Gambar diambil di Pos 3,Gunung Merbabu :)
Friday, 31 August 2018
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2018, Malaysia!
Semoga kita termasuk dalam golongan yang bersyukur...amin..
Thursday, 30 August 2018
Pendakian Gunung Merbabu 3142mdpl via Boyolali/Gancik
18 Ogos : dalam jam 11 pagi kami masuk semula ke homestay dan mandi, berkemas2 dan checkout dalam jam 1 tengahari, sepatutnya kami melawat sekitar Dieng, tapi jem teruk (macet), maka kami sepakat meneruskan perjalanan ke basecamp Merbabu. Jauh juga.sebenarnya patah balik otw ke Jogjakarta, lebih kurang 4jam. Nak turun dari Dieng pun agak lama sebab jem.Jam 3 petang baru kami lunch somewhere on the way tu. Kemudian meneruskan perjalanan, tiba di basecamp Merbabu dalam jam 6 petang. Sempat bergambar sebelum masuk area kampung/basecamp..suruh Is driver berhenti tepi jalan sebab kagum sangat dengan view Merapi-Merbabu. Oh ya...jalan menuju ke basecamp Merbabu ni macam jalan Cameron Highland. Boleh muntah kalau orang tak biasa.
Penginapan di basecamp ni agak daif , macam dewan mangsa banjir. Ada tikar je. Rasya offer saya dan kak Dyna utk tidur satu ruang bilik ( tapi takde pintu sebenarnya hahahaha...ada hallway..jadilah..ada privasi sikit buat kami).Sejuk menggigil...sampai lupa nak minta sleeping bag. Saya dan kak Dyna tido berselimutkan emergency blanket. Itupun tetap sejuk menggigil2. Mandi? Hanya yang tabah sahaja yang bisa mandi dong...hahahahaha...
Ada 3 puncak di Gunung Merbabu iaitu puncak Triangulasi, kemudian puncak Kentengsongo (jarak 5 mnit je dari Triangulasi) dan Puncak Sharif. Menurut Imron, puncak Sharif ni kena turun naik bukit lagi dan masa agak suntuk, jadi kami tidak ke puncak Sharif.
Kemudian dalam jam 11.30 pagi kami mulai turun.... tiba di Sabana 2 dalam jam 12.30 tengahari, kemudian terus turun ke perbatasan. Ada lagi sesi bergambar-gambar tapi nanti post ni jadi panjang sangat pulak hahahha...
Kami tiba di Perbatasan dalam jam 2 petang,kemudian naik ojek balik ke basecamp.Lupa pula nak rakam video, lumayan tanjakan(gelap tadi tak nampak betapa horrornya ketinggian Bukit Gancik ) hahahahaha.....luckily saya dpt rider perempuan, memang saya peluk dia weh..sebab ngeri!
Tiba di basecamp, mandi, makan tengahari nasi goreng lagi hahahaha tapi dah lapar belasah je,sedap pulak kan..tambah lagi ada baked beans dan sambal ikan bilis dalam tin hahahaha...kemudian dalam jam 3.30 petang kami bertolak ke Jogjakarta.Tiba di Jogjakarta dalam jam 7 petang...seronok betul dapat mandi dengan sempurna , air suam2 dan ada ..wifi! :D
Bersambung....
Sebelah kiri tu Merbabu, sebelah kanan,her twin sister, Merapi |
Duduk hadapan kayu api untuk panaskan badan.. :) |
Gummy ultra beli dari Marathon Baker... untuk kunyah-kunyah semasa hiking. |
Jam 7 lebih tu saya order nasi goreng dengan tuan basecamp tu..memang dia masakkan juga ( order je).Rasanya dalam jam 9 malam kami dah paksa diri tido. Sejuk nya mencucuk-cucuk ke tulang sum sum. Saya tak pasti geng lelaki tido jam berapa, sebab masa saya dah nak tido, terdengar mereka berbual-bual lagi...
19 Ogos
Jam 1 pagi saya bangun, kejutkan Kak Dyna, dan tengok suami saya dah bangun. Jam 2pagi kami semua dah bersiap... saya tak selera nak sarapan roti, so saya ambil sepotong Brownie by MarathonBaker juga beserta sedikit air kosong(boleh beli online ye) . Untuk permulaan, kami naik ojek(motor) untuk ke perbatasan Gunung Merbabu. Kalau berjalan kaki, mau makan masa 1 jam kata Rasya. Kos ojek, 15,000 rupiah seorang. Jimat masa dan energy lah ya.Kami juga disertai seorang lagi guide, Imron namanya.
19 Ogos
Jam 1 pagi saya bangun, kejutkan Kak Dyna, dan tengok suami saya dah bangun. Jam 2pagi kami semua dah bersiap... saya tak selera nak sarapan roti, so saya ambil sepotong Brownie by MarathonBaker juga beserta sedikit air kosong(boleh beli online ye) . Untuk permulaan, kami naik ojek(motor) untuk ke perbatasan Gunung Merbabu. Kalau berjalan kaki, mau makan masa 1 jam kata Rasya. Kos ojek, 15,000 rupiah seorang. Jimat masa dan energy lah ya.Kami juga disertai seorang lagi guide, Imron namanya.
Menunggu ojek |
Gelap kan...takde nak ambik gambar hahaha... menghampiri jam 5 pagi kami tiba di Pos 3, Batu Tulis dan menunggu sunrise.Puncak jawooohhh lagi wohh.. |
Carilah spot menarik untuk duduk hehehhe... |
Saya juga chop spot yang sesuai..nampak Gunung Lawu dari kejauhan.... |
Sekilas warna jingga sunrise muncul |
Selamat pagi sunshine..gambar tak jelas sangat |
You have to see it yourself...pictures won't do justice |
Masing-masing posing sakan |
Bukit dibelakang ni puncak tipu yaaaa.....ada 3 bukit perlu didaki lagi hehehehe sebelum sampai ke bukit ke 4 iaitu puncak sebenar |
Beberapa anak muda Indonesia minta bergambar bersama |
Dah siang, baru nampak wuuuu banyak nya khemah! |
Marilah kita teruskan perjalanan..... |
Bukit teletubbies |
Ni view yang membelakangi kita...Gunung Merapi... |
Berehat sebentar di Sabana 1 |
Sarapan pagi |
Diorang je makan megi tomyam..saya tak minat megi |
Seronok...bila kena matahari rasa hangat sangat!Sebab tengah kesejukan |
Setibanya di Sabana 2, Kak Dyna memberitahu , lututnya sakit ( old injury),lalu tak boleh teruskan lagi bimbang jadi lebih mudarat dan dia decide menunggu di situ sahaja. Di Sabana 1 lagi Kak Dyna dah mula rasa tak selesa di lutu, tapi dia cuba bertahan. Rasya menemani Kak Dyna, manakala Imron membawa kami ke puncak.
Melewati Sabana 2 |
Ada lesung besar... tumbuk padi atau jagung agaknya ya... |
Mesyuarat: memikirkan nak ikut jalur yang mana...hahaha semua nya menaik je kan kih3 |
Jam 10.30 pagi, kami tiba di puncak Merbabu... |
Alhamdulillah |
I can stay here forever.... :) |
Last group pose kat Sabana 2 |
Kemudian dalam jam 11.30 pagi kami mulai turun.... tiba di Sabana 2 dalam jam 12.30 tengahari, kemudian terus turun ke perbatasan. Ada lagi sesi bergambar-gambar tapi nanti post ni jadi panjang sangat pulak hahahha...
Kami tiba di Perbatasan dalam jam 2 petang,kemudian naik ojek balik ke basecamp.Lupa pula nak rakam video, lumayan tanjakan(gelap tadi tak nampak betapa horrornya ketinggian Bukit Gancik ) hahahahaha.....luckily saya dpt rider perempuan, memang saya peluk dia weh..sebab ngeri!
Tiba di basecamp, mandi, makan tengahari nasi goreng lagi hahahaha tapi dah lapar belasah je,sedap pulak kan..tambah lagi ada baked beans dan sambal ikan bilis dalam tin hahahaha...kemudian dalam jam 3.30 petang kami bertolak ke Jogjakarta.Tiba di Jogjakarta dalam jam 7 petang...seronok betul dapat mandi dengan sempurna , air suam2 dan ada ..wifi! :D
Bersambung....
Tuesday, 28 August 2018
Perarakan Hari Kebangsaan Indonesia ke 73
Usai turun dari Gunung Prau, kami menuju ke gerai makan di basecamp.Tengah makan2 sekali ada bunyi muzik, bunyi bising. Rupanya ada perarakan kira macam peringkat kampung or daerah agaknya. Kami mendaki Prau pada 18 hb, manakala sehari sebelumnya adalah Hari Kebangsaan Indonesia (mujur tak jem semasa kami tiba waktu tengahari, selepas perarakan kebangsaan dah selesai.)Memang sangat meriah! Saya tengok sekejap, kemudian masuk gerai semula , habiskan makanan. Memang sangat menarik juga sebab semua bersungguh-sungguh berarak danmembuat persembahan. Mungkin ini pertandingan perarakan,ada yang berkostum. Ada yang menari diiringi irama dangdut lagi hehehe...meriah! Here are some pictures taken by us....
Terbayang movie 300...hehehe |
Labels:
2018,
Dieng,
Gunung,
Gunung Prau,
Hiking,
Indonesia,
Jogjakarta
Saturday, 25 August 2018
Rinduku bertamu di Prau : Pendakian Gunung Prau via Patak Banteng 2565 mdpl
Pemandangan Gunung Prau dalam perjalanan ke Dieng |
Saya, suami dan rakan-rakan baru je balik dari Indonesia last week. Kami pergi hiking. Tempoh perjalanan 17 - 20 Ogos , 4 hari 3 malam.Eh macam karangan anak saya yang darjah 3 pulak..belasah je lah hahahaha.... Itinerary nya seperti di bawah
17/8 : flight KUL- JOG ( Yogyakarta)
18/8 : Mendaki Gunung Prau
19/8 :Mendaki Gunung Merbabu
20/8: pagi hingga tengahari shopping di Jogja, flight JOG-KUL petang.
17 Ogos
Flight dari KUL ke JOG bertolak jam 9.35 pagi. Line up kali ni, saya, suami, Rofi , Kak Dyna dan Jamil(kawan sekolah saya). Saya,suami dan Rofi kongsi kereta dari Kluang ke KL ( park di rumah kawan sebelum ambil teksi ke KLIA2). Kak Dyna ambil flight JB-KL manakala Jamil pula memang duduk di Putrajaya. Kami tiba di Bandara Adisucipto jam 11.35 pagi, dijemput oleh guide kami, Rasya namanya ( same guide semasa saya ke Gunung Papandayan last year). Terus Rasya bawa kami lunch dan menuju ke Dieng. Gunung Prau terletak di DiengWonosobo, kira- kira 4 jam dari Jogja. Kebas punggung dalam kereta hahaha mcm tak biasa...sampai di Dieng jam 6 petang, letak barang2 di homestay , mandi lebih kurang ( ada heater)kemudian jam 7 kami dinner di warung di basecamp Prau (jalur Patak Banteng). Sejuk gila kat Dieng ni lebih sejuk dari Cameron Highland. Menurut Rasya, bulan lepas di puncak Prau ada ais lagi haaa...kesejukan di Prau boleh mencecah -3 darjah celcius kalau time sejuk extreme. Bulan ogos ni bulan panas, sejuk juga,rasanya petang tu saya tgk suhu dah 10darjah celcius...jam 8 lebih kami balik ke homestay - jalan kaki je pun...dalam 400m..kemudian unpacking serta kemas2 barang2 yang nak di bawa naik gunung ke dalam daypack bag.
Layan teh o panas lepas dinner...syiok!Sejuk2 kan..pegang teh o panas...fuhh..lega |
Group pic satu!Dari kiri,Kak Dyna, saya, suami, Rofi dan Jamil |
18 Ogos
Saya bangun jam 1 pagi tengok semua orang dah siap..hahahaha adoi terlambat ke apa ni..memang bangun cuci muka, gosok gigi,,sarapan roti sikit sebab saya kena makan ubat ponstan ( baru lepas cabut wisdom tooth 3 hari sebelum ke sini..gata sgt pi cabut gigi.plan nak tampal je.dentis rekemen cabut sy terus angguk kan!)Ada drama sikit sebab ponstan sy tak dijumpai!Sedangkan sakit gusi lepas cabut tu memang sakit berdenyut sampai head throbbing lah kalau tak makan ubat...saya pasrah telah panadol je 2 bijik. Jam 2 pagi kami pun mulai mendaki, sebelum mendaki, suami saya mengetuai bacaan doa... hmm... tengok gambar lah ya sambil saya bercerita..
Kami sampai ke sunrise view jam 4 pagi..layan kopi o panas, roti,tuna dan bskut gandum. |
Pictures only won't do justice...you have to be there to appreciate it! |
Dari kiri, Gunung Slamet, Gunung Andong ( yang kecik tu), Gunung Merbabu dan Gunung Merapi...yang belakang sekali tu Gunung Lawu. |
Group pic belakang belah kanan tu Gunung Sindoro, belakang Sindoro ada Gunung Sumbing tapi terlindung dek bendera. |
Geng Terjal Outdoor |
Rasa - rasa ada 1000 buah khemah di atas ni |
dan 2000 lebih hikers sebab kebetulan kami datang masa sambutan Hari Kebangsaan Indonesia |
Subscribe to:
Posts (Atom)