Rakyat Malaysia Masih Memandang Ringan Insurans Perjalanan
Dipetik dari
ibanding.com
Kita kerap mendengar atau membaca berita tentang rakyat Malaysia yang
terlantar di hospital sambil menunggu ehsan orang ramai di tanahair
kerana tidak mampu menanggung kos perubatan ketika terjatuh sakit di
luar negara. Perkara ini tidak mungkin berlaku seandainya kita
melindungi diri dengan membeli insurans dan Takaful perjalanan setiap
kali kita ke luar negara. Akan tetapi masih ramai yang tidak mengambil
berat tentang kepentingan dan keperluan perlindungan ini.
Menurut kajian yang dilakukan di talian oleh syarikat insuras am Tune
Protect baru-baru ini, walaupun 80% rakyat Malaysia yang memahami
kepentingan perlindungan tersebut, malangnya hanya
34.8% yang membelinya untuk perlindungan diri.
Sikap pelancong Malaysia
Apabila merancang sesuatu perjalanan atau percutian, rakyat Malaysia
masih hanya pentingkan keseronokan dan tidak mengambil endah tentang
keselamatan diri. Ini berpunca daripada sikap yang menganggap kemalangan
tidak akan berlaku pada diri sendiri.
Segala persiapan dilakukan dengan rapi. Dari tiket kapalterbang ke
penginapan hotel perlu terlebih dahulu ditempah. Bahkan ramai yang
menghabiskan masa berjam-jam melayari laman Tripadvisor dan Agoda untuk
memilih hotel yang cantik dan sesuai dengan citarasa dan bajet.
Pakaian yang ingin dibawa juga perlu lengkap. Baju sejuk diperlukan
jika melancong ke negara sejuk. Selipar dan topi pula jika ke kepulauan
tropika.
Sebelum bermula perjalanan atau percutian pula, kunci rumah
ditinggalkan dahulu bersama adik-beradik jika berlakunya sebarang
kecemasan. Agenda percutian dan itinerari perjalanan diberi kepada ibu
dan ayah agar mereka tahu di mana kita berada di sepanjang percutian.
Tapi berapa ramai yang melayari laman syarikat insurans untuk membuat
sedikit kajian tentang produk insurans perjalanan yang ditawarkan? Dan
berapa ramai pula yang membelinya? Japawannya telah pun disebut di atas:
3 atau 4 dalam setiap 10 orang.
|
Contoh pakej yang disediakan oleh AirAsia - Tune Travel Insurance |
Fungsi insurans perjalanan. Apa yang dilindungi?
Malang tidak berbau. Ianya boleh menimpa sesiapa, di mana jua dan
pada bila-bila masa sahaja. Dan ianya hanya perlu berlaku sekali, padah
dan akibatnya mungkin kita tanggung sepanjang hayat, seperti kes-kes
yang disebut di atas.
Di sini senarai risiko yang dilindungan insurans perjalanan untuk pemahaman kita:
1. Pembatalan atau pemendekan perjalanan
Kos yang ditanggung bagi perjalanan yang tidak dapat dituntut semula
seperti deposit hotel dan tiket penerbangan setelah perjalanan terpaksa
dibatalkan atau dipendekkan akan diberi pampasan oleh syarikat insurans.
Sebab-sebab pembatalan dan pemendekan perjalanan perlulah munasabah dan
mengikut syarat.
2. Kelewatan perjalanan
Kos yang ditanggung akibat kelewatan penerbangan atau pelayaran akan
dibayar oleh polisi insurans perjalanan. Tempoh kelewatan yang
ditetapkan untuk memenuhi syarat mungkin berbeza mengikut syarikat
insurans. Kebiasaannya ianya tidak kurang dari 12 jam. Pampasan juga
diberi ke atas belanja makan dan penginapan akibat kelewatan ini.
3. Kelewatan bagasi
Anda diberi ganti rugi sekiranya berlaku kelewatan bagasi jika
melebihi sesuatu tempoh waktu. Bayaran juga diberikan jika anda terpaksa
membeli pakaian baru atau keperluan lain disebabkan oleh kelewatan
bagasi anda ketika di luar negara.
4. Risiko ke atas barang-barangan peribadi, wang ringgit serta passport
Insurans perjalanan memberi perlindungan terhadap kerosakan atau
kehilangan barangan peribadi disebabkan oleh kenderaan pengangkut. Ini
termasuklah bagasi, barangan peribadi serta wang ringgit. Jika
kehilangan passport dan dokumen perjalanan, pampasan akan diberikan
selama anda terpaksa menunggu passport/ dokumen diganti. Pampasan ini
termasuklah kos tambahan untuk penginapan, perbelanjaan perjalanan dan
komunikasi.
5. Kos perubatan
Kos perubatan di negara luar jauh berbeza dengan kos di negara kita.
Perlindungan ini adalah yang terpenting sekiranya anda ingin ke luar
negara terutama negara-negara kos tinggi seperti United Kingdom,
Australia dan Jepun. Kos rawatan, pembedahan, dan hospital ditanggung
oleh syarikat insurans sekiranya anda jatuh sakit atau kemalangan semasa
dalam perjalanan anda.
6. Pemindahan perubatan kecemasan
Sekiranya anda perlukan rawatan semasa di luar negara manakala
kemudahan perubatan di kawasan di mana anda berada tidak memadai, polisi
insurans perjalanan anda akan menanggung kos pemindahan kecemasan anda
ke hospital yang bersesuaian. Contoh sekiranya anda melancong ke ski
resort di puncak gunung dan mengalami kemalangan. Anda mungkin perlu
diterbangkan menaiki helikopter ke hospital terdekat.
7. Penghantaran pulang jenazah
Sekiranya berlaku kematian ketika dalam perjalanan, pihak syarikat
insurans akan menanggung kos membawa balik jenazah pemegang polisi
insurans perjalanan.
8. Liabiliti diri
Sekiranya anda menyebabkan kecederaan kepada pihak ketiga atau
mengakibatkan kerosakan harta benda pihak ketiga, polisi insurans
perjalanan akan lindungi anda daripada liabiliti dan membayar
perbelanjaan guaman.
Harga insurans perjalanan sebenarnya tidaklah mahal, terutama sekali
jika dibandingkan dengan kos perjalanan itu sendiri. Jadi mengapa ambil
risiko?
Jika inginkan lagi keterangan lanjut atau ingin mula dapatkan
sebutharga bagi jenis-jenis produk perlindungan perjalanan yang
ditawarkan, tanyakan kepada ejen-ejen di direktori dengan mudah di
sini.
~~~~~~~~~~~~~~~
Komen Dr Cat :
Auww terasa uols... ya.. saya jarang klik Travel Insurance Tune yang ada disediakan bersama tiket Air Asia misalnya ( RM10.60 domestic, RM26.80 overseas).Biasanya saya menggunakan flight dalam negeri sahaja...masa ke Bandung hari tu pun, saya menggunakan insurans untuk kakitangan kerajaan yang cuma boleh guna once a year.(kalau nak travel overseas lagi, kena beli insurans sendiri ya) Tapi setelah membaca artikel ini dan melihat banyak kes - kes jatuh sakit di luar negara semasa melancong dan secara tiba- tiba menanggung beban hutang beratus ribu ( 100-300k) untuk rawatan di luar negara, rasa seriau pulak. Walaupun memang ada insurans kesihatan( medical card ), kena semak balik sebab normal insurans ni cover kesihatan shj, tak cover kecurian, flight delay, flight cancelled,bagasi hilang, tebusan(huhu takut),rampasan kapalterbang - nauzubillah!
Dan perlu diingat semua insurans tak cover flight yang tuan badan sendiri cancel kecuali anda tiba-tiba sakit sebelum berlepas(kena ada dokumen lah - surta doktor etc- kena check polisi). Apa-apa pun check polisi insurans dan ambillah mana yang berkenan di hati. Selalunya kos insurans perjalanan ni range dia dalam RM20.00 hingga RM50++ ( single trip), dan maybe dalam RM150 - 250 (bagi mereka yang keluar negara dengan kerap dalam setahun-tak payah beli insurans setiap kali nak keluar, beli sekali je). Dan ada banyak jenis dari standard ke gold ke platinum dan VIP type. Bukan kita doakan benda tak baik berlaku, namun sediakan payung sebelum hujan ya...mana nak cekau RM100k kalau kena hospitalised 2 minggu misalnya di overseas? Bagi pendaki gunung pula, boleh pilih insurans yang cover dengan helikopter evacuation sekiraya anda bimbang anda tercedera di puncak gunung yang menyukarkan team penyelamat darat nak selamatkan anda.
Akan datang: Tips memilih insurans perjalanan.
|
Sumber gmbr: google |
Good to read:
1.
Hanya 34.6% beli insurans
2.
Adalah insurans perjalanan penting?
3.
Insurans perjalanan boleh menyelamatkan anda