Saturday 11 May 2019

Resepi kopi :Affogato

Apa itu affogato?

Bahasa mudah ,aiskrim vanilla di dalam kopi (kopi tanpa gula ya). Merupakan desert atau pencuci mulut dari Italy. Punyalah orang Itali ni suka kopi..sampai desert pun nak buat dari kopi! Affogato di bawah ni saya buat setelah selesai terawih...tiba-tiba rasa nak kudap affogato..awas,, tak boleh amal selalu hehe...


Resepi

1 scoop ( atau nak ber scoop scoop ,sukahatila hahaha)aiskrim vanilla
1 shot of espresso ( saya guna kapsul In Love by Arissto)

1.Letakkan aiskrim dalam cawan dan tadah bawah mesin kopi RM1 Arissto.
2.Letak kapsul dalam mesin.Tekan butang espresso (gambar cawan kecil)

siap! ( saya buat terbalik sebab tak nak aiskrim cair cepat sangat...kopi dulu baru letak aiskrim )



Boleh ke letak aiskrim lain? personally saya belum pernah cuba sebab 5-6 tahun kebelakangan ni saya jarang makan aiskrim. Tapi ada kawan-kawan saya suggest aiskrim kelapa atau pandan. Selamat mencuba!

Di bawah ni gambar pelbagai cadangan hidangan affogato(sumber google),cuba tengok gambar-rata2 mereka menggunakan aiskrim vanilla kan? Boleh juga tabur kekacang, chocolate chips, potongan kecil kek atau cake/biscuit crumbs untuk hiasan. Jika ke luar negara, awas ye sebab kadang-kadang affogato dicampur liquer/ arak :)





No comments:

Post a Comment