Since aku dapat Matta Fair Promo( guna agent TM Travel and Tours), kos untuk trip ground sahaja adalah sebanyak RM690 / adult dan RM500/child. Beli pakej bulan 8 tahun 2013 dan trip adalah para Disember 2013.Disarankan sesiapa yang berminat untuk beli ticket flight terlebih dahulu,dan kemudian menggunakan flight itinerary, baru booking agent.Kalau nak lagi murah, beli ticket flight dan pegi back packing , jangan guna agent :).Ramai juga yang buat begini, booking hotel atau hostel melalui internet/booking online.Kalau nak murah, ambik hostel, lebih kurang RM40-50 satu malam, tapi biasanya bilik lebih kecil dari hotel dengan katil double decker.Sesuai bagi yang mahukan lebih adventure.Since kami travel dengan anak dan malas nak beradventure sangat sebab memang niat nak jalan-jalan santai...aku book thru agent, dijanjikan hotel 3 bintang di Beijing(Kos dalam RM120/room/nite),makan minum 3x sehari beserta pengangkutan dari airport ke hotel semasa tiba dan hotel ke airport waktu balik.
Kesimpulannya, keseluruhan kos bagi perjalanan ke Beijing pergi dan balik adalah seperti di bawah(tanpa kos belanja shopping),bagi seorang dewasa adalah seperti di bawah.....
Ticket: RM800.00 to and fro(Air Asia with insurance- lebih murah kalau takde insurans)
Pakej: RM690.00/pax
Visa : RM100.00
Tips untuk tourist guide: RM40.00/pax tourist (tips biasanya tak termasuk dalam pakej)
JUMLAH: RM1690.00
Sebenarnya semasa mencari-cari agent tour, aku tanya beberapa agen juga.Ada yang murah sehingga RM200-400/pax tapi kebanyakkannya agent yang tak terkenal atau tak listed dalam website Kementerian Pelancongan.Memang banyak daku study sebelum decide nak ke Beijing....selalu juga surf blog2 orang yang dah pernah pergi...Biarlah bayar lebih sikit, janji tak kena tipu huhuhuhu...tapi kalau berani tanggung risiko....belasah je lah hehehe...barulah adventure ye tak?
Musim yang biasanya menjadi tarikan pelancong ke Beijing:
Winter - bulan Disember hingga Mac
Spring- April hingga Ogos
Summer - Ogos hingga Oktober
Autumn - Oktober hingga November
Watch out for Blackout days macam Chinese New Year atau musim perayaan : terlalu sesak dengan rakyat China yang balik kampung beraya ...
We went too early in Disember, salji belum turn..salah percaturan daaa...tapi sebab kekangan ticket juga,ticket bagi pertengahan Disember sangat mahal, cecah RM2K per ticket....kalau rajin, booking lebih awal, setahun sebelum ke..Air Asia selalu buat promo kan?
Oh ya..sekarang rasanya Air Asia tgh buat promo ke Xi'an ( boleh tengok terracotta warrior)-RM199.00++ dan juga ke pulau Boracay , Filipina ( tgk kat tv, mcm best jugak ye...) hehehe...tapi kalau nak dekat2 tapi feeling2 Maldives sikit...., kita ada Mabul Island kan kat Sabah?
Sekian, harap bermanfaat hendaknya :).....
No comments:
Post a Comment