Friday, 13 November 2015

Cheesekut - no sugar & no condensed milk recipe!

Melayan cacing dalam perut....hehehe....salahkan cacing ya...

Tiba2 teringin makan something cheesy but not cakes!

Langkah 1

Dapatkan bahan - bahan di  bawah











250 g cream cheese tatura
1 bungkus deluxe crackers
1/4 cwn madu preferably organic honey(boleh lebihkan klo nk manis lg)
200ml uht whipped cream
Segenggam rolled oats - rendam susu dulu patutnya...baru lembut n kembang(optional..tak nak pun tak apa)
Sedikit nestum utk hiasan
1/2 cwn susu segar



Langkah2

 

Putar whipped cream,cream cheese hingga sebati. (Option; perahan lemon 1/2 sudu teh or 1sudu teh esen vanilla; i used none of these).Guna handmixer or nk lg mudah..pki blender (jgn pki blender yg buek sambal yo hihi)

Langkah 3
 
 
Masukkan madu dan blend/mix hingga sebati. Rasa dulu & boleh tmbh madu klo rasa x cukup manis.

Langkah 4
 
 
Letak adunan cream cheese pd lapisan pertama. Tabur rolled oats dan nestum Celupkan deluxe cracker ke dlm susu segar. Celup depan blkg. Susun cracker atas adunan cream cheese td. Buat selang2 smpi habis adunan.

Langkah 5
 
 


Wrap dgn aluminium foil atau plastic wrap..biarkan smlmn dlm fridge (chill kan). Esok boleh ngap.

Gambar yang dah sedia dimakan...tak  sempat snap dah habis../.hehe

Saturday, 7 November 2015

No cook homemade play doh!

My first attempt


Modal below RM10 !I made this a few weeks ago....

3 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan garam halus
1 cawan air

Gaulkan semua sebati. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan tambah pewarna makanan. Aku add perisa sebab nak bagi wangi. Walaupun safe to eat...tapi bukan untuk dimakan ya....

1-2 hours of play time!

Kek

Pizza

Orang..kata adik aisy




2nd attempt...lebihkan tepung..dpt byk sikit heehhe

Mama pun tumpang moulding hahahaha...pacman!

Friday, 6 November 2015

Jom shopping ! Saqma Boutique Online!






Iklan sat



Penerimaan fesyen Muslimah amat diterima baik sejak kebelakangan ini lebih-lebih dengan rekaan koleksi pakaian Muslimah moden seperti jubah moden, dress Muslimah dan baju kurung moden, semakin banyak pula jenama-jenama Muslimah yang kian berada di pasaran. Bermula dengan meniaga secara kecil-kecilan, jenama-jenama ini kian pesat berkembang dengan mengeluarkan  koleksi pakaian Muslimah yang benar-benar berkualiti dan mengikuti trend fesyen terkini. Salah satu jenama Muslimah yang kian mendapat sambutan dan perhatian ramai adalah Saqma Boutique. Memulakan perniagaan dengan membuka butik pertama di Shah Alam, koleksi jenama pakaian Muslimah ini kini juga kini boleh anda temui di laman web online terkenal di Malaysia iaitu ZALORA. Di ZALORA, koleksi pakaian Saqma Boutique Online boleh anda temui dalam pelbagai pilihan rekaan dan saiz seperti berikut;




Buat pembelian secara online hari ini juga dengan memiliki koleksi jubah moden Saqma Boutique yang cukup menawan ini. Terdapat dalam beberapa pilihan warna yang menarik khas untuk anda.

Selain itu, temui juga koleksi baju kurung moden yang cukup selesa dipakai . Koleksi baju kurung moden Saqma Boutique boleh anda temui dalam pelbagai rekaan yang ringkas tetapi amat elegan apabila dipakai.


Serta jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki koleksi dress Muslimah yang menawan ini dengan tawaran yang cukup berpatutan hanya di Saqma Boutique Online!

Jom shopping jom! Sekian. :) 

Saturday, 10 October 2015

Hari Sukan Negara 2015

Jerebu dah kurang...alhamdulillah..ada ura - ura yang program HSN ni boleh ditunda atau dibatalkan....

Cuaca baik, jerebu pun kurang... aku dan anak2 murid menyertai HSN daerah Kluang, join event Gegar 10,000 Langkah.

Rasanya yang hadir kurang dari 1000 orang kot. Ada program Fun Ride, Explorace, Jom Jogging, Senam robik, derma darah dan pameran kesihatan. Event ni boleh lagi menarik kalau sebesar event Fit Malaysia...mungkin sebab semua daerah jalan program HSN serentak jadi crowd yang hadir adalah ikut daerah masing2...

Jom layan gambar... our crowd won..the biggest contingent hahahaha....total 143 people!









mari berlenggang kangkung..lahai..last2 kami jogging je sebab tak sabar nak habiskan walk hahahaa

tak sangka ada kategori ni hahahahahaha...surprise!!

Tuesday, 29 September 2015

Jerebu oh jerebu



Semua aktviti outdoor dah tak boleh dibuat...hatta anak2 merengek nak main basikal kat laman rumah pun tak boleh nak bagi!

E-ein pulak asyik sebut...bila kita nak naik gunung lagi ni mama....

Gunung Lambak pun tersorok dek jerebu huhu.....

Memang rasa marah, geram pada yang duk bakar hutan tu... anak2 paling affected...seminggu anak2 ku mengalami batuk, selsema..demam...pernah satu hari di tadika... sebelum KPM umum cuti sebab jerebu..yang datang tadika cuma 5 orang sebab yang lain semua demam!


Friday, 25 September 2015

Family Hiking

Sorry lah ye..memang balik2 pegi Gunung Lambak je..ini je lah yang ada hahaha...

1.Dekat sangat2 dengan rumah.
2. It's free!!

Sooo... on 23rd September baru2 ni...berjaya bawa anak2 dan adik hiking halfway thru Gunung Lambak....

Sampai di tengah2 tu...masa turun..anak2 sudah mintak dukung..mak bapak mintak nyawa!Hnsh hsnh.... apa pun... memang seronok..we had fun... insya allah lain kali try hiking sampai puncak... nak biasakan anak2 dengan alam dan hutan, jangan asyik tengok tv dan main game je!

Jom layan gambar!(maaf gambar tak ikut turutan..dah susun tadi lepas tu blogger hang..arrghh geram hahahah-geram pun ketawa ke :* )











Wednesday, 16 September 2015

Gunung-gunung/Bukit di Johor

(Updated 18 Nov 2018 : This post have been seen by 10,226 people. Thank you!)

Bila dah terjebak dengan aktiviti hiking ni..mula lah rajin survey...sebelum ni aku kenal gunung-gunung di Johor cuma

Ledang
Belumut
Lambak
Panti
Pulai
Arong

Rupanya ada baaaanyak lagi di Johor! Ni aku listkan ikut ketinggian...ada juga gunung yang  tak diketahui di celah mana letaknya? .jom sama-sama study...dalam kurungan , tahun aku sampai sana ...kalau dah sampai, komen sikit :) if ada blog, tinggalkan link so i can visit you later!

Updated Jan 2018:

1. Gunung Ledang , 1276m. (2x, 1999, 2015)
2. Gunung Belumut, 1010m. (2x, 2017)
3. Gunung Chabang Tiga, 1021m
4. Gunung Pari , 1006m ( tak jumpa dalam internet langsung!is it approachable?)
5. Gunung Bekok, 953m.
6. Gunung Chemendong, 846m
7. Gunung Pertawai, 840m.
8. Gunung Pulai, 700m. ( 2015- hiking 1x, air terjun 1x)
9. Gunung Muntahak,634m.
10. Gunung Sumalayang, 614m.
11. Gunung Janing Barat, 543m.
12. Bukit Maokil, 578m.
13.Gunung Panti Barat, 513m
14.Gunung Lambak, 510m. (dekat..sebelah2 rumah je, 5min driving)
15.Gunung Panti,457m.
16.Bukit Batu Tongkat, 395m.
17.Gunung Arong, 274 m. ( done 1x 2016)

Banyak lagi rupanya gunung di Johor...bunyi macam dekat je dalam Johor tapi semua perjalanan makan masa sehari suntuk jugak ni  >o<.

Semua gambar dibawah dari Google....

Panorama Gunung Arong(Sumber)


Sangat menarik sebab turun dari Gunung Arong, lalu pantai

I read, ada air terjun di Gunung Arong...

Panorama Gunung Panti (dengarnya banyak pacat hehehe) sumber




Gunung Janing Barat,Endau Rompin.Sumber



Gunung Bekok (tak jumpa gambar..tapi jumpa gambar pintu masuk je hahaha)

http://eechiensieong.blogspot.my/2010/06/gps-loc.html

Wednesday, 9 September 2015

Mendaki Gunung Ledang aka Mt. Ophir (29.8.2015)



Tak sangka sebenarnya dapat join mendaki Gunung Ledang..which is ..if u asked me a year ago..it must have been difficult for me to join such activities!Tahun lepas kan zaman couch potato...asyik nak melepek je kat rumah hahaahha....

So...this is a proposal forwarded by my students ( dgn sedikit mata yang bercahaya dan senyuman manissss agar big boss cikgunya setuju bagi kebenaran pergi....).. alhamdulillah...rezeki anak2 didik ..dapat lah cikgu2 nya menumpang....

So ..came the big day ..yang mana julung2 kali nya aktiviti sebegini dibuat di "sekolah" kami...semua excited... bertolak jam 4 pagi dari Kluang...solat subuh di RnR dan sampai di kaki Gunung Ledang untuk bertemu dgn guide pada jam 7 pagi.Pung pang pung pang..semua nak ke toilet la..ambil gambar...lepas tu stretching, jam 8 baru kami memulakan pendakian.......

muka ceria....hahaha belum tau obstacles bakal dihadapi!!!


Can you spot the not? mana satu cikgu..mana satu anak murid ye hahahaha...klu..cikgu 10...anak murid 27..plus....adik aku join seorang






Halangan pertama..Tangga Mahligai.... 731 anak tangga!

jom menuju puncak mahligai!

Tangga mahligai...tak seindah namanya...hnsh hnshhhhhh....

Jam 8.30 pagi...sampai ke CP(check point) 1..memang semua semput bila sampai sini


9.00 pagi...sampai CP2

9.30 pagi...CP3 ...bunyi macam sekejap je..30 minit rasa mcm 3 jam nak sampai each check point.




11 pagi...sampai di CP 5..Sungai Segi Tiga

muka masih ceria..steady...

kami lunch di sini...

next stop...ada KFC...hehehehe

Apa itu KFC? Bukan Kentucky Friend Chicken yea...tapi Killing Fitness Centre...kenapa namanya begini? hahaha..sila scroll dan baca sampai habis....

Hidangan pertama..... baru whipped potato je...
Hidangan kedua... french fries...


Berehat sebentar di CP6...semua macam senyum2 kambing je ha...penat! dah tak larat tgk jam...pada masa ni...asyik tanya guide je..berapa jam lagi nak sampai puncak ? huhu...
Batu Hampar..main course KFC!!!
gaya..mutu..keunggulan...errkk..gayat jugak tapi thrill!! kecerunan lebih kurang 70-90 darjah!


berehat kejap di tebing yang dipanggil taman bonsai...tapi sebab penat...gi amik gmbr signboard je hahahaha bengong...
 k..aku belanja gambar google je lah ye...untuk Taman Bonsai..



di ketinggian 1050m..sambil berehat sambil posing... suasana di ketinggian ini..sejuk..angin sepoi2 bahasa...banyak lumut ala2 Mossy Forest di CH...

Again..tak tengok jam..tapi guide kata lagi sejam nak sampai....
Hidangan KFC ke 18 belas kot hahaha.... cheesy wedges

Priceless!!

Subhanallah...


Korang ni memang kanak-kanak riang...

Enjoying the view...

Di ketinggian 1,276 meter......tahniah semua..tahniah Institut Veterinar Malaysia!

ok busted..kami lah cikgu2 aka mak-mak yang cuba menyembunyi kan diri di celah2 pelajar dalam group photo yang di atas-atas neh... iron woman belaka hikhik....where to next?
Perjalanan turun ...huarghhh...memang tiring sebab tenaga banyak dah guna semasa mendaki naik.... waktu turun guide bagi jalan yang mudah(bagi guide lah mudah..bagi kami..huarghhh) sikit...he said kami akan sampai ke kaki gunung dalam 4 jam..tapi sebab stamina berbeza2...maka ada yang sampai bawah jam 6.00 petang manakala... pendaki terakhir turun ke base pada jam 7.30 malam...nobody left behind...masing2 ikut kumpulan kecil masing2....tak ada gambar sebab semua dah penat dan tak sabar nak sampai ke bawah!

eh..ada satu gambar...gambar periuk kera yang comel semasa on the way nak turun!ada juga jumpa ular sawa tapi tak berani nak snap gambar aihhhh...

Thanks Muna for lending me ur ipong hahahaha



Sebenarnya yang penting mental...dalam grup kami ada pelbagai umur dari 20 an ke 40an. Ada yang dah training dan workout sebelum ni ..ada yang tak buat dek kekangan masa..tapi bagi yang training secara berkala...boleh merangsang penyembuhan otot lebih cepat dari orang yang tak train...Sebenarnya ini kali kedua daku mendaki Ledang. Kali pertama tahun 1999(without workout..main ikut member je..sudahnya kaki sakit dalam tempoh 2 minggu!)...alhamdulillah...kali ini..dalam seminggu kaki dah pulih...masing2 ketawa je bila naik opis lusanya....kat opis ramai jalan terdengkot2 hahahaha...

Ledang, ada rezeki,ada kudrat....jumpa lagi ya...


Catatan ringkas:

Tinggi Gunung Ledang: 1,276m
Masa mendaki : 8.00 pagi
Sampai ke Puncak: 2.00 petang
Sampai ke kaki gunung: 7.30 petang