan-angan saya ni..nak realisasi kan tu yang ...ambil masa. (dan duit..dan tenaga..dan kena ambil cuti hahahaha)
Diberitakan mendaki Gunung Fuji mengambil masa lebih kurang 5 - 7 jam (naik) dan 3-5 jam (turun).
Gunung Fuji merupakan sebuah gunung berapi (tidak aktif) . Gunung Fuji juga dikelilingi lima tasik(Fujigoko), yaitu Tasik
Kawaguchiko, Tasik Yamanakako, Tasik Saiko, Tasik Motosuko, dan Tasik
Shojiko. Gunung Fuji merupakan sebahagian dari taman nasional
Fuji-Hakone-Izu. Gunung Fuji juga dapat dilihat dari Yokohama, Tokyo,
dan kadang-kadang dari tempat yang jauh seperti Chiba, Saitama, Tochigi,
dan Danau Hamana ketika langit cerah. Letusan terakhir Gunung Fuji terjadi
pada tahun 1707. Letusan ini terjadi 49 hari setelah gempa bumi berskala
8,9 magnitude terjadi dan mengorbankan 5000 jiwa di barat daya Honshu dan
Shikoku. Sejauh ini, Gunung Fuji sudah meletus sebanyak 16 kali selama
1300 tahun terakhir. Interval terpanjang antara letusan adalah 400
tahun. Saat ini, Gunung Fuji sudah tidak meletus selama 300 tahun. Jadi, menurut para ahli volkanologi, Gunung Fuji mungkin tidak akan meletus lagi.
Menariknya, ada tempoh tertentu sahaja pendaki dibenarkan mendaki Gunung Fuji iaitu antara Ogos hingga September ( musim panas - tak lah panas sgt, ada kawan yang dha pergi, pakai baju sejuk/winter jacket juga.. semakin tinggi altitutue, semakin sejuk suhu..). Huih..confirm la ramai kan..(tengok je gambar di bawah). Pada musim sejuk/winter, pendakian Gunung Fuji dilarang sama sekali mungkin atas faktor keselamatan. Pendakian akan bermula di stesen ke5 yang boleh dijejaki dengan menaiki bas...dari situ , anda kena menapak atau hike ke puncak :).Ada 10 stesen atau checkpoint, setiap CP ni ada pondok berteduh dan juga tandas..semuanya kena bayar malah anda boleh book online kalau nak bermalam.. kos: 5000-7000 yen per person( RM188.00 hingga RM262.00!).Jangan expect pondok tu macam hotel ye heheheh..silap2 ada juga yang tidak sediakan katil..tido di lantai, beralaskan tilam jepun. Bagaimana pun Gunung Fuji juga boleh didaki secara daypack ( tak perlu bermalam...)
"Biar bermimpi setinggi langit, andai kau jatuh, kau akan jatuh di antara bintang - bintang..." ecehhhhh
"Biar bermimpi setinggi langit, andai kau jatuh, kau akan jatuh di antara bintang - bintang..." ecehhhhh
![]() |
| Gunung Fuji dari pandangan udara |
![]() |
| Jalur pendakian ( otw turun) sumber: halojepang |
![]() |
| Awan karpet idaman ramai.... Sumber: Hiking Tips Mt Fuji |
![]() |
| Sumber: Sugoi Days |
![]() |
| Sumber: Bucket List |
![]() |
| Ada 3 puncak utama di puncak Gunung Fuji...yang paling tinggi puncak Kengamine. |
Hmm..sambung berangan.... :) sila kumpul duit oren hehehe
Bacaan tambahan:
1. Gaijin Pot : Tips on hiking Mt Fuji
2.Charm of Mt Fuji
3.Official Website of Mt Fuji Climbing
4.Sugoi Days : how to book Mt. Fuji Hut
Monday, 9 October 2017
Kepentingan Insurans Perjalanan / Travel Insurance
![]() |
| Gambar dari Tripit |
Rakyat Malaysia Masih Memandang Ringan Insurans Perjalanan
Dipetik dari ibanding.com
Kita kerap mendengar atau membaca berita tentang rakyat Malaysia yang
terlantar di hospital sambil menunggu ehsan orang ramai di tanahair
kerana tidak mampu menanggung kos perubatan ketika terjatuh sakit di
luar negara. Perkara ini tidak mungkin berlaku seandainya kita
melindungi diri dengan membeli insurans dan Takaful perjalanan setiap
kali kita ke luar negara. Akan tetapi masih ramai yang tidak mengambil
berat tentang kepentingan dan keperluan perlindungan ini.
Menurut kajian yang dilakukan di talian oleh syarikat insuras am Tune
Protect baru-baru ini, walaupun 80% rakyat Malaysia yang memahami
kepentingan perlindungan tersebut, malangnya hanya 34.8% yang membelinya untuk perlindungan diri.
Sikap pelancong Malaysia
Apabila merancang sesuatu perjalanan atau percutian, rakyat Malaysia
masih hanya pentingkan keseronokan dan tidak mengambil endah tentang
keselamatan diri. Ini berpunca daripada sikap yang menganggap kemalangan
tidak akan berlaku pada diri sendiri.
Segala persiapan dilakukan dengan rapi. Dari tiket kapalterbang ke
penginapan hotel perlu terlebih dahulu ditempah. Bahkan ramai yang
menghabiskan masa berjam-jam melayari laman Tripadvisor dan Agoda untuk
memilih hotel yang cantik dan sesuai dengan citarasa dan bajet.
Pakaian yang ingin dibawa juga perlu lengkap. Baju sejuk diperlukan
jika melancong ke negara sejuk. Selipar dan topi pula jika ke kepulauan
tropika.
Sebelum bermula perjalanan atau percutian pula, kunci rumah
ditinggalkan dahulu bersama adik-beradik jika berlakunya sebarang
kecemasan. Agenda percutian dan itinerari perjalanan diberi kepada ibu
dan ayah agar mereka tahu di mana kita berada di sepanjang percutian.
Tapi berapa ramai yang melayari laman syarikat insurans untuk membuat
sedikit kajian tentang produk insurans perjalanan yang ditawarkan? Dan
berapa ramai pula yang membelinya? Japawannya telah pun disebut di atas:
3 atau 4 dalam setiap 10 orang.
![]() |
| Contoh pakej yang disediakan oleh AirAsia - Tune Travel Insurance |
Fungsi insurans perjalanan. Apa yang dilindungi?
Malang tidak berbau. Ianya boleh menimpa sesiapa, di mana jua dan
pada bila-bila masa sahaja. Dan ianya hanya perlu berlaku sekali, padah
dan akibatnya mungkin kita tanggung sepanjang hayat, seperti kes-kes
yang disebut di atas.
Di sini senarai risiko yang dilindungan insurans perjalanan untuk pemahaman kita:
1. Pembatalan atau pemendekan perjalanan
Kos yang ditanggung bagi perjalanan yang tidak dapat dituntut semula
seperti deposit hotel dan tiket penerbangan setelah perjalanan terpaksa
dibatalkan atau dipendekkan akan diberi pampasan oleh syarikat insurans.
Sebab-sebab pembatalan dan pemendekan perjalanan perlulah munasabah dan
mengikut syarat.
2. Kelewatan perjalanan
Kos yang ditanggung akibat kelewatan penerbangan atau pelayaran akan
dibayar oleh polisi insurans perjalanan. Tempoh kelewatan yang
ditetapkan untuk memenuhi syarat mungkin berbeza mengikut syarikat
insurans. Kebiasaannya ianya tidak kurang dari 12 jam. Pampasan juga
diberi ke atas belanja makan dan penginapan akibat kelewatan ini.
3. Kelewatan bagasi
Anda diberi ganti rugi sekiranya berlaku kelewatan bagasi jika
melebihi sesuatu tempoh waktu. Bayaran juga diberikan jika anda terpaksa
membeli pakaian baru atau keperluan lain disebabkan oleh kelewatan
bagasi anda ketika di luar negara.
4. Risiko ke atas barang-barangan peribadi, wang ringgit serta passport
Insurans perjalanan memberi perlindungan terhadap kerosakan atau
kehilangan barangan peribadi disebabkan oleh kenderaan pengangkut. Ini
termasuklah bagasi, barangan peribadi serta wang ringgit. Jika
kehilangan passport dan dokumen perjalanan, pampasan akan diberikan
selama anda terpaksa menunggu passport/ dokumen diganti. Pampasan ini
termasuklah kos tambahan untuk penginapan, perbelanjaan perjalanan dan
komunikasi.
5. Kos perubatan
Kos perubatan di negara luar jauh berbeza dengan kos di negara kita.
Perlindungan ini adalah yang terpenting sekiranya anda ingin ke luar
negara terutama negara-negara kos tinggi seperti United Kingdom,
Australia dan Jepun. Kos rawatan, pembedahan, dan hospital ditanggung
oleh syarikat insurans sekiranya anda jatuh sakit atau kemalangan semasa
dalam perjalanan anda.
6. Pemindahan perubatan kecemasan
Sekiranya anda perlukan rawatan semasa di luar negara manakala
kemudahan perubatan di kawasan di mana anda berada tidak memadai, polisi
insurans perjalanan anda akan menanggung kos pemindahan kecemasan anda
ke hospital yang bersesuaian. Contoh sekiranya anda melancong ke ski
resort di puncak gunung dan mengalami kemalangan. Anda mungkin perlu
diterbangkan menaiki helikopter ke hospital terdekat.
7. Penghantaran pulang jenazah
Sekiranya berlaku kematian ketika dalam perjalanan, pihak syarikat
insurans akan menanggung kos membawa balik jenazah pemegang polisi
insurans perjalanan.
8. Liabiliti diri
Sekiranya anda menyebabkan kecederaan kepada pihak ketiga atau
mengakibatkan kerosakan harta benda pihak ketiga, polisi insurans
perjalanan akan lindungi anda daripada liabiliti dan membayar
perbelanjaan guaman.
Harga insurans perjalanan sebenarnya tidaklah mahal, terutama sekali
jika dibandingkan dengan kos perjalanan itu sendiri. Jadi mengapa ambil
risiko?
Jika inginkan lagi keterangan lanjut atau ingin mula dapatkan
sebutharga bagi jenis-jenis produk perlindungan perjalanan yang
ditawarkan, tanyakan kepada ejen-ejen di direktori dengan mudah di sini.
~~~~~~~~~~~~~~~
Komen Dr Cat :
Auww terasa uols... ya.. saya jarang klik Travel Insurance Tune yang ada disediakan bersama tiket Air Asia misalnya ( RM10.60 domestic, RM26.80 overseas).Biasanya saya menggunakan flight dalam negeri sahaja...masa ke Bandung hari tu pun, saya menggunakan insurans untuk kakitangan kerajaan yang cuma boleh guna once a year.(kalau nak travel overseas lagi, kena beli insurans sendiri ya) Tapi setelah membaca artikel ini dan melihat banyak kes - kes jatuh sakit di luar negara semasa melancong dan secara tiba- tiba menanggung beban hutang beratus ribu ( 100-300k) untuk rawatan di luar negara, rasa seriau pulak. Walaupun memang ada insurans kesihatan( medical card ), kena semak balik sebab normal insurans ni cover kesihatan shj, tak cover kecurian, flight delay, flight cancelled,bagasi hilang, tebusan(huhu takut),rampasan kapalterbang - nauzubillah!
Dan perlu diingat semua insurans tak cover flight yang tuan badan sendiri cancel kecuali anda tiba-tiba sakit sebelum berlepas(kena ada dokumen lah - surta doktor etc- kena check polisi). Apa-apa pun check polisi insurans dan ambillah mana yang berkenan di hati. Selalunya kos insurans perjalanan ni range dia dalam RM20.00 hingga RM50++ ( single trip), dan maybe dalam RM150 - 250 (bagi mereka yang keluar negara dengan kerap dalam setahun-tak payah beli insurans setiap kali nak keluar, beli sekali je). Dan ada banyak jenis dari standard ke gold ke platinum dan VIP type. Bukan kita doakan benda tak baik berlaku, namun sediakan payung sebelum hujan ya...mana nak cekau RM100k kalau kena hospitalised 2 minggu misalnya di overseas? Bagi pendaki gunung pula, boleh pilih insurans yang cover dengan helikopter evacuation sekiraya anda bimbang anda tercedera di puncak gunung yang menyukarkan team penyelamat darat nak selamatkan anda.
Akan datang: Tips memilih insurans perjalanan.
![]() |
| Sumber gmbr: google |
Good to read:
1.Hanya 34.6% beli insurans
2.Adalah insurans perjalanan penting?
3.Insurans perjalanan boleh menyelamatkan anda
Saturday, 7 October 2017
Hotel Bangi Putrajaya
![]() |
| Source: Bangi Putrajaya |
Picturesque? Yes. Majestic?Yes.. luxury? Yes. Affordable? Surprisingly, yes...dari RM185 nett ...Food?Banyak pilihan...tapi takde aiskrim! hahahahaha....(ada cendol dan abc) ..ok Dorsett menang sebab ada aiskrim..hahaha aiskrim je pun..patut bersyukur dapat tumpang makan ya... :P .
Kami menginap di sini sempena Majlis Konveokesyen Pertanian Bersepadu di hujung September baru - baru ini di MAEPS... 2 hari je menginap di sini. Jom tengok gambar dari website Bangi Putrajaya ya.. range harga, rasanya dalam RM200++ untuk double bed room( muat 2 orang), RM330++ untuk premier family(muat 4 org). Hotel ni memang besar, silap-silap boleh sesat masa cari bilik especially yang di level 1....tapi tak boleh lawan Hotel Pullman yang macam maze dungeon and dragon! hahahahaha
![]() |
| Gym!My fav! |
![]() |
| Faveret juga..makan-makan |
![]() |
| Premier room |
![]() |
| Premier deluxe |
Tuesday, 3 October 2017
4 Tips Untuk Menikmati Larian Jarak Jauh
Larian jarak jauh tidak mudah, namun ia boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan, terutama selepas anda berjaya menamatkan larian tersebut.
BE A GROUPIE
Pros: Pecahkan larian jarak jauh kepada pusingan. Misalnya anda ingin berlari 15km, jadi lari sebanyak 5km secara 3 kali pusingan(loop). "Anda boleh meletakkan air dan makanan di 'station" yang anda lalui semasa loop run" . Loop run adalah sesuai jika anda memerlukan rehat di "station" yang anda pilih. Sekiranya anda berlari sekitar rumah, maka rumah anda boleh menjadi "station" anda, mudah untuk anda berhenti dan balik ke rumah sekiranya ingin ke tandas atau berlaku perubahan cuaca mendadak.
Cons: Loop run boleh jadi membosankan!
Do it Right: Simone mencadangkan anda bertukar - tukar loop. Buat route berlainan untuk mengelakkan anda bosan. Ajak kawan berlari bersama untuk mengelakkan rasa bosan :).
Semua imej dari Google Image.
=====================================================
Diterjemah oleh saya sendiri (loosely translated) dari:
https://www.runnersworld.com/running-tips/4-ways-to-enjoy-long-runs/slide/4
======================================================
Bacaan lanjut:
1. Costas Karageorghis :
http://www.brunel.ac.uk/people/costas-karageorghis ,
https://www.acefitness.org/certifiednewsarticle/805/ace-sponsored-research-exploring-the-effects-of-music-on-exercise-intensity ,
https://www.runnersworld.com/workout-music/running-debate-running-with-music
2. Running with friends
https://www.runnersworld.com/race-training/running-friends-are-friends-with-benefits,
http://www.runningforfitness.org/book/chapter-2/join-a-running-club
TUNE OUT
Pros: Berlari dengan muzik boleh mengelakkan anda berasa risau dengan jarak larian. Kerisauan boleh membuatkan anda mudah penat dan putus asa. Muzik merupakan satu cara untuk membuatkan anda lebih relaks dan fokus untuk terus berlari ke hadapan. Ia juga boleh mengurangkan fikiran anda dari tertumpu kepada kesakitan kaki atau otot. Penyelidik, Costas Karageorghis, Ph. D mengatakan muzik boleh mengurangkan keletihan dan meningkatkan ketahanan badan berlari sehingga 10-15%.
Cons: Muzik boleh menjadikan anda leka, seperti tidak sedar ada kereta lalu lalang, atau signal dari badna anda ( anda berlari terlalu laju sehingga tidak sedar ada halalangan seperti lubang jalan atau batu - lalu terjatuh atau cedera). Ia juga boleh menyebabkan anda terlalu selesa dan bergantung kepada muzik, ini akan mengecewakan anda jika bateri anda habis semasa pertengahan larian!
Do it Right: Kajian Karageorghis’s mengatakan lagu bertempo laju yang melebihi 120 beats per minutes ( degupan se minit) adalah sesuai semasa larian intensiti tinggi di mana anda menggunakan lebih 75% maksimum heart rate. Oleh itu anda boleh merancang playlist mengikut jenis larian anda ( laju/ perlahan/ santai/less intense runs) . Ada apps bernama PaceDJ yang boleh membantu anda menyusun senarai lagu untuk larian anda. Pastikan volume muzik tidka terlalu kuat supaya anda masih boleh dengar orang bercakap sekeliling atau bunyi enjin kereta/ kenderaan di jalan.
PAIR UP
Pros: Berlari bersama pasangan boleh menjadi larian yang panjang kerana ia mengelakkan anda berasa bosan berlari seorang, kata Colleen Tindall, jurulatih lari (berkelulusan USATF-certified di Moorestown, New Jersey.)"ia lebih menyeronokkan dan lebih selamat". Katanya lagi, " anda juga akan dapat berlari lebih lama berbanding kecenderungan untuk berlari secara short cuts apabila bosan keseorangan." Pelari beginner juga mungkin akan merasakan berlari secara berkumpulan itu agak menakutkan atau merisaukan kerana merasa rendah diri, maka berlari secara pasangan adalah lebih sesuai untuk mendapatkan keyakinan.
Cons: Sekiranya anda terlalu bergantung kepada pasangan anda, apa akan jadi sekiranya pasangan anda tidak dapat menemani anda atau cedera? Anda boleh bertukar - tukar pasangan berlari untuk meningkatkan potensi anda, sebagai contoh, pada awalnya berlari secara santai dengan pasangan tetapi cari pasangan lari lebih laju sekiranya anda ingin meningkatkan potensi larian anda. Sekiranya anda cuma berlari santai dan perlahan dalam tempoh yang lama, anda mungkin tidak dapat mencapai potensi sebenar anda.
Do it Right: Pastikan anda merancang jadual anda dan pasangan . Terdapat juga online website yang membolehkan and amenghubungi pelari tempatan yang akan gembir auntuk berkongsi tips dengan anda. Dan, sekiranya tiada pasangan yang boleh sama - sama berlari, ajak suami, isteri atau anak- anak .. mereka tidak perlu berlari bersama anda tetapi mereka boleh mengiringi anda dengan basikal misalnya..dan menjadi satu aktiviti keluarga yang menyeronokkan!
BE A GROUPIE
Pros: Apabila anda menyertai kumpulan atau kelab larian, ia boleh mendisiplinkan anda - kerana and aterikat dengan jadual larian kumpulan. Biasanya anda akan patuh kepada jadual kerana anda telah membayar yuran keahlian! Kelab - kelab ini juga mempunyai coaching/memberi tunjuka ajar secara professional. Serta menyediakan makan minum semasa perjumpaan (yeay!) Anda cuma perlu hadir dan lari!
Cons: Anda terikat dengan jadual kelab. Jika anda tertinggal, maka anda mungkin berasa malas untuk berlari seorang diri. Anda akan terlalu bergantung kepada kelab, jadi mungkin akan menyusahkan anda apabila cuba berlari solo. Anda juga mungkin akan terlalu terikat dengan pacing kumpulan. Simone berkata" adalah penting untuk pelari tahu bagaimana untuk mengendalikan keletihan semasa berlari mengikut kemampuan masing - masing."
Do it Right: Buat semua - campurkan larian berkumpulan dan larian solo, bertukar - tukar jenis sesi larian dalam seminggu supaya anda mendapat kebaikan dari kedua - duanya. Berlari bersama kumpulan apabila anda memerlukan motivasi. Lari solo apabila anda ingin menguji daya ketahanan dan meningkatkan stamina anda.
RUN IN CIRCLES
Cons: Loop run boleh jadi membosankan!
Do it Right: Simone mencadangkan anda bertukar - tukar loop. Buat route berlainan untuk mengelakkan anda bosan. Ajak kawan berlari bersama untuk mengelakkan rasa bosan :).
Semua imej dari Google Image.
=====================================================
Diterjemah oleh saya sendiri (loosely translated) dari:
https://www.runnersworld.com/running-tips/4-ways-to-enjoy-long-runs/slide/4
======================================================
Bacaan lanjut:
1. Costas Karageorghis :
http://www.brunel.ac.uk/people/costas-karageorghis ,
https://www.acefitness.org/certifiednewsarticle/805/ace-sponsored-research-exploring-the-effects-of-music-on-exercise-intensity ,
https://www.runnersworld.com/workout-music/running-debate-running-with-music
2. Running with friends
https://www.runnersworld.com/race-training/running-friends-are-friends-with-benefits,
http://www.runningforfitness.org/book/chapter-2/join-a-running-club
Sunday, 1 October 2017
Ujian Grading Green Belt Kakak
Alhamdulillah dah lulus.... berkat ajaran sir dan juga kawan-kawan E-ein yang membantu E-ein cantikkan steps / taegeok.. I do not have high expectation in this, just so she can socialize with new friends and learn martial art :)
![]() |
| Petang nya gi makan ice cream & waffle...sekali sekala.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)



























