Wednesday, 25 May 2016

Sunrise at Bachok

Mengikut hubby sambil bawa anak-anak selepas subuh ke pantai nelayan tidak bernama, di Bachok, Kelantan....Salahs atu aktiviti masa cuti sekolah Mac, baru nak update hihi....

Family pic first. Yang depan belah kiri sekali tu memang over hahahaha

Nak suruh berdiri diam memang susah...nailed it!Ada banyak lagi gambar..tapi takpelah simpan sendiri je...

Pose paling mahalkah? hahahaha

Nelayan menarik gandar roda selepas membantu menolak bot ke laut....



Wednesday, 13 April 2016

KPJ Walk For Health ( 8 April 2016)

Kebetulan member ajak join...join je lah..a good place to gather and exercise!Ada zumba, senam robik & acara kemuncak, jalan ramai-ramai pakai baju purple..hihi

Registration pada 7 pagi....


Zumba dan mula...zumba ok la..i can follow sebab dia takde lenggang lenggok..masuk je z-robik(ala2 zapin..terus give up duk tepi hahahaha acik tak reti lah!)



Posing sebelum ramai orang beratur nak berjalan....gambar jalan xde..sebab kitorg jalan cepat2 pastu berkejar nak gi sarapan kat Rail Coffee hahahahaha...ni dtg nak jalan ke nak makan????


Saturday, 19 March 2016

Bukit Keluang @ Pantai Bukit Keluang, Besut ( March 2016,School Holiday)

Gambar dari google

Hampir 10 tahun sebenarnya kami sekeluarga ulang alik balik kampung Johor-Kelantan, tapi tak pernah terfikir pun nak datang ke sini. Since minat hiking bermula last year , rajin la baca bab gunung-gunung dan bukit-bukit ni. Bukit Keluang nampaknya satu destinasi yang agak menarik! Banyak gambar view puncak yang appear kat facebook dan internet, bukit ni juga merupakan tempat riadah menarik untuk penduduk tempatan dan juga pelancong/ pelawat. Dengan ketinggian 300m,dikategorikan sebagai bukit, maka kami yakin untuk mebawa anak-anak mendaki bukit ini...hehehe...  safety first! So, bergerak selepas subuh dari Kluang, sampai jam 4 petang di Besut, pusing2 cari hotel budget, kami menginap di Penginapan Kota Putra, RM100/night, boleh tahan jugak untuk 2 star hotel, siap ada mini fridge!

Menurut beberapa orang tempatan, ada 2 jalan nak naik bukit ni...depan bukit (jalan pantai), dan belakang ( lebih kurang 2 km dari pantai). Kami pilih jalan pantai sebab boleh park depan tangga je terus. Lupa pulak nak kira berapa anak tangga...heh.



Lepas tu mula trek tanah berpasir, agak licin. Tengok beberapa remaja selamba je hike pakai selipar jepun... ada gak yang jatuh terduduk depan aku.Memang licin...so... wlupun bukit...proper gear tetap penting.At least kasut sukan pun dah ok.

Berehat sebentar..



Kami mendaki jam 7 pagi...lebih kurang jam 8 pagi..tiba ke puncak...view memang cantik...



 Cantik kan?


Ada pondok di puncak... bergilir-gilir jaga anak sementara salah seorang pergi ambil gambar.




Minta jasa baik seorang adik ni ambilkan gambar ...
Perjalanan turun mengambil lebih kurang 50 minit...seperti mendaki, masa turun memang kena berjaga - jaga sebab licin dan berpasir... sentiasa pegang tangan anak. Ade jugak kena kendong sekali sekala bila diorg rasa lenguh kaki...hahahah 10 kg ( Aisy)-15kg(Eein) weight!

Sampai di bawah...gulp gulp..terkam beli & minum air kelapa..nyamannya! Alhamdulillah... kemudian, when i thought my kids were already tired...diorg mintak nak main playground dan pasir pantai! Akhirnya, dalam jam 11 baru kami beredar dari Pantai Bukit Keluang....mandi kemas baju2 dan  meneruskan perjalanan ke Bachok, Kelantan...

p/s: laluan pejalan kaki dah rosak teruk..harap Majlis Perbandaran Besut/ Pelancongan dapat perbaiki secepat mungkin..dah tinggal tiang je huhuhu...




Perhatikan budak baju pink belah kiri tuh... T-T

Thursday, 10 March 2016

Hiking quote

I took a walk in the woods and came out taller than the trees.
–Henry David Thoreau 




Gunung Lambak ( 11.3.2016)

Sunday, 6 March 2016

Aktiviti Hujung Minggu: Just keep swimming...just keep swimming....

Dah lama dah water park ni ada di sini ( Gunung Lambak Waterpark Resort)..tapi baru 2 kali je kami pergi. Anak2 ku..memang dah selalu main air nih sebab kadang2 ikut mama nye outstation...mama nye bermesyuarat, deme berenang-renang yek....

But this time, I just witness my eldest daughter, like a mermaid dalam air... boleh pulak dia pandai sendiri tu..alhamdulillah...mmg macam2 aksi bawah air dia buat hahahahaha.. mak dia? eerrr... krik krik krik.... mak dia baru nak belajar terapung! hahaha..

Harga tiket;

Dewasa RM5, kanak - kanak bawah 5 tahun RM3.

Pool yang sederhana, tapi aku suka sebab tak ramai crowd.

Berapa kali ku cakap..tak yah pegang hidung..jgn bernafas je..hahah dia tetap waswas..






Mama duk tepi2 je hahahaha




Tuesday, 9 February 2016

Mendaki Gunung Arong, Mersing

Salam siaran..ya Allah lamanya tak jenguk blog sendiri.. punya la bz.


Apa pun..dah jejak tahun 2016 dah bulan Februari dah pun.

Nak pegi Gng Berlumut..rancang punya rancang dah booking guide (booking air liur), kengkawan pas sorang sorang sume tarik diri so x jadi lah pegi. Plus skrg Gunung Berlumut tutup katanya untuk renovation sampai Mac ke April gitu.

So..last week dpt tips baik punya utk daki Gunung Arong..terus booking la... just me and my hubby and our guide.

Ketinggian Gunung Arong 274 metres aka 898 ft sahaja. Tapi view dia....mahal masya Allah... nak daki tu dlm 40 minit insya allah . Tapi ku terpempan menikmati view di puncak...subhanallah... dgn angin yang sepok2 bahasa..bukan sepoi2..mmg masa pegi tu angin mcm ribut pun ada. Duk tepi2 tebing mmg melayang so pls grab apa yg kukuh dan jgn ralit sgt selfie ok.
Starting point... lalu ladang kelapa sawit..

Pintu masuk ke hutan...

Trek lebih kurang Gng Lambak..tapi..lebih santai

Our guide, En Edi..sgt peramah..nampak pokok2 hutan tertentu dia cerita ni pokok apa..boleh buat ubat apa etc.. he also gives us about 10 minutes rest each checkpoint..tapi kitorg pulak nak cepat sebab takut hujan hahahaha

yeay!smpi puncak...

Ini tepi puncak...angin kuattttt * flips tudung!

Ini bukan romantik..ini pegang kuat2 sebab angin kuat woi

Guide ade ckp..nama teluk tu...errr...lupe...

Jgn tiru aksi ini ya.. mmg kena precaution sgt2...hati2..jgn pgg hp or kamera semasa nak ke tebing...
beautiful..subhanallah..i can spend all day here..

Dah turun.... tu lah Gunungnya
Nama: Gunung Arong
Ketinggian: 274 m/898 kaki
Masa mendaki: tak sampai sejam kalau non stop - kami byk stop sebab ambil gmbr..about 45 minutes
Masa turun: 30 minit je sebab jalan laju2.
Level: santai2...Apa pun gunung Lambak tetap pacak!