Saturday, 10 December 2016

60 minit, 30km

Cycling..a bit boring bila terperuk dalam rumah je..tapi better than doing nothing kan?Janji bergerak!

*baru balik dari Kelantan ni..balik kampung :) later update!


Tuesday, 6 December 2016

Kebaikan senaman Squat

Saya suka melakukan senaman ini sekali  sekala apabila tiada kesempatan untuk keluar rumah . Bagus juga utk heal kaki(bagi saya la..) selepas berlari. Baru - baru ini saya mengalami sindrom heavy and dead legs ( kaki terasa berat) bila berlari 5km, sedangkan saya dah biasa lari jarak tersebut. Apabila dirujuk pada kawan-kawan runners yang lain, kebanyakan mengatakan muscle fatigue(otot keletihan),saya rasa memang ya sebab saya berlari 2 hari berturut-turut, dan sebelum tu pula sy berendam di kolam melayan anak-anak hehehe...(aktiviti dalam air juga memenatkan tapi seronok!).Mungkin juga faktor umur(ingat ye,,awak tu dah berumur hahahaha)...



Basic squat
Jadi buat masa ni saya memilih untuk crosstraining iaitu membuat aktiviti selain berlari ( saya pilih cycling setiap malam selama 40-50 minit), dan siangnya sy cuba buat 40-60 squats. Saya memang pernah buat squats sebelum ini bersama pilates sejak tahun lepas, tapi tidak konsisten, semoga sy lebih istiqomah kali ini hehehe.,...

Cycling boleh dikatakan aktiviti agak santai kerana kita cuma perlu duduk dan biarkan kaki mengayuh ( sy gunakan static bike). Walaupun kita rasa kaki sedang sakit/recovery, jangan berehat sepenuhnya dan totally berhenti dari aktiviti, sebab nanti lagi lemau badan bila nak berlari atau hiking semula!Saya suka membaca dan share ilmu baru, tapi benda-benda yang saya telah buat sahaja :)Selagi tak buat, memang takkan rasa keberkesanannya.

Jadual aktiviti saya buat 2 hari ini

5/12 siang 40 squats, malam 40 minutes cycling
6/12 siang 60 squats,malam 50 minutes cycling ( malam nanti nak cuba 60minutes cycling)

Yang penting semasa melakukan squat, tulang belakang mesti tegak ye jangan bongkok. 




Kredit artikel di bawah dari says.com

KEBAIKAN SENAMAN SQUAT

1. Menambahbaikkan peredaran darah dan mengelakkan selulit 
 Regangan daripada melakukan squat dapat mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan lebih lancar dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Peredaran yang baik bermakna lebih banyak nutrien dan oksigen sampai ke organ-organ penting. Dan ya, anda boleh ucap selamat tinggal kepada selulit, jika anda melakukan senaman ini dengan kerap.

2. Membantu penghadaman yang baik 
 Squat membantu menyingkirkan bahan buangan daripada badan dengan lebih baik. Tindak balas otot melalui senaman ini memperbaiki aliran cecair di dalam badan, pada masa yang sama memudahkan proses pembuangan melalui usus.


3. Membina otot di seluruh badan, bukan punggung sahaja

Walaupun pergerakan lebih tertumpu pada bahagian kaki, squat juga menggalakkan pertumbuhan otot di seluruh tubuh badan. Senaman ini begitu intense sehingga mewujudkan rembesan hormon-hormon yang begitu penting untuk pertumbuhan otot tisu.

4. Tidak meletakkan tekanan pada bahagian belakang 
 Kebanyakan senaman lain selalunya memberi tekanan yang tidak wajar pada lutut, pergelangan kaki, dan bahagian belakang. Namun squat, sebagai satu senaman berimpak rendah, tidak mempunyai kesan ini. Ia sangat berguna jika anda mempunyai masalah punggung, lutut atau buku lali lemah.

 5. Boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan tidak memerlukan apa-apa aksesori atau peralatan

Tidak perlulah pergi ke gimnasium atau beli apa-apa kelengkapan kerana senaman squat yang simple ini amat berkesan dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Tak kisahlah sama ada di rumah, di pejabat, ataupun sewaktu anda pergi melancong.


6. Anda akan berjalan seperti seorang ratu cantik! 
 Kebaikan squat juga merangkumi pada postur. Squat adalah cara yang bagus bukan sahaja untuk memperbaiki postur, tetapi juga untuk membina keseimbangan yang lebih baik. Ia turut membantu menguatkan otot belakang, sekaligus mengelakkan sakit belakang disebabkan oleh duduk di kerusi terlalu lama.


7. Membakar lemak dan menurunkan berat badan

Selain membina otot dan melancarkan peredaran darah, senaman squat turut membakar kalori. Senang kata, squat adalah satu senaman komprehensif bagi mengekalkan kesihatan, dan pada masa yang sama menurunkan berat badan. Seluruh tubuh akan menjadi cergas!


8. Menguatkan lutut, meningkatkan fleksibiliti, dan mencegah kecederaan 
 Lenturan dan regangan lutut dalam senaman squat dapat menguatkan otot pada bahagian tersebut serta membolehkan lebih banyak oksigen dan darah mengalir di sekitar sendi. Ini membantu untuk memastikan anggota tubuh badan lebih fleksibel dan kuat.

9. Menggerakkan seluruh otot pada kaki

Tidak seperti peralatan senaman tertentu di gimnasium, yang menyasarkan otot tertentu sahaja, senaman squat menggunakan setiap otot yang ada pada kaki. Ini bermaksud keseluruhan kaki akan bersenam, semua dalam satu masa! Inilah salah satu manfaat terbesar senaman squat.

Terdapat variasi squat, namun lakukan ikut kemampuan, cuba buat squat biasa/basic dahulu :) 
(oh sy pernah cuba sumo squat dengan dumb bell 3kg..memang dijamin bermandi peluh wlapun buat 15-20 reps sahaja!)

 




 

Sambutan hari jadi Aisy :)

Hari jadi Aisy hari ini sebenarnya ,yang ke 5 tahun, 6 December 2016. Tapi kami dah sambut awal di tadika nya pada hujung November sebab kalau tunggu tarikh sebenar, nanti tak dapat sambut dengan kawan-kawan :)..so here is a few pics....Aisy dan kawan-kawan...kek buat sendiri tau..Aisy & kakaknya tolong :). Rujuk post ini.Mama selalu busy, tapi alhamdulillah sempat buat sendiri..tido jam 2 pagi malam tu hahaha...no decoration sebab pergi giant, takdek strawberries huwaa...cikgu tadika cakap, ni lah first time kek buat sendiri, biasa orang beli..hahaha bangga sikit di situ ecececece....masuk lif tekan sendiri la ye.

Kawan-kawan Aisy bagi nama lain kepada kek ni.Kek Banjir Coklat..hahahahaha sukahatilanakkkk

 




Sehingga menjilat jari





Monday, 5 December 2016

Istilah dalam Taekwondo




Since anakku join taekwondo mulai tahun ini, jom kita belajar sikit-sikit istilahnya... boleh lah buat modal bersembang dengan anak..kang dia sebut itu ini, kita tak tahu hehehe...sepatutnya my E-ein akan ada ujian tali pinggang kuning 2 mingu depan, tapi sebab kami akan balik kampung, she'll miss it.. dah bgtahu coach dia....sy pun tak kisah dia cepat atau lambat..so coach kata ok..next year baru ambil ujian join batch lain..

Kenapa saya pilih untuk anak belajar taekwondo?

1. dekat sangat dengan rumah - tempat latihan belakang rumah je

2.yuran yang berpatutan RM30/bulanan, tapi pendaftaran ada add RM30(ni sekali je byr)..( tak termasuk baju dan belt).Jom kita baca apa itu taekwondo dahulu?

3.Sebagai ilmu untuk dia

4. supaya dia dapat bersosial dan berjumpa kawan-kawan selain dari sekolah nya

 "Tae" means "foot" or "to strike with the feet". "Kwon" means "hand", or "to strike with the hand". "Do" means discipline, art, or way. Hence TaeKwonDo (foot-hand-way) means literally "the art of the feet and the hands" or "the art of kicking and punching". Different schools and/or styles may impose different variations on the formal definition however. For example, some styles add the words "self defense" to the literal definition and/or throw in some form of the phrase "physical and mental training".

Antara istilah yang selalu sy dengar semasa latihan ( yes i stay thru all the trainings with her...bg moral support!)Semua ini menerusi pembacaan saya sendiri jadi mungkin ada yang tak berapa tepat maksudnya..:)

1.Chunbee: The command to stand ready in parallell stance at the start of a form(lebih kurang bersedia lah)
 
Inilah cara berdiri chunbee


2.Poomsae:or Patterns are a set sequence of movements that consists of the various fundamental stances, blocks, punches and kicks logically arranged in a mea...(jenis-jenis gerakan atau form untuk gerakan taekwondo rasanya....)biasa dengar masa coach training budak-budak yang talipinggang merah dan hitam.Juga bermaksud "a series of defending and attacking movements performed against imaginary opponents in a set pattern."

3.Taegeok/taegeuk: a poomsae form which is required for all colour belt student in Taekwondo worldwide.

 The World Tae Kwon Do Federation has 8 colored belt forms and 9 black belt forms. The colored belt forms are all numbered one to eight and are called Taegeuk.

 Taegeuk 1 (IL JANG) - A series of actions expressing the KEON principle of Palgwe. KEON represents heaven and light, which is the beginning of everything.

Taegeuk 2 (YI JANG) - A series of actions expressing the TAE principle of Palgwe. TAE represents joyfulness so this should be performed gently but firmly. This principle teaches us that mind must remain firm, but outwardly we must appear gentle.

Taegeuk 3 (SAM JANG) - A series of actions expressing the RI principle of Palgwe. RI represents fire and the sun. Fire gives us warmth and the sun gives us light, and both represent hope. It should be performed rhythmically, with some outbursts of energy and with passion.

Taegeuk 4 (SA JANG) - A series of actions expressing the JIN principle of Palgwe. JIN represents thunder. Thunder and lightening are sources of fear and danger. This principle teaches us that we must remain calm and brave when faced with danger and fear.

Taegeuk 5 (OH JANG) - A series of actions expressing the SEON principle of Palgwe. SEON represents the wind. While wind can be terrible as in a tornado, the nature of wind is gentle. This principle teaches us that we must remain humble in mind, and only act forcefully when we must.

Taegeuk 6 (YOOK JANG) - A series of actions expressing the GAM principle of Palgwe. GAM represents water and the principle teaches us that we must proceed with confidence when facing difficulty and hardship if we are to overcome them.

Taegeuk 7 (CHIL JANG) - A series of actions expressing the GAN principle of Palgwe. GAN represents the Mountain. It teaches us that we must attain the stability of the mountain. We must not act in a hasty manner and should know when to proceed and when to stop.

Taegeuk 8 (PAL JANG) - A series of actions expressing the GON principle of Palgwe, which is defined as the quality of being receptive. GON represents the earth, which is the cradle of life. It is the earth that embodies the creative forces of heaven.

4.Block: biasanya cikgu dia bg arahan dalam English untuk teknik blocks ni....kagum sebab budak2 semua cepat tangkap..kalau kite orang tua ni...dah keras laaa hahahaha

 bahkat palmahk mahki

: outer forearm block
ahn palmahk mahki : inner forearm block
sahng palmahk mahki : twin forearm block
ahnuro mahki : inward block
bahkuro mahki : outward block
ahrae mahki : low block
cho kyo mahki : rising block
daebi mahki : guarding block


 
Antara typical colors varieties yang digunakan utk belt, warna sama tapi variety lain.


Comel pulak yang ini :)

Cukup di sini dulu ye

Rujukan:

1.Taekwondo
2.Taegeuk forms































Sunday, 4 December 2016

Medal ke 16: Virtual Run Supercats Lovers Series 2016, 5km

Medal kucing, dipakaikan kat kucing..hahaha... ini lah kucing kesayangan hamba, Oni namanya, tahun ni umur dia 13 tahun dah :).

Larian dibuat pad abulan Oktober, medal received pada bulan November, baru sempat nak update sebab tunggu snap gambar Oni :). Asyik lupa je.


Saturday, 3 December 2016

Cabaran 42 km Ninja Run December 2016 bermula!

Cabaran 42 km dalam sebulan...boleh combine jarak larian sehingga cukup 42 km dalam bulan December ni..nak lari lebih pun  terpulang..mmg seronok cabar diri sendiri nih. So far sy dah buat 10 km ( 5+5)..looking forward to do more, sambil tu join Strava December Challenge (online ) juga. Ada lagi 32 km!

E-bib saya

1/12/2016:Berlari di Tg .Leman,syiok lari tepi pantai!

2/12/2016: Berlari di area rumah...tak tau letak gmbr apa, merapu-rapu lah gambar yang keluar hahaha,,,