Tuesday 1 January 2019

Umrah Disember 2018

Alhamdulillah diberi rezeki dan kesihatan yang baik untuk mengerjakan umrah dan ziarah di bumi para anbiya. Kami pergi bertiga(saya, suami dan mak).Planning nya dah mula dari awal tahun 2018, tapi booking dibuat dalam Jun 2018. Itupun dah banyak pakej yang sold out. Saya pergi dengan Tiram Travel ( cawangan Kluang).Awalnya plan nak pergi dalam 1 atau 2 Dis tapi akhirnya tarikh 9 Disember-20Disember yang dipilih selepas dimaklumkan tarikh pilihan asal tu dah habis dijual. Perjalanan kami adalah 9 Disember tu KLIA-Jeddah( flight 9 jam...huhu)  dan naik bas ke Madinah ( jarak 6 jam), kemudian 15 hb bertolak dari Mekah ke Madinah (8 jam), manakala 20 hb tarikh pulang ke Malaysia (Mekah ke Airport Jeddah - 2jam).

Mereka berdua tak ikut....tinggal selama 2 minggu di rumah neneknya

Ahli keluarga(adik-adik ipar dan mak mertua) yang menghantar ke KLIA

Persiapan? Pertama mestilah booking travel agent yang dipercayai dahulu, selepas rekomendasi kawan-kawan, dan memikirkan pejabat Tiram Travel pun dekat sahaja, maka kami pilih lah Tiram. Jika ada rezeki di masa akan datang boleh try travel agent lain pula..amin amin ya robbal alamin. Dokumen yang diperlukan , passport antarabangsa, kad nikah (bagi suami isteri) dan kad vaksin meningococal meningitis ( diserah kepada Tiram pada Oktober 2018).

Kedua, persiapan pakaian. Saya cuma menyediakan 2 telekung solat,beberapa helai jubah sedia ada ( dalam 5 helai), 4 helai seluar slack , 1 helai jaket labuh yang saya beli few years back, 4 pasang inner lengan, stokin  dan lain-lain keperluan peribadi, dan juga sebelum ke sana , saya beli 4 helai tudung labuh ( tudung sy banyak pendek-pendekkkk dan tak tutup dagu -tak solat compliance aduss..semoga istiqomah) . Sebenarnya sgt mudah bila kita berpakaian sebegini, nak solat di mana-mana pun senag, solat je dengan pakaian sedia ada. Jika ada rezeki lebih, boleh lah beli jubah di sana, memang agak murah dan banyak pilihan. Oh ya, hujung tahun ni, merupakan musim sejuk di Madinah ( 17-20 darjah celcius-macam Caemorn Highland kan?) dan Mekah ( dalam 29 - 32 darjah celcius- lebih kurang cuaca tengkujuh kita ni). Oleh kerana dalam ihram tidak boleh berwangi-wangian, cari juga deodoran , lip balm atau lotion yang tidak wangi(tempoh ihram ni depend kepada tempoh masa kita dapat siapkan satu -satu umrah, biasanya orang akan cuba siapkan secepat mungkin, maybe dalam 3 ke 8 jam, tetapi kadangkala boleh jadi lebih lama bagi mereka yang berniat miqat dari atas kapalterbang). Jarak miqat yang dekat dengan Mekah seperti Masjid Hudaibiyah lebih kurang 1jam sahaja. Jika Masjid Jaaranah, lebih kurang 2-3 jam sebab termasuk dengan ziarah .Sepanjang dalam ihram memang berdebar-debar je nak jaga pantang larang especially bab menggugurkan rmabut atau bulu tubuh dengan sengaja.Masalah pada saya lah sebab sy ada habit cabut rambut gatal..hahaha... memang sepanjang ihram tu sentiasa pakai serkup di kepala dan seboleh-boleh tidak membuka serkup semasa dalam ihram kecuali nak ambil wudhuk. bagaimana pun perihal wangi wangian ni ada kelonggaran juga, kalau pakai sebelum ihram boleh tetapi jangan pakai semasa dalam ihram ( contoh maybe lotion pelembab anda ada berbau wangi sedikit, tapi jika fungsinya untuk melembapkan kulit supaya tidak memudaratkan, tidak mengapa - ni kata mutawif kami lah..jangan la sengaja lepas niat ihram , lepas tu spray minyak wangi satu badan). Maksudnya niat nak pakai supaya tidak mendatangkan mudarat kepad badan (lotion pelembab kulit,minyak angin untuk sakit sendi ke, tiger balm ke), bukan niat nak berwangi-wangian.Sentiasalah bertanya mutawif dan mutawiffah(jika ada ). Untuk makluman, Tiram Travel menyediakan mutawif wanita ( mutawiffah) bagi umrah hujung tahun.

Ketiga, persiapan rohani dan jasmani, yang ini memang susah sikit nak cakap sebab ustaz yang bg ceramah cakap, iman manusia ni berlainan setiap hari, ada hari tinggi, ada hari rendah, jadi ustaz suruh niat yang baik-baik.sangka baik sebab kita tetamu Allah, dan cubalah supaya "menjaga mulut" dan tingkah laku terutama semasa dah berada di sana. Di sini saya letak few pictures sahaja ya...risau juga nak post banyak-banyak gambar, saya share niat untuk berkongsi pengalaman sahaja ya.

Terharu dan lucu

Saya alami beberapa peristiwa mengharukan dan juga melucukan. Yang mengharukan, semasa solat samada di Masjid Nabawi atau Masjidilharam,kadang-kadang saya berasa lapar, tapi duk pujuk hati takpe tak lama, balik hotel boleh makan,minum air zamzam sepuas-puasnya di masjid dan selalunya nya bila terlintas sebegitu, ada je orang sedekah makanan .Allahuakhbar...kali pertama ada orang sedekah kepada saya dan ibu, 1 plastik roti arab,bersama cheese labneh ( Allahu sedapnya cheese labneh teringat-ingat, cicah roti :)).Kali kedua dan ketiga ada yang sedekah roti pita, kurma dan manisan Timur Tengah. Bila dah rasa cheese labneh tu sedap, mula lah kita mencari kat kedai hahahaha...itulah kata-kata orang yang pernah pergi ke sana, Insya Allah apa kita minta, dimakbulkan Allah, cuma lambat atau cepat sahaja. Rasa kerdil dalam diri, macam -macam dosa kita dah buat,tapi Allah masih berikan apa yang kita nak...Allah sayang.

Peristiwa melucukan, selipar saya hilang di Masjidilharam selepas umrah wajib, bukan hilang dua-dua, tapi hilang sebelah je adoiyaiii.Dan selipar tersebut dalam uncang kasut, bukan tinggal begitu je di rak kasut.Mujur hotel tu dekat je dengan masjid, since mak saya menggunakan wheelchair, saya pun pakai dulu kasut mak saya  semasa balik ke masjid. Apa pun kita kena redho...hilang selipar,jangan lah kita marah-marah tapi mungkin Allah nak bagi rezeki lain kan?Untuk makluman, selepas itu saya pergi jenguk 3-4 kali kat rak kasut tu tetaplah tak jumpa hahahaha... dan untuk makluman, mostly cuma orang Malaysia je yang selalunya bawa plastik kasut(tapi di,luar masjid ada sediakan plastik cuma selalunya cepat habis), orang negara lain saya perhatikan mereka tinggal kasut atau selipar begitu sahaja, kemudian bila nak balik pakat mencari-cari sebelah lagi..mostly dah dicampak-campak atau disepak2 oleh orang-ornag lain yang juga mencari selipar merkea..saya rasa itulah terjadi kat saya, selipar saya terjatuh dan dah disepak-sepak gi mana tak tau :D.Kenapa saya tinggalkan selipar tu di rak? saya tak bawa bersama umrah kerana dikhuatiri ada najis since selipar yang sama saya dah buat round Madinah(termasuk terjebak mengejar/mengusik  burung - burung merpati di Bukit Uhud hihi). Jika anda membawa selipar yang baru dibeli dan guna untuk masjid sahaja, no prob...boleh je bawa atau basuh sebelum masuk dalam plastik dan bawaklah sekali. Kalau time solat memang saya akan bw bersama uncang/plastik kasut tu.

Dari pemerhatian saya, suasana di Madinah agak santai dan tenang ( sebab tiada aktiviti umrah dan kita tak terlibat dengan pantang larang ihram),cuma sewaktu solat Jumaat sahaja baru lah lebih padat dari biasa sampai saya tak dapat nak solat di dalam masjid, saya solat di perkarangan sahaja. 

Suasana di Mekah agak sibuk, hustle and bustle. Aktiviti perniagaan lebih meriah di Mekah tetapi ustaz mutawif kami berpesan, since kami masuk Madinah dulu, cubalah untuk menghadkan aktiviti shopping di madinah supaya di Mekah lebih fokus kepada ibadat. Maksudnya takde lah nanti di Mekah kita duk teringat-ingat nak beli itu ini padahal tengah solat masa tu...nauzubillah.Cuba selesaikan urusan membeli belah di madinah, insya allah lebih fokus terutama ibadah umrah ni mengambil banyak masa dan jemaah cepat penat(sebab tu persiapan fizikal/jasmani juga penting...namun jika tidak larat boleh guna wheelchair wakaf ataupun lebih senang bawa sendiri). Lebih ramai orang dari Madinah , dan hujung tahun ni ramai jemaah dari Asia sebenarnya ( Malaysia , Indonesia, India, Pakistan). Ada juga dari Timur Tengah seperti Mesir,Tunisia dan Algeria ( berdasarkan apa yang saya nampak). Manusia memang sentiasa ramai, cuma kalau mengikut pendapat jemaah yang sering ke sini, kira hujung tahun ni tak berapa sesak lah ni..sebab kalau musim haji lagi sesak sampai 4 juta orang memenuhi Mekah pada satu-satu masa.

Pengalaman membawa wheelchair dari KLIA-JEDDAH-KLIA

Saya dan suami banyak merujuk kepada mutawif dan juga kakitangan MAS semasa otw dari KLIA ke Jeddah. Di KLIA, wheelchair boleh ditolak sehingga ke pintu kapal terbang ( pastikan ditag sebelum boarding).Semasa dari Jeddah ke KLIA, masalah bahasa menyukarkan kami juga untuk bertanya tentang menolak wheelchair hingga ke kapal terbang.Mutawif juga tidak berpengalaman handle wheelcahir, since jemaah sebelum ni tak pernah pakai :). Anyway bagai ayam dengan itik, akhirnya suami saya dapat maklumat, bahawa di Jeddah, wheelchair tak boleh ditolak ke kapal terbang, mereka suruh wrap(25 riyal) dan masuk kargo (later saya dapat tahu atas budi bicara juga huhu),ada wheel chari disediakan di airport sana tapi ada sedikit fees perlu dibayar . (troli pun kena byr 3 riyal..sabar ya).Mak saya kata tak apa lah dia berjalan sikit ( sebab nak ke kapal terbang ada naik bas pula), so kami tak pakai wheelchair airport .Airport Jeddah pun tak lah besar mana, besar lagi KLIA dan KLIA lebih lengkap dengan fasiliti bertaraf dunia. Sampai di KLIA semasa balik tu, kami request wheelchair, alhamdulillah dah sedia menunggu di luar pintu kapal terbang, siap ada orang tolak sebelum kami ke bagasi untuk mengambil wheelchair kami.

Kawasan luar airport Jeddah(masa ni jam 7 malam, itupun banyak kedai dah tutup, kedai ala-ala 7e dan orang jual simcard ada bukak)


ruang solat terbuka di luar airport jeddah , sgt spacious,belakang tu toilet, tapi toilet dalam bangunan airport lebih bersih sebenarnya


Hati-hati
Pesanan mutawif lagi, hati -hati kalau semasa kita berjalan-jalan ada orang nak bantu angkat barang atau tolak wheelchair hatta nak tolong gunting rambut (semasa tahalul), itu bukannya percuma, diorang akan mintak duit at least 10 riyal sebagai upah...apa pun,sediakan banyak duit kecil dalam 2 riyal ke 5 riyal(terpulang ) sekirnaya ingin bersedekah, cuba lakukan di dalam masjid ( sedekah kepada cleaners masjid).Oleh kerana mereka berkhidmat di rumah Allah, sedekah kepada mereka lebih afdhal. Boleh je nak sedekah di luar namun diingatkan takut peminta sedekah mengerumuni anda, dan ada beberapa orang pernah jadi mangsa pick pocket semasa kekalutan tu..hati-hati ya?Smpan duit di tempat selamat, walaupun dalam beg sandang, letak lah di bahagian yang sukar diambil atau di bawah sekali.Kalau wanita, ada jual telekung berzip online di malaysia, boleh juga guna bhgn berzip untuk simpan duit :). Oh ya di airport pun hati - hati, bila kita turun bas berebut pekerja sana offer nak tolong angkat beg dan tolak troli, namun ini bukanlah percuma ya...uruskan sendiri unless anda memang nak menyumbang kepada mereka....

Sekian perkongsian saya,kali ni lebih kepada tips, later saya specify sedikit gambar-gambar mengikut turutan,semoga sahabat-sahabat juga akan beroleh rezeki menunaikan umrah satu masa nanti..amin amin ya robbal alamain.

Nota; semasa saya ke sana , tukaran riyal, 1 riyal = RM1.14(KL) hingga 1.20(Kluang). Di Mekah/Madinah, rate tukaran berbagai, ada yang RM100 bersamaan dengan 85 riyal, ada yang 86 riyal. Kena rajin gi tanya kat money changer.

1 comment:

  1. Looking for the best Umrah Packages From USA? Lottrips is the #1 company to provide the best Umrah, Flights, Hotels and tour services.

    ReplyDelete