Saturday 14 January 2017

Apa itu Knee Sleeves?

"Knee sleeves memberikan sedikit sokongan tetapi bukan seperti knee braces. Knee braces berfungsi untuk melindungi lutut dari kecederaan lampau . Knee sleeves direka untuk mengelakkan kecederaan yang belum berlaku. Perlindungan ini adalah penting bagi lutut ahli sukan yang terbeban dengan tekanan yang kuat ( larian, angkat berat, melompat).

Knee sleeves juga merupakan satu jenis compression yang meningkatkan pengaliran darah ke lutut dan mengurangkan kesakitkan, semasa dan selepas aktiviti sukan. Secara ringkas, compression yang dihasilkan oleh knee sleeves menggalakkan pengaliran darah lebih banyak ke lutut dan penyembuhan yang lebih cepat. Jadi penggunaan knee sleeves membantu mengurangkan kesakitan dan pembengakakan lutut selepas aktiviti sukan lasak yang membebankan lutut.

Knee sleeves biasanya dibuat daripada material neoprene dan disarung ke lutut. Ia menghalang atau mengurangkan rasa sakit. Knee sleeves juga menambahkan haba, mengurangkan pergerakan patella dan membantu mempercepatkan kesembuhan pada sendi lutut yang cedera."

diterjemah dari sumber: Breaking muscles

Kenapa tetiba cerita pasal knee sleeves/knee guard? sebab tengah pakai ni sejak semalam..Lutut ni on off sakit berdenyut-denyut tapi tidak lah pula tempang atau jalan terhincut - hincut. Dan saya masih hiking cuma minggu ni saya tak berlari sebab lutut tak selesa dan saya tidak mahu membebankan lutut. Sebenarnya, sakit ni bukan sebab lari atau hiking, tapi anak kedua saya tersadung di atas saya yang sedang baring dan dia jatuh terduduk atas lutut sy seminggu yang lepas!ouch!

Kenapa tak ke klinik? sebab rasa berdenyut tu on dan off, tidak lah kerap..dan hiking membantu sy mengurangkan kesakitan itu. Saya hike slowly, sebab hiking yang biasanya ambil masa 1.5 jam pergi dan balik..bila slowly jadi 3 jam hahahaha..... ok la, lama sikit di alam semulajadi kan...Tengok macamana , kalau masih tak ok, baru jumpa doktor :).

http://stalbertphysiotherapy.com/pain-no-more-effective-patellar-tendinitis-treatment/
Klik gambar ini untuk tips elakkan /kurangkan sakit lutut
Hiking half way sahaja pada 12/1/2017
12/1/2017


Hiking lagi sampai puncak, 14/1/2017,dah pakai knee sleeves masa ni
14/1/2017


No comments:

Post a Comment