Friday, 13 November 2015

Cheesekut - no sugar & no condensed milk recipe!

Melayan cacing dalam perut....hehehe....salahkan cacing ya...

Tiba2 teringin makan something cheesy but not cakes!

Langkah 1

Dapatkan bahan - bahan di  bawah











250 g cream cheese tatura
1 bungkus deluxe crackers
1/4 cwn madu preferably organic honey(boleh lebihkan klo nk manis lg)
200ml uht whipped cream
Segenggam rolled oats - rendam susu dulu patutnya...baru lembut n kembang(optional..tak nak pun tak apa)
Sedikit nestum utk hiasan
1/2 cwn susu segar



Langkah2

 

Putar whipped cream,cream cheese hingga sebati. (Option; perahan lemon 1/2 sudu teh or 1sudu teh esen vanilla; i used none of these).Guna handmixer or nk lg mudah..pki blender (jgn pki blender yg buek sambal yo hihi)

Langkah 3
 
 
Masukkan madu dan blend/mix hingga sebati. Rasa dulu & boleh tmbh madu klo rasa x cukup manis.

Langkah 4
 
 
Letak adunan cream cheese pd lapisan pertama. Tabur rolled oats dan nestum Celupkan deluxe cracker ke dlm susu segar. Celup depan blkg. Susun cracker atas adunan cream cheese td. Buat selang2 smpi habis adunan.

Langkah 5
 
 


Wrap dgn aluminium foil atau plastic wrap..biarkan smlmn dlm fridge (chill kan). Esok boleh ngap.

Gambar yang dah sedia dimakan...tak  sempat snap dah habis../.hehe

Saturday, 7 November 2015

No cook homemade play doh!

My first attempt


Modal below RM10 !I made this a few weeks ago....

3 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan garam halus
1 cawan air

Gaulkan semua sebati. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan tambah pewarna makanan. Aku add perisa sebab nak bagi wangi. Walaupun safe to eat...tapi bukan untuk dimakan ya....

1-2 hours of play time!

Kek

Pizza

Orang..kata adik aisy




2nd attempt...lebihkan tepung..dpt byk sikit heehhe

Mama pun tumpang moulding hahahaha...pacman!

Friday, 6 November 2015

Jom shopping ! Saqma Boutique Online!






Iklan sat



Penerimaan fesyen Muslimah amat diterima baik sejak kebelakangan ini lebih-lebih dengan rekaan koleksi pakaian Muslimah moden seperti jubah moden, dress Muslimah dan baju kurung moden, semakin banyak pula jenama-jenama Muslimah yang kian berada di pasaran. Bermula dengan meniaga secara kecil-kecilan, jenama-jenama ini kian pesat berkembang dengan mengeluarkan  koleksi pakaian Muslimah yang benar-benar berkualiti dan mengikuti trend fesyen terkini. Salah satu jenama Muslimah yang kian mendapat sambutan dan perhatian ramai adalah Saqma Boutique. Memulakan perniagaan dengan membuka butik pertama di Shah Alam, koleksi jenama pakaian Muslimah ini kini juga kini boleh anda temui di laman web online terkenal di Malaysia iaitu ZALORA. Di ZALORA, koleksi pakaian Saqma Boutique Online boleh anda temui dalam pelbagai pilihan rekaan dan saiz seperti berikut;




Buat pembelian secara online hari ini juga dengan memiliki koleksi jubah moden Saqma Boutique yang cukup menawan ini. Terdapat dalam beberapa pilihan warna yang menarik khas untuk anda.

Selain itu, temui juga koleksi baju kurung moden yang cukup selesa dipakai . Koleksi baju kurung moden Saqma Boutique boleh anda temui dalam pelbagai rekaan yang ringkas tetapi amat elegan apabila dipakai.


Serta jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki koleksi dress Muslimah yang menawan ini dengan tawaran yang cukup berpatutan hanya di Saqma Boutique Online!

Jom shopping jom! Sekian. :)