Wednesday, 11 October 2017

Wish List : Part 2

Sorry, wish list saya berubah dari masa ke semasa mengikut peredaran semasa hahahaha....so curently, nampak nya ke arah negara - negara yang ada gunung...(  anak-anak takleh ikut ni...bg can mama honeymoon keh hahahaha).. ingat ya, saya meletakkan 5-10 tahun untuk angan - angan ini jadi kenyataan... amin.

Mount Fuji, Kawaguchi, Japan (3776m)

Berangan-angan sejak saya dah berjaya ke Gunung Kinabalu... eh banyak angan-angan saya ni..nak realisasi kan tu yang ...ambil masa. (dan duit..dan tenaga..dan kena ambil cuti hahahaha)
Diberitakan mendaki Gunung Fuji mengambil masa lebih kurang 5 - 7 jam (naik) dan 3-5 jam (turun). 

Gunung Fuji merupakan sebuah gunung berapi (tidak aktif) . Gunung Fuji juga dikelilingi lima tasik(Fujigoko), yaitu Tasik Kawaguchiko, Tasik Yamanakako, Tasik Saiko, Tasik Motosuko, dan Tasik Shojiko. Gunung Fuji merupakan sebahagian dari taman nasional Fuji-Hakone-Izu. Gunung Fuji juga dapat dilihat dari Yokohama, Tokyo, dan kadang-kadang dari tempat yang jauh seperti Chiba, Saitama, Tochigi, dan Danau Hamana ketika langit cerah. Letusan terakhir Gunung Fuji terjadi pada tahun 1707. Letusan ini terjadi 49 hari setelah gempa bumi berskala 8,9 magnitude terjadi dan mengorbankan 5000 jiwa di barat daya Honshu dan Shikoku. Sejauh ini, Gunung Fuji sudah meletus sebanyak 16 kali selama 1300 tahun terakhir. Interval terpanjang antara letusan adalah 400 tahun. Saat ini, Gunung Fuji sudah tidak meletus selama 300 tahun. Jadi, menurut para ahli volkanologi, Gunung Fuji mungkin tidak akan meletus lagi.

Menariknya, ada tempoh tertentu sahaja pendaki dibenarkan mendaki Gunung Fuji iaitu antara Ogos hingga September ( musim panas - tak lah panas sgt, ada kawan yang dha pergi, pakai baju sejuk/winter jacket juga.. semakin tinggi altitutue, semakin sejuk suhu..). Huih..confirm la ramai kan..(tengok je gambar di bawah). Pada musim sejuk/winter, pendakian Gunung Fuji dilarang sama sekali mungkin atas faktor keselamatan. Pendakian akan bermula di stesen ke5 yang boleh dijejaki dengan menaiki bas...dari situ , anda kena menapak atau hike ke puncak :).Ada 10 stesen atau checkpoint, setiap CP ni ada pondok berteduh dan juga tandas..semuanya kena bayar malah anda boleh book online kalau nak bermalam.. kos: 5000-7000 yen per person( RM188.00 hingga RM262.00!).Jangan expect pondok tu macam hotel ye heheheh..silap2 ada juga yang tidak sediakan katil..tido di lantai, beralaskan tilam jepun. Bagaimana pun Gunung Fuji juga boleh didaki secara daypack ( tak perlu bermalam...)

"Biar bermimpi setinggi langit, andai kau jatuh, kau akan jatuh di antara bintang - bintang..." ecehhhhh


Gunung Fuji dari pandangan udara

Jalur pendakian ( otw turun) sumber: halojepang


 Awan karpet idaman ramai.... Sumber: Hiking Tips Mt Fuji
Sumber: Sugoi Days

Sumber: Bucket List

Ada 3 puncak utama di puncak Gunung Fuji...yang paling tinggi puncak Kengamine.


Hmm..sambung berangan.... :) sila kumpul duit oren hehehe

Bacaan tambahan:

1. Gaijin Pot : Tips on hiking Mt Fuji
2.Charm of Mt Fuji
3.Official Website of Mt Fuji Climbing 
4.Sugoi Days : how to book Mt. Fuji Hut 

2 comments:

  1. smoga wish list terlaksana.. cantiknya tempat ni..
    hanya orang yg pernah sampai dapat merasainya kan Cat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sgt wishes ni hahahaha... slow-slow..angan-angan takpe sebab angan- angan tu free

      Delete