Sunday, 30 November 2014

Apa itu air detox? aka Infused Detox Water






Apa itu infused detox water? 

Kononnya trending now..sebenarnya dah lama aku tau (ecececeh)...sejak amalkan exercise by April 2014, memang dah lama baca tentang detox water ni tapi belum tergerak nak buat....sampailah, bulan lepas, hubby ku bagi satu link tentang detox water dan ckp," jom try?"

Sejak hari tu, memang hari - hari dah amalkan detox water ni....Air detox ni, air masak yang kita masukkan hirisan buah - buahan atau sayur - sayuran yang dibiarkan semalaman dalam peti sejuk....

"Whether you’re trying to lose weight or you simply want to look and feel healthier, one of the best ways to rid your body of harmful toxins is to drink water. Just 6 to 8 glasses every day will help to keep you hydrated and keep your vital organs in their best possible health." sumber

Recipe yang aku selalu buat , satu tumbler air yang panjang tu, daku isi potongan timun+ kiwi + perahan limau nipis(tak masuk sebijik2 sebab nak elak masuk kulit limau nipis tu dalam air- takut ada pesticide lak ) dan air masak.Biar semalaman dalam fridge, esok pagi dah boleh minum...

Anyway dari apa yang aku baca....setiap kandungan dalam air detox tu ada tujuan masing - masing, lebih menjurus kepada fungsi  vitamin - vitamin dan zat dari buah-buahan tersebut:

Slim down detox:hirisan  limau gedang + hirisan timun + lime + lemon + daun mint segar

Fruity detox : any fruits( kiwi, strawberi, tembikai atau timun - boleh campur -campur atau asing -asing)

Day spa (remove toxin dan slim down):hirisan apple dan 1-2 batang kulit kayu manis(cinnamon)

Beautiful skin detox water: strawberi +daun mint segar

Fat burning detox : hirisan epal +1 sudu apple cider vinegar + serbuk cinnamon + perahan lemon

Cleansing and detox : hirisan timun + perahan  lime atau lemon ( ini yang aku sokmo buat, memang hari-hari la membuang heheehhe)

Circulation and digestion detox : gel aloe vera segar dari pokok aloe vera ()toreh daun dan ambil gel nya) + perahan/hirisan lemon

Cleansing and pain reliever : perahan lemon + perahan halia sebesar ibu jari

Simple morning detox: tak perlu biar semalaman dalam fridge, cuma perah separuh lemon ke dalam air masak dan minum setiap kali lepas bangun dari tidur

Eliminate bloat and clean kidneys: limau gedang + lemon + timun + halia + daun peppermint + secubit garam

Antioxidant and toxin eliminating : blueberries + oranges

Green tea detox : Daun teh hijau kering atau segar + hirisan timun + perahan lemon atau lime

Apa pun, my opinion, apa sahaja bahan yang natural macam ni ok je amalkan hari - hari, tapi hidup seharian kena aktif dan sihat lah( exercise , makanan seimbang )..kalau hari2 minum air detox tapi benda tak sihat mcm cikedis, air gas, makanan bergula tinggi, berkolestrol still dimakan, dengan tak exercise nya jawabnya...tak berkesan lah detox ni huhuhu..aku tak buat pun detox dengan bahan yang susah nak dapat atau mahal...memadai dengan apa yang senang nak dibeli dan yang murah pun takpe ( lime + cucumber memang murah...kiwi RM2 sebijik, lemon pun lebih kurang harga..)

Lagi resepi detox water di sini:

20 recipes detox water

8 detox water recipes

Make your own detox water


Saturday, 29 November 2014

Bandung Trip 2: 11 Mac 2014(Day 2)

Ok ini entry paling lembab tak abis2 lagi ni dah masuk tahun 2015 dah Dr Cat oi.....ok bersambung...

Oleh kerana kami menempah pakej 5 hari 4 malam ke Bandung ( beserta homestay dan pemandu), jadi tak ada rushing nak kejar ke sana sini...kira we take it slow lah..satu hari pegi 2-3 tempat sahaja....sebelum jam 6 petang kami dah balik ke homestay..lagi pula ada kanak-kanak kan so, tak boleh berlama - lama sangat dalam kereta...

Hari kedua, kami ke Tangkuban Parahu dan Strawberry Park.Asalnya lepas Tangkuban Parahu , patut ke Kawah Putih, tapi rupanya semasa nak masuk ke Tangkuban Parahu baru kami tahu yang tiket tidak termasuk ...:( ..ku contact pemilik pakej, rupanya memang tak termasuk...salah aku jugak lah tak check betul - betul sebelum pergi..so kami cancel trip ke Kawah Putih, sebab nanti kena beli tiket asing pulak...dalam kereta baru lah collect2 duit dari adik n FIL untuk beli tiket ke Tangkuban Parahu...apa - apa pun, perjalanan mesti diteruskan!

Sebelum ke Tangkuban Parahu, ajak pemandu, Abang Ewan ke mall dulu sebab nak beli memory card DSLR.Budget2..huhu mau RM100 ni...kalau yang 8GB..aku dah lama tak beli memory card, so dah tak amik tau harga semasa...sampai2 kat kedai gambar, tarik nafas lega...cuma RM30 je..(tukaran rupiah tak ingat dah berapa).Settle bab kamera...jom jalan!Kami tak sarapan di luar sebab MIL dah masak sarapan ( FIL beli lauk, bawang mawang, kicap semua di kedai runcit sebelah rumah hehehe)....
Pemandangan sepanjang mendaki ke Tangkuban Parahu..mendaki naik van hehehee
Posing dulu......





Mendaki ke arah bawah, untuk melihat kawah Tangkuban dari dekat...bau sulfur memang kuat...





My ssc(soft structured carrier)..a really life saver bila berjalan di tengah2 orang ramai...


Di Tangkuban, turun je dari van, berpusu - pusu penjual jalanan mengerumuni kami, suruh beli souvenir...ada yang memang menempek je ikut je kami berjalan di mana  mana....me and my MIL just say thanks, dan teruskan berjalan...kata SIL yang pernah datang sebelum ini, kalau kita layan, nanti tak pasal2 diorgminta duit upah sebab kira mcm tourist guide kat Tangkuban...kalau tak nak membeli, baik jgn layan berbual...

Seterusnya, on the way turun, singgah ke Ladang strawberi,masa ni pokok2 strawberi nya kecik2 je, belum dipindahkan lagi kot...buah strawberi nya boleh tahan juga manis...tak masam macam yang selalu kami beli di pasaraya...

Aisy yang always happy hehehehe...