Wednesday, 29 June 2016

Ramadhan Charity Run 2016 aka APA ITU VIRTUAL RUN??

MY FIRST EVER VIRTUAL RUN!!

Hah..dah kenapa bulan Ramadhan pun nak join lari - lari ni?Orang lain lari ke shopping mall beli baju raya!!! ^_^

Rilek..rilek...acara larian ni sebenarnya virtual run...tapi peserta kena lah lari mengikut jarak yang dah dipilih semasa pendaftaran....untuk larian ni..i chose 6km Women Open. Step dia..

1.Register kat page penganjur (http://www.beestorm.com.my)

2.Buat Pembayaran yuran ( yang ini yuran dia RM60)

3.Lengkapkan larian ( dalam program ni, dateline adalah 30/6/2016), aku register dlm 22/6..complete my run (more to walk & jogging sebenarnya..selama 2 malam lepas berbuka,keliling area rumah) ,snap gmbr tgh lari..snap gmbr apps smartphone atau recording apps yang menunjukkan our distance & time ( conoth 3 km dalam 30 minit). Aku buat 2 larian berjumlah 3+3 km untuk melengkapkan 6km open ni.Sebab penganjur tak tetapkan kita mesti lari 6km straight!

Contoh jam GPS/Garmin


4.Hantar gambar bukti via email.Tunggu respons penganjur.Selepas approve, penganjur akan poskan hadiah2 yang dijanjikan ( medal, tshirt,cert etc)



Setakat ni dah terima ecertificate untuk larian ni.Tgh tggu medal & tshirt...suka pulak collect tshirt jenis kain drifit ni, sesuai bawak bersenam & hiking!

Terima kasih kepada seorang kawan yang memperkenalkan aku dengan virtual run ni....tapi memang kena keluar modal sikit lah...nak lari percuma boleh je...ikut step di bawah pulak...

1.cari event yang percuma(biasanye kalau percuma takde medal..ada sijil je..kalau ada medal pun...untuk pemenang je..)

2.lari or jogging sendiri tapi takde lah medal hehehe...

_______________________________________________________________________________

Ok di bawah ni adalah penerangan mengenai apa itu VIRTUAL RUN. Apa yang special sangat mengenai virtual run ni? terutama bagi yang tak dapat nak join running event yang jauh dari tempat masing-masing...

A virtual run/walk is one you can run/walk anywhere…anytime.  Our virtual runs/walks have a set distance (5K, 10K or 1/2 Marathon) that you can run all at once or break it up into multiple runs as long as you finish within the Event Timeline (typically within a month).  For the run/walk you get an AWESOME finisher medal and profits go to charity.

Yes, u can run anywhere, any time..and boleh pecahkan jumlah km tu..contoh kalau kita register 6km..tapi rasa tak larat atau rasa tak sempat..buat 3+3 km.Itupun bergantung kepada syarat oleh penganjur ye...kalau taknak keluar rumah pun boleh, boleh guna threadmill!

WHAT IS VIRTUAL RUN?

A Virtual Run is a race that can be ran at any location. You can walk, use the treadmill, run outside or participate in another race. You can run your race at your pace wherever you like.


A Virtual race is a self-motivated competition that is organized online where you complete a specific distance by running or walking on a date and time of your choosing, anywhere in the world. Virtual Run can be done on a treadmill at home or at a gym, at the beach, with friends, alone, in the evening, or at the break of dawn, it's your choice.(Beestorm)


It's a competition within yourself actually!Kena berlaku jujur dlm virtual run ni sebab memang ada yang menipu gambar(copy gmbr orang ke..amik gmbr internet ke) ..dia tak lari pun...sebab no one see whether u run or not...dia pakai sistem kejujuran...sendiri tak jujur, sendiri mau ingat lah!Ada juga penganjur minta syarat guna gps watch sebab nak tgk betul ke dak peserta tu lari..tapi sebab kebanyakan event ni untuk charity, maka, biasanya syarat tak lah ketat sgt....so far, rasa mudah join aktiviti thru website Beestorm ni...kekurangan virtual run..tak rasa meriah mcm lari dalam program sebenar...takde la ramai orang berlari dgn dirimu..mu lari sorang-sorang atau ajak la hubby ke kawan ke adik kakak  ke anak ke hihi...tapi sangat sesuai dgn diriku..sebab ada anak-anak masih kecil kan...susah nak tinggal2..kena cari orang jaga etc..so, YES I HAVE FALLEN IN LOVE WITH VIRTUAL RUN!!

My next events:



MM3rio  Virtual Run-First Series(11.7km)-dateline 30/7-sedang menunggu open registeration for siri kedua virtual!!yeay!Medal dia cantikkkk O_O

 
I love PD Virtual Run(10km)-dateline 31/8

Since I like to challenge myself, nak cuba habiskan 2 run ni one shot lepas raya ni ,satu larian(err..walk?hihi) berjarak 11.7km dan satu larian berjarak 10km! Tak nak pecah-pecah..hehehe...

Monday, 6 June 2016

Hotel Rembau (Rumah Penginapan Rembau)

Sebelum daki Gunung Datuk, bincang dgn hubby, takkan kita takde rehat, lepas Broga, terus nak naik Datuk? So search punya search, jumpa lah hotel(motel?) murah ni..RM60 je per night. Kami expect biasa2 aje lah...sebab harga pun murah..dapat crash and bed untuk mandi, rehat & tido pun cukup..so aku book by phone dan diminta memasukkan deposit RM50 tand ajadi. Kalau tak jadi..burn laaa...

Memang budget backpacker nih...


The room just nice lah untuk kami berdua, cuma masa kami ke sana bilik tu a bit gloomy lah, but it's ok..kami tak cerewet...gloomy is nice for rehat2 kan...........but wait..ada yang menarik...

WIFI dia sangaaaaaaaatttt laju!best!
Kemudian Astro channel dia lagi banyak dari hotel-hotel 3-4 star, memula petang tu dah penat, konon-konon nak tido kejap..tapi tak jadi sebab layan movie & wifi hahahaha.....

Untuk urusan backpacking, hotel ni memang tak mewah tapi cukup lengkap semua...kat bawah ada kedai makan Arab, kedai makan lain pun banyak di seberang jalan, u name it, kedai masakan melayu, kedai mamak, gerai nasi lemak etc ( kena drive sikit la), ada sediakan dobi . Tak ada gym tapi ada gym di bangunan sebelah hotel ni...dan juga ada kedai bundle serta bengkel kereta. Just like i said, tak mewah tapi boleh dikatakan lengkap untuk keperluan traveller kalau sekadar bermalam :).Hotel ni ada website..boleh klik http://hotelrembau.com .

Sunday, 5 June 2016

Gunung Datuk, Rembau {3 Jun 2016}

Ke Broga semalam as warm up..ini lah tujuan asal kami sebenar-benarnya hahahaha....Alhamdulillah, another mountain conquered...slow - slow ke puncak. Ketinggian Gunung Datuk adalah 885meter. Kami berjaya ke puncak dalam masa 1 jam 30 minit ( 7.20 pagi - 8.50 pagi). Dan tempoh untuk turun selama lebih kurang 50 minit ( 9.25 pagi - 10.15 pagi). Memang hubby dah remind, jangan banyak ambil gambar semasa mendaki , sebab nak jimat masa. Kami menginap di Rembau Hotel( more to motel) RM60/night( akan diceritakan next entry ye pasal motel ni).Jadi lepas turun tu sempat lah balik ke motel, mandi dan terus balik ke Johor.

Dan...hari ini juga merupakan anniversary 10 tahun kami...hahaha sambut kat puncak Gunung Datuk gitu... :D



Di kaki gunung sebelum mula pendakian...muka berseri2 ye...tengok la jap lagi bermandi peluh!

kannnnnn.....berlemuih!

Permulaan hiking..sebelum 1000metres perjalanan semuanya berbatu dan berakar pokok.
Puncak gunung...di belakang tu batu besar...tak sah kalau tak naik,naik atas je, rasa peluh dah kering ahhaaha sebab berangin.


Tangga berikat tali...goyang - goyang....brrr...


Add caption









Subhanallah...sangat berangin di sini..nyaman....


Happy 10th year anniversary!
silau.



Name: Gunung Datuk/Mount Datuk
Ketinggian: 885mtrs ASL ( jarak perjalanan sebenar lebih kurang 2000 metres dari pintu masuk)
Tempoh sampai ke puncak: 1 jam 30 minit
Tempoh untuk turun: lebih kurang 55 minit.
Level: Beginners & Intermediate ( kot..memandai je aku nih ahahaha)

SALAM RAMADHAN :) 



Saturday, 4 June 2016

Bukit Broga @ Broga Hill {2 Jun 2016}

Since kami ada urusan di Seri Kembangan tengahari hari tu, my husband suggest kami singgah Broga pada pagi tu. Ini kali pertama ke Broga, cari jalan guna waze je..memang agak mudah dan senang nak jumpa... Broga ni dalam kebun kelapa sawit. Sukacita diingatkan barangsiapa yang nak terkincing kaaa..terbuang air besar kaa...baik gi kat stesen minyak sebelum masuk area Broga nih. Sebab memang ada toilet kat Broga,tapi mahallllll sgt2..RM1 per entry.

Last daku hiking adalah a month ago kot di Gunung Lambak.

Permulaan trek
Trek agar licin sebab semalam hujan.
Pemandangan dari 2nd peak ( Broga ada 3 puncak..puncak ketiga baru puncak sebenar)
Daki jam 9.00 pagi..jam 10 pagi sampai...sebenarnya byk bersembang dgn hikers lain hahaha...amik gambar..byk stop..kalau tanpa henti..mungkin boleh smpi dalam 30-40 minit.
Sempat bergambar dengan awek2 dari Belanda & German di puncak.
Otw turun.
Where to next ye?
Ahem... hahahaha dating di Broga.
Name: Bukit Broga/Broga Hills
Height: 400metres ASL(above sea level)
Category: Beginners
Time to reach peak : 30-40 minutes for fit person/ 1-2 hours for leisure.