Saturday 19 March 2016

Bukit Keluang @ Pantai Bukit Keluang, Besut ( March 2016,School Holiday)

Gambar dari google

Hampir 10 tahun sebenarnya kami sekeluarga ulang alik balik kampung Johor-Kelantan, tapi tak pernah terfikir pun nak datang ke sini. Since minat hiking bermula last year , rajin la baca bab gunung-gunung dan bukit-bukit ni. Bukit Keluang nampaknya satu destinasi yang agak menarik! Banyak gambar view puncak yang appear kat facebook dan internet, bukit ni juga merupakan tempat riadah menarik untuk penduduk tempatan dan juga pelancong/ pelawat. Dengan ketinggian 300m,dikategorikan sebagai bukit, maka kami yakin untuk mebawa anak-anak mendaki bukit ini...hehehe...  safety first! So, bergerak selepas subuh dari Kluang, sampai jam 4 petang di Besut, pusing2 cari hotel budget, kami menginap di Penginapan Kota Putra, RM100/night, boleh tahan jugak untuk 2 star hotel, siap ada mini fridge!

Menurut beberapa orang tempatan, ada 2 jalan nak naik bukit ni...depan bukit (jalan pantai), dan belakang ( lebih kurang 2 km dari pantai). Kami pilih jalan pantai sebab boleh park depan tangga je terus. Lupa pulak nak kira berapa anak tangga...heh.



Lepas tu mula trek tanah berpasir, agak licin. Tengok beberapa remaja selamba je hike pakai selipar jepun... ada gak yang jatuh terduduk depan aku.Memang licin...so... wlupun bukit...proper gear tetap penting.At least kasut sukan pun dah ok.

Berehat sebentar..



Kami mendaki jam 7 pagi...lebih kurang jam 8 pagi..tiba ke puncak...view memang cantik...



 Cantik kan?


Ada pondok di puncak... bergilir-gilir jaga anak sementara salah seorang pergi ambil gambar.




Minta jasa baik seorang adik ni ambilkan gambar ...
Perjalanan turun mengambil lebih kurang 50 minit...seperti mendaki, masa turun memang kena berjaga - jaga sebab licin dan berpasir... sentiasa pegang tangan anak. Ade jugak kena kendong sekali sekala bila diorg rasa lenguh kaki...hahahah 10 kg ( Aisy)-15kg(Eein) weight!

Sampai di bawah...gulp gulp..terkam beli & minum air kelapa..nyamannya! Alhamdulillah... kemudian, when i thought my kids were already tired...diorg mintak nak main playground dan pasir pantai! Akhirnya, dalam jam 11 baru kami beredar dari Pantai Bukit Keluang....mandi kemas baju2 dan  meneruskan perjalanan ke Bachok, Kelantan...

p/s: laluan pejalan kaki dah rosak teruk..harap Majlis Perbandaran Besut/ Pelancongan dapat perbaiki secepat mungkin..dah tinggal tiang je huhuhu...




Perhatikan budak baju pink belah kiri tuh... T-T

4 comments:

  1. Sayang laluan pejalan kaki kayu tu x dijaga oleh pihak bertanggungjawab :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju...sebenarnya cantik kalau dibaiki.

      Delete
    2. dgr cerita kayu2 tu sudah berpindah ke alam bunian.wallahuaklam

      Delete
    3. bukan tak di jaga..ombak di sini bukan seperti di port dickson..
      laluan tersebut musnah akibat ombak dan pernah di baiki n maintain tp tahap kerosakan disebabkan ombak terlalu tinggi...so utk maintain memerlukan kos yg tinggi dan berkala..

      Delete