Wednesday, 13 September 2017

Steigen Socks


Stokin ni dicadangkan oleh sahabat-sahabat yang dah pernah lari half dan full marathon. So, sy pun try beli. Nanti saya bagi review ya :).. tapi lambat lagi lah sebab nak test untuk lari jarak yang agak jauh(dalam rekod peribadi saya lah ) iaitu 12km pada hujung bulan ni...tungguuu...so far untuk rekod, saya tak pernah kena blisters lagi ( paling jauh pun lari 10km setakat ni), kena kebas-kebas jari kaki tu ada.Stokin ni ada saiz 1/4 length, 1/2 length dan 3/4 length. Compression socks pun ada tapi ni mesti harga RM100 ke atas nih.

Yang bestnya, siap guarantee no blister okayy...

Boleh baca penuh di sini. No blisters


Menarik!

Saya beli dari Jason Ku ( Sportslife Fusion) order melalui whatsapp 0138882887 ( RM180 utk 3 pairs - kalau beli satu RM69 - exclude postage. Saya combine buying with a friend). Tapi maybe boleh dibeli di kedai-kedai sukan lain juga. Senang beli/order online sahaja sebab lately macam kesuntukan masa nak keluar ke kedai huhu...dan bahaya gi kedai, takut masuk kedai plan nak beli 1 barang tapi keluar kedai jadi 5 barang camno? hahahahaha


Yeah.. let's run! 

Wednesday, 6 September 2017

Mendaki Gunung Lambak kali ke.... ^_^

Mendaki dengan anak-anak, 4 September 2017. Last day cuti sebelum bersekolah semula.... jarang - jarang bawak diorg ni..first time mereka sampai ke puncak, last year! hahahaha... punca sebenar nak mendaki? nak try headlamp mama & abah! ( yesss..kids memang suka main lampu-lampu nih...) asalnya nak naik separuh je..then diorg pulak teruja nak mendaki hingga ke puncak. Alhamdulilah, sampai puncak dalam 1 jam 20 minit..(start mendaki 6.50 pagi, smpai puncak 8.10 pagi)

See..told ya







Kakak sampai dulu..dia menang katanya ^_^


Ini nenek tau...nenek gagah naik gunung lagi..lupa tanya nama..i think she is in early 60's
dia main tabur-tabur bunga pulakkkk



Mereka kata, tak penat pon..boleh daki lagi..hahahahadei

Tuesday, 5 September 2017

A (belated) birthday surprise!

Pagi tadi, tiba2 ada sahabat yang menitipkan sebijik kotak yang comel.. eh eh..bila buka..brownies!! Tq dear..when was my birthday? Sebenarnya dah lepas pada 31 Ogos..ya..u read it right..my birthday was on 31st August,baby merdeka gittew.... tak delah  celebrate sgt birthdays, biasanya sekadar makan-makan atau pun beli kek, potong ngap je kat rumah.. :)


Sunday, 3 September 2017

Tahniah Malaysia!



 Harap masih belum etrlambat untuk mengucapkan tahniah!

Betul-betul back to back celebration untuk Malaysia tahun ini, sambutan kemerdekaan ke 60 tahun, sambutan hari Raya AidilAdha dan kemenang di Sukan SEA 2017. TAHNIAH!

Saturday, 2 September 2017

Mendaki Gunung Irau : Part 2

Mendaki Gunung Irau Part 1 (klik di sini)

Along the way turun... ini lah aktiviti kami....^_^.

Pic from guide,Apit

Pic from guide,Apit

Guide kami Apit cakap..dengan group kami ni tetiba dengan dia dia sekali amik gambar beratus2 keping..hahaha rasa seronok kot tgk org lain duk snap-snap gambar. Mujur laaa..naik masa gelap..so sibuk berposing masa turun je hahaha...kalau naik siang kang lagi lambat sampai puncak sebab sibuk bergambar.






Ropi & Dr Larry

Pic from guide,Apit

Pic from guide,Apit
Diorang dah sampai dulu...dalam jam 12.30 @ 1tghari kot


Saya dan kawan-kawan sampai bawah dalam jam 1.30 tghari


Tahniah Kak Dyna!!!


Yang depan tulah our guide

Macam-macam gaya mak pak orang nih
Back at hotel Nova by 3.30 pm...
Sebenarnya perancangan asal tidur lagi satu malam di Cameron Highlands(CH), tapi last minute masing-masing cakap nak balik..kalau penat and ngantuk, gilir2 drive. So,jam 4 kami pulang kunci ke hotel(tak tumpang mandi pun), singgah jap kat pasar CH cari strawberries , jagung dan sayur2 untuk bawa balik....lepas tu pergi makan, then tgk jam dah kul 5ptg , singgah Masjid Tanah Rata untuk mandi dan solat. Jam 6 petang baru bertolak turun dari CH.

Sampai exit Tapah jam 7 malam, singgah ngeteh di Hentian Jejantas Sungai Buloh jam 10.30 malam sambil solat Isya dan Maghrib (Jamak Taakhir) dan akhirnya sampai di Kluang jam 2 pagi.

Padahal dah bincang dgn hubby tak nak buat keje gila mcm di Nuang, lepas turun gunung terus drive balik..apakan daya..masing-masing duk kesian kat famili dan anak-anak tak nak lama sangat tinggalkan diorg.. :) cuma Kak Dyna dan Ropi sahaja yang bawa famili bermalam sambil cuti-cuti.


Alhamdulillah, praise to Allah...Gunung Irau done!

Ketinggian: 2110m
Jangka masa naik 3-5 jam bergantung kepada fitness
Jangka masa turun 3-4 jam

Checkpoints:

CP Pondok
CP Taman
CP Pisang
CP Slide(ada tanah runtuh di sini, so avoid lalu di tebing ya)
Mini Irau
CP Bonzai 1
CP Bonzai 2 
Puncak

Tips mendaki Irau:

1. Pakaian : pakai je tshirt dry fit /with inner kalau tak tahan sejuk, then sarung windbreaker/waterproof jacket.Along the way, tak delah berpeluh mana..dan sejuk juga especially kat puncak bila angin berhembus. Kecuali awak memang asal dari CH, boleh lah tahan sejuk hahaha. Buff or mask, kalau rasa - rasa hidung tu tak tahan sejuk.

2. Bawa juga baju hujan nipis/disposable. Hujan tak menentu sekarang ni

3. Kasut: adidas kampung boleh juga..kalau sayang kasut hiking mahal tu hahaha...saya memang tak boleh pakai adidas kampung, melecet..takpe saya rela basuh kasut...

4.Makanan : bawa la snek macam kekacang ke, pisang ke roti ke..power bar or coklat. Sejuk-sejuk cepat lapar.Kalau rajin nak bawa nasi pun ok..kalau rajin lagi bawak je dapur camping /messtin n masak. Guide kami masak air dan bancuh nescafe o kat puncak..nyaman!Saya bawa roti krim, kuaci, dan coklat. Air minum saya bawa 2 botol ( 1 mineral, 1lagi  100plus..mineral luak 1/4 botol je masa naik turun...yang 100 plus sampai balik Kluang pun tak minum lagi hahaha)

5.Headlamp & first aid : bawa sahaja headlamp wpun siang..just in case of emergency.Macam kami memang naik jam 2 pagi so..headlamp tu wajib!

First aid walaupun tak guna pun kali ni saya isikan dgn

Handyplast
Tiger balm
Iodin
Bandage
Panadol
Ubat selsema
Ubat vertigo saya, Betaserc
Ubat cirit birit
Panadol Actifast
ORS(oral Rehydration salt) 4 peket

Walaupun guide juga ada bawa first aid kit, dicadnagkan masing-masing bawak eprsonal first aid kit sebab mana tahu, kita terpisah dgn guide dan kawan-kawan....nauzubillah...

6. Sarung tangan waterproof (kalau ada), saya cuma pakai half gloves dan beli lagi satu gloves murah di gerai souvenir. Memang akan basah jugak sebab akar-akar kayu tempat kita berpaut pun berlumpur..tapi memang membantu supaya pegangan kita tak licin..bawa 2 pasang pun takpe..satu pakai masa nak naik..satu lagi pakai masa nak turun.

7.Walkie talkie (optional)
satu org depan pegang, satu org belakang pegang. Agak bagus kalau ada sebab boleh  jimat bateri hp... kalau kumpulan besar 30 org at least ada 3 walkie talkie ok dah...(kami 11 org, 2 walkie talkie, hubby punya).