Saturday, 21 June 2014

Tips ke Beijing

Just a compilation dari apa yang aku baca dan dari apa yang dialami sendiri....


1.Selalu bawa botol mineral kecil yang kosong ,sebab kat tandas di Beijing tak ada paip air/getah paip kecuali di masjid.

2.Kalau nak beli barang,jangan terus beli, jalan2 dulu pusing2 , survey2 and  tawar kaw - kaw sampai 90% pun x apa...paling dasat pun si penjual marah2 je hahaha.... aku takde lah shopping sangat..tapi pengalaman kawan yang duk satu hotel(same hotel, different tourist gudie), dia tergerak nak beli satu mug ceramic yang boleh tukar warna ikut jenis air(sejuk/panas)dijual di kedai teh kerajaan.Mula2 dia jumpa harga dlm 100 yuan.Kawan dia beli tapi dia tak, dia nak tgk2 dulu..last2 jumpa mug ceramic yang sama, harga 15yuan je kat market2 biasa...bengkek je kawan dia yang dah terbeli mug tu..haih...

3.Kalau ke kedai pearl..haha ini lagi lawak, tahap drama swasta...ramai dah terkena...termasuk sorang lagi kenalan aku yang kenal masa sama2 ke Beijing.Bila kita melangkah masuk je, tetiba salesgirl kata, "ah you are from Malaysia?This is ur lucky day!My boss said if anyt ourist come from Malaysia, she want to see to give special discount!"...

pastu dia escort kita ke bilk...tunggu boss dia...boss dia perempuan..dia ceritalah yang dat yuk dia kawin dengan orang Malaysia(orang Sarawak), malam ni harijadi datuk dia ke 80 tahun so dia nak bagi special price untuk barang-barang kemas yang dia jual up to 70-80%.Contoh, kalau gelang ruby tu harga 2000Yuan dia nak bg harga 200Yuan je...lagi, dia cakap nak bagi hadiah cincin pearl...belum sempat apa2, kitorg dah mintak blah hahaha...kawan ku yang terkena tu tak beli apa2...tapi dia kata cincin pearl hadiah tu macam cincin tikam je.Pastu ada ramai gak lah rombongan dia (satu bas) yang beli gelang2 ruby etc tu sebab depa rasa murah,....so..hati2 ya...

4.Never ever give tips money.Sebab mana2 kedai milk kerajaan yang dibawa oleh tourist guide tu dah kaw tim dgn tour agency ...so kalau ada yang mintak tips jangan bagi(macam kami terkena tu huhu).

5.Dari segi pakaian, make sure ada inner wear thermal (long john), kemudian leh pakai tshirt atau sarung sweater then baru pakai winter coat .Socks/Mittens/sarung tangan is a must!Snow cap boleh dipakai untuk elakkan sejuk di kepala bagi orang lelaki/kanak-kanak/orang tak bertudung.Suhu sejuk kat sana walaupun salji belum turun leh cecah -5 darjah celcius...Stokin boleh beli kat Socworld atau bawa je stokin biasa pakai 2 lapis....


Banyak yang aku beli di bundle online...try search/google kat Aziemart , iyelah pegi bukan selalu, tak berbaloi beli yang mahal2...contoh, winter coat yang baru harga cecah RM200, kalau beli bundle baru RM40-50.Atau beli kat sana je sebab gerenti lagi murah...aku ada beli satu winter jacket untuk E-ein kat Tesco sana...harga dia RM50.Kalau beli kat sini, mau RM100 -200 sehelai....kasut2 but, kalau nak beli kat sana pun ok jugak....UGG boots pun ado bagi yang minat..tapi balik Malaysia, cer fikir..nak pakai kat mana eh boots tu hahaahaha....kalau agak2 memang sokmo travel  to overseas during winter boleh lah beli and simpan kot ...




Meleleh air mata tgk trench coat lawo gini ahaks...

Pitam!

Ya cantik...tapi kat Malaysia ni kalau nak pakai hari2, sila duduk Cameron Highland hehehehehe


6.Kalau nak beli souvenir, jangan beli kat kedai2 milik kerajaan China..beli kat kedai2 biasa kat kedai yang boleh tawar menawar pun bagus juga.Lagi satu, masa aku stay kat City Inn, ada kedai souvenir kat lobi hotel..very cheap lorrr...kira berpatutan jugak...



Antara contoh fridge magnet yang ada...yang belah kiri sebijik macam yang aku beli heheehhe


7.Kadar tukaran MYR/RM ke Yuan = RM1 sama dengan 2 yuan....RM10 sama dengan 20 yuan .Nama lain bagi yuan ialah Renminbi ( Simbol =RMB).



Hmm..apa lagi ek..kalau teringat nanti daku update lagi....



No comments:

Post a Comment