|
View Gunung Lambak dari bandar Kluang (sumber: Flickr) |
Gunung Lambak yang terletak di Kluang,, Johor dengan ketinggian setinggi 510 meter (1,673 kaki).
Gunung Lambak mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat pelbagai flora di gunung
ini yang mempunyai nilai perubatan. Pada tahun 1969 sebuah stesen
pemancar TV RTM telah siap dibina untuk memberi mutu siaran TV yang baik
bagi penonton di daerah Kluang. Sebelum ini, penonton di sini mengikuti
siaran Tv dari pemancar Gunung Pulai, Johor Bahru.
Namun demikian operasi stesen pemancar TV gunung Lambak hanya bertahan
selama 13 tahun sahaja kerana Kementerian Penerangan Malaysia ketika itu
mahukan penduduk di Johor supaya lebih menonton siaran TV Malaysia
berbanding siaran TV Singapura. Untuk itu sebuah stesen pemancar TV RTM
yang baru telah siap dibina di Gunung Ledang, dekat Tangkak
yang kawasan liputannya lebih luas. Oleh itu stesen pemancar TV di
Kluang ditutup secara rasmi pada tahun 1983. Bermula dari tarikh itu,
penonton di Kluang perlu menghalakan antena TV ke arah Gunung Ledang,
secara tidak langsung siaran TV Singapura menghadapi gangguan kerana
talaannya tidak sama dengan siaran TV Malaysia. Keadaan yang sama turut
berlaku di Batu Pahat
di mana Stesen Pemancar TV Bukit Soga, Batu Pahat turut ditutup.
Sekarang ini stesen pemancar TV di Gunung Lambak dikawal selia pihak
Telekom untuk sistem komunikasi sahaja, bukan penyiaran lagi.
Sumber: Wikipedia
Adeh wikipedia ni banyak cerita pasal stesen pemancar TV pulak. Semalam, 3 Mei 2015, aku dan adik ipar ku tetiba rasa nak daki Gunung Lambak...dengar2 cerita dari kawan2 yang pernah mendaki...mendaki Gunung Lambak memerlukan masa lebih kurang 1 jam utk sampai ke puncak bagi orang yang sederhana fit . Bagi yang betul2 fit, mungkin dalam 35 hingga 40 minit dah sampai ke puncak. Nak banding dengan Gunung Pulai, memang Gunung Pulai lebih tinggi, tetapi diberitakan, trek Gunung Lambak lebih mencabar.
So kisahnya...alang - alang tengah training dan tengah dalam momentum yang tinggi mood rajin naik gunung ni...kami teruskan hasrat tanpa hubby ku yang belum baik kecederaan lututnya .Selepas Asar, aku dan adik ipar bertolak ke Gunung Lambak yang kira - kira 9km je dari rumahku. Mudah je nak cari Gunung Lambak ni..cari je ikut signboard hehehe...
|
Muka sebelum mendaki...bedak dan lipstick belum hilang. |
|
Trek bersimen selepas jambatan gantung..trek ni tak delah mcm ni sampai atas.... |
|
Trek awal2 ni...10% je dari kesukaran trek selepas 300m |
|
Keringat membasahi muka...fuh |
|
Ini kira...checkpoint 1 kot... hahaha belasah je...Kalau ikut peta...ada 3 jalan nak naik ke atas....kitorg belasah je jalan mana2...tanya2 orang hahahaha |
|
Makin lama makin sukar.... |
|
Bila tengok bawah...fuhhhh sayupppp je..gunung ni juga digelar gunung pacak...sebab trek nya yang lebih kurang 60-70 darjah(kot) |
Ada cerita lawak di sebalik pendakian gunung ni...kami berada di kaki gunung jam 5.15 petang.Budget2..ok sejam boleh sampai ni..then boleh sampai bawah semula sebelum maghrib. Lepas tu..bila tgk trek dia mak aaaaaaiiii....nak muntah rasanya...memula tgk..oh lagi 500m...pastu selepas what we think as an eternity punya climbing..eh baru berbaki 300 m lagi??Terserempak dengan pendaki lain..errr...berapa minit lagi ye...ada yang ckp " tak lama kak..lagi 10 minit...jangan berhenti la kak..jalan terus (maksud dia jalan non stop)".
Jalan punya jalan punya jalan..10 minit..mana puncak nih...masa tu jam dah kul 6 petang...aku ckp dengan adik ipo aku..kalau kita tak sampai puncak by 6.15pm kena turun balik.Kalau gelap kang naya...Kitorg teruskan perjalanan... sebenarnya tak jauh sangat tapi sebab jenis memanjat pacak tegak...adoi...macam daki tangga Great Wall yang tak rata pun ado..(lebih dasyat kot..Great Wall pi musim sejuk..tak berpeluh pun )..hahahhaa.. ok..adik ipo ku kata..takpe kita try..tu pokok dah mcm kurang..mesti dah dekat...
Daki punya daki....nampak sign 100 m..yeay..eh jangan suka dulu..belum sampai..5 minit lagi memanjat(tapi perasaannya macam 50 minit adoiiiyaiii...)...... akhirnya....
|
Posing cepat2..alhamdulillah...sampai jugak! |
|
Ada satu tiang besi..sebenarnya tiang ni untuk dipanjat bg kita tengok view bawah...biasa je...cuma nampak kilang2, rumah2,jalan raya..tapi ada satu kepuasan di situ.... |
|
Sila bandingkan dengan muka sebelum mendaki wakakaakka |
|
Waktu nak turun..kami follow adik ni..kami request nak ikut dia turun sebab...takut wooooo dah lewat petang hahahaha tu lah cari pasal lagik daki petang rembang!! |
Kami sampai ke kaki gunung tepat jam 7.15pm...fuh....balik mandi2 kat rumah tuko baju solat Maghrib..then meneruskan perjalanan ke Bndr Tenggara iaitu rumah mertua sebab nak hantar adik ipo dan anak2 n hubby pun kat sana cuti2 ni hehehehe...ini lah unplanned adventure kami...memang niat nak daki lagi gunung ni..tapi....pastikan mendaki awal pagi ya! Jangan lewat2 petang!
Jarak dari rumah mertua: 30-35 km- 40 minit.
Jarak dari rumah sendiri: 9km- 8 minit
Tinggi dari aras laut: 510m
Tempoh pendakian: 1 jam
Tempoh turun: 1 jam
*Note: kena bebel dengan mak mertua...pastu kena bebel dengan kawan yang dah biasa daki Gunung Lambak ni sebab turun time maghrib...katanya...mujur lah korang selamat turun...sebenarnya tempat ni keras..... O_O hohoho....ok2 kami serikkkkk...