Saturday, 4 June 2016

Bukit Broga @ Broga Hill {2 Jun 2016}

Since kami ada urusan di Seri Kembangan tengahari hari tu, my husband suggest kami singgah Broga pada pagi tu. Ini kali pertama ke Broga, cari jalan guna waze je..memang agak mudah dan senang nak jumpa... Broga ni dalam kebun kelapa sawit. Sukacita diingatkan barangsiapa yang nak terkincing kaaa..terbuang air besar kaa...baik gi kat stesen minyak sebelum masuk area Broga nih. Sebab memang ada toilet kat Broga,tapi mahallllll sgt2..RM1 per entry.

Last daku hiking adalah a month ago kot di Gunung Lambak.

Permulaan trek
Trek agar licin sebab semalam hujan.
Pemandangan dari 2nd peak ( Broga ada 3 puncak..puncak ketiga baru puncak sebenar)
Daki jam 9.00 pagi..jam 10 pagi sampai...sebenarnya byk bersembang dgn hikers lain hahaha...amik gambar..byk stop..kalau tanpa henti..mungkin boleh smpi dalam 30-40 minit.
Sempat bergambar dengan awek2 dari Belanda & German di puncak.
Otw turun.
Where to next ye?
Ahem... hahahaha dating di Broga.
Name: Bukit Broga/Broga Hills
Height: 400metres ASL(above sea level)
Category: Beginners
Time to reach peak : 30-40 minutes for fit person/ 1-2 hours for leisure.

Wednesday, 25 May 2016

Sunrise at Bachok

Mengikut hubby sambil bawa anak-anak selepas subuh ke pantai nelayan tidak bernama, di Bachok, Kelantan....Salahs atu aktiviti masa cuti sekolah Mac, baru nak update hihi....

Family pic first. Yang depan belah kiri sekali tu memang over hahahaha

Nak suruh berdiri diam memang susah...nailed it!Ada banyak lagi gambar..tapi takpelah simpan sendiri je...

Pose paling mahalkah? hahahaha

Nelayan menarik gandar roda selepas membantu menolak bot ke laut....



Wednesday, 13 April 2016

KPJ Walk For Health ( 8 April 2016)

Kebetulan member ajak join...join je lah..a good place to gather and exercise!Ada zumba, senam robik & acara kemuncak, jalan ramai-ramai pakai baju purple..hihi

Registration pada 7 pagi....


Zumba dan mula...zumba ok la..i can follow sebab dia takde lenggang lenggok..masuk je z-robik(ala2 zapin..terus give up duk tepi hahahaha acik tak reti lah!)



Posing sebelum ramai orang beratur nak berjalan....gambar jalan xde..sebab kitorg jalan cepat2 pastu berkejar nak gi sarapan kat Rail Coffee hahahahaha...ni dtg nak jalan ke nak makan????


Saturday, 19 March 2016

Bukit Keluang @ Pantai Bukit Keluang, Besut ( March 2016,School Holiday)

Gambar dari google

Hampir 10 tahun sebenarnya kami sekeluarga ulang alik balik kampung Johor-Kelantan, tapi tak pernah terfikir pun nak datang ke sini. Since minat hiking bermula last year , rajin la baca bab gunung-gunung dan bukit-bukit ni. Bukit Keluang nampaknya satu destinasi yang agak menarik! Banyak gambar view puncak yang appear kat facebook dan internet, bukit ni juga merupakan tempat riadah menarik untuk penduduk tempatan dan juga pelancong/ pelawat. Dengan ketinggian 300m,dikategorikan sebagai bukit, maka kami yakin untuk mebawa anak-anak mendaki bukit ini...hehehe...  safety first! So, bergerak selepas subuh dari Kluang, sampai jam 4 petang di Besut, pusing2 cari hotel budget, kami menginap di Penginapan Kota Putra, RM100/night, boleh tahan jugak untuk 2 star hotel, siap ada mini fridge!

Menurut beberapa orang tempatan, ada 2 jalan nak naik bukit ni...depan bukit (jalan pantai), dan belakang ( lebih kurang 2 km dari pantai). Kami pilih jalan pantai sebab boleh park depan tangga je terus. Lupa pulak nak kira berapa anak tangga...heh.



Lepas tu mula trek tanah berpasir, agak licin. Tengok beberapa remaja selamba je hike pakai selipar jepun... ada gak yang jatuh terduduk depan aku.Memang licin...so... wlupun bukit...proper gear tetap penting.At least kasut sukan pun dah ok.

Berehat sebentar..



Kami mendaki jam 7 pagi...lebih kurang jam 8 pagi..tiba ke puncak...view memang cantik...



 Cantik kan?


Ada pondok di puncak... bergilir-gilir jaga anak sementara salah seorang pergi ambil gambar.




Minta jasa baik seorang adik ni ambilkan gambar ...
Perjalanan turun mengambil lebih kurang 50 minit...seperti mendaki, masa turun memang kena berjaga - jaga sebab licin dan berpasir... sentiasa pegang tangan anak. Ade jugak kena kendong sekali sekala bila diorg rasa lenguh kaki...hahahah 10 kg ( Aisy)-15kg(Eein) weight!

Sampai di bawah...gulp gulp..terkam beli & minum air kelapa..nyamannya! Alhamdulillah... kemudian, when i thought my kids were already tired...diorg mintak nak main playground dan pasir pantai! Akhirnya, dalam jam 11 baru kami beredar dari Pantai Bukit Keluang....mandi kemas baju2 dan  meneruskan perjalanan ke Bachok, Kelantan...

p/s: laluan pejalan kaki dah rosak teruk..harap Majlis Perbandaran Besut/ Pelancongan dapat perbaiki secepat mungkin..dah tinggal tiang je huhuhu...




Perhatikan budak baju pink belah kiri tuh... T-T

Thursday, 10 March 2016

Hiking quote

I took a walk in the woods and came out taller than the trees.
–Henry David Thoreau 




Gunung Lambak ( 11.3.2016)

Sunday, 6 March 2016

Aktiviti Hujung Minggu: Just keep swimming...just keep swimming....

Dah lama dah water park ni ada di sini ( Gunung Lambak Waterpark Resort)..tapi baru 2 kali je kami pergi. Anak2 ku..memang dah selalu main air nih sebab kadang2 ikut mama nye outstation...mama nye bermesyuarat, deme berenang-renang yek....

But this time, I just witness my eldest daughter, like a mermaid dalam air... boleh pulak dia pandai sendiri tu..alhamdulillah...mmg macam2 aksi bawah air dia buat hahahahaha.. mak dia? eerrr... krik krik krik.... mak dia baru nak belajar terapung! hahaha..

Harga tiket;

Dewasa RM5, kanak - kanak bawah 5 tahun RM3.

Pool yang sederhana, tapi aku suka sebab tak ramai crowd.

Berapa kali ku cakap..tak yah pegang hidung..jgn bernafas je..hahah dia tetap waswas..






Mama duk tepi2 je hahahaha