If you can climb Gunung Lambak,you can climb other mountains.Get that?
(Baca dgn slang aunty patrin yeah) ^_^
Friday, 30 June 2017
Tuesday, 6 June 2017
Tak sabar
..bukan tak sabar nak raya...tapi tak sabar nak join2 acara di bawah ni... :) Alhamdulillah dah Ramadhan ke10 kan...rasa seronok pula Ramadhan sambil workout... buat di rumah dan di pejabat sebelum balik...siap bawa yoga mat lagi hahahaha...senaman yang dibuat, 4 minutes tabata workout dan 15-20 minutes pelbagai abs workout utk strength. Saya cuba untuk kekalkan indoor workout selang 2 hari....Tapi rindu nya kat Gunung Lambak ish ish ish...
Monday, 5 June 2017
Larian Obor Sukan SEA di Gunung Kinabalu
I am not into politics, tapi sebab obor tu saya pernah pegang dan bawa berlari, dan pula Gunung Kinabalu itu pernah kudaki, maka combination of both making me feel nostalgic!
Tahniah Menteri Belia dan Sukan, you are truly setting the standard of fitness here!Menteri sendiri mendaki Kinabalu di bulan puasa! Respect!
Sebelum tu ada baca di IG beliau, dia invite 2 orang yang ingin follow beliau..tak tahu lah dia pilih macamana, tapi saudara Muqhorrabin aka Qobain yang pernah daki Everest tu, ada follow beliau.Fuh..rindu Kinabalu!
Sumber: HACAM , stadium astro , bernama , sabahup2date
Obor KL2017 Kini Di Sabah, Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu

RANAU, 4 Jun (Bernama) -- Selepas
diarak di Labuan, obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena temasya Sukan
SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 kini berada di Sabah dan dibawa
menuju ke puncak Gunung Kinabalu yang merupakan mercu tanda Negeri di
Bawah Bayu itu sebelum larian diteruskan di seluruh negeri esok.
Obor itu diserahkan oleh Ketua Pemuda UMNO Sabah Yamani Hafez Musa kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Timpohon Gate, Taman Kinabalu di Kundasang, dekat sini, iaitu laluan permulaan pendakian ke Gunung Kinabalu, kira-kira jam 9.45 pagi tadi sebelum acara pelepasan dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO Ranau Faez Nordin.
Pendakian yang diketuai Khairy itu menyaksikan penyertaan seramai 24 pendaki dan melibatkan laluan sejauh 4,095.2 meter.
Bercakap kepada pemberita sebelum memulakan pendakian, Khairy berkata beliau dan rombongan pendaki terlebih dahulu akan bermalam di Laban Rata sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu pada awal pagi esok bagi menyalakan obor.
"Selepas itu, obor tersebut akan dibawa turun dan akan mula dibawa menjelajah ke beberapa daerah di Sabah sebelum ia diserahkan ke Sarawak," katanya.
Khairy berkata pendakian membawa obor KL2017 ke puncak Gunung Kinabalu adalah satu pengalaman mencabar memandangkan ini adalah kali pertama beliau mendaki gunung itu dan dilakukan ketika bulan puasa.
Disamping itu, katanya, pendakian mereka juga begitu signifikan kerana ia dilakukan pada hari ulang tahun memperingati tragedi dan mangsa gempa bumi Sabah yang berlaku dua tahun lepas.
"Saya difahamkan bahawa ada sebahagian keluarga mangsa turut mendaki Gunung Kinabalu pada hari ini dan esok... mungkin ada ruang untuk saya berjumpa keluarga mangsa di Laban Rata nanti untuk bersama-sama memperingati mangsa gempa bumi yang terkorban," katanya.
Dalam pada itu, Khairy berkata, sambutan larian obor setakat ini adalah sangat baik apabila menyaksikan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah.
Sabah adalah destinasi kelima bagi larian obor itu dan dijadual menjelajahi beberapa daerah utama iaitu Ranau, Keningau, Tawau, Sandakan, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Sipitang serta melibatkan jarak keseluruhan sejauh lebih 30 kilometer yang akan berakhir pada 8 Jun nanti.
Edisi ke-29 Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos depan, manakala edisi kesembilan Sukan Para ASEAN dijadual diadakan dari 17 hingga 23 Sept.
-- BERNAMA

di gate Timpohon |
I is jealous.hahahaha |
Subscribe to:
Posts (Atom)