Wednesday 15 November 2017

Berlatih untuk half marathon

Sejujurnya semasa Iskandar Puteri Half Marathon yang lepas, saya belasah je masuk dengan keyakinan(dan hentam saja) yang tinggi dan jugak sebab dihasut oleh encik suami dan Kak Dyna! hahahaha...

Tapi selepas dah rasa lari half marathon macam mana, nampaknya selepas ni sy kena training juga walaupun yang paling basic yang mungkin untuk 

1. mengurangkan injury
2. meningkatkan PB( ini bonus lah kalau dapat).

Rezeki saya sebab selepas lari HM baru-baru ini, sy tidak ada kecederaan serius seperti cramp atau blister ( tapi tapak kaki rasa pijarrr panassss je menghampiri km21 - kalau lama lagi mungkin blister juga). Cuma dapat kepenatan dan sengal-sengal otot biasa, tapi tidak seteruk sakitnya seperti selepas mendaki Kinabalu(ni kengkang terus hahaha). Dari segi recovery otot, tubuh saya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk pulih. Puas berlari tapi letihnya! Petang tu tidur 3jam lepas zohor hahahaa

Catatan larian saya sebelum half marathon baru2 ini( 8 minggu sebelum). Hahaha sangatlah tidak konsisten sebab sy tak merujuk kepada mana-mana program latihan!Walaupun secara tak langsung saya telah train selama 8 minggu hehehehe...masih kena perbaiki ni...bersepah betul!

Lari 3 kali seminggu 4 -5km( tak tentu hari, kadang-kadang Isnin, Rabu, Jumaat)
Berlari 10 - 12 km di hujung minggu ( dapat 3x)

1 Sept:5km
3Sept: 8km
4 Sept: hiking 2.5km
7Sept: cycling 12km
9Sept: 10km-Jumaat
11Sept: 5.1km
13 Sept: 7km
14 Sept: 5km
16 Sept:6km(International Autism Run)-Sabtu
18 Sept: 4km
22Sept: 4km
23Sept :12km
24Sept: 4km
26 Sept: 4km
29Sept: 11km(Adrenaline Run)-Jumaat
5Okt: 2km
10Okt:6km
13Okt: 3.2km (Larian Johor Berkemajuan)-Jumaat
14Okt: 5.0km
16Okt:4km
17Okt: 5.1km
18Ok:5km
20Okt:hiking 2.5km
22Okt: Bodyweight 20min
23Okt: Bodyweight 20min
24Okt:5km
25Okt: Bodyweight 30min
26Okt:6km
28Okt: ISKANDAR PUTERI HALF MARATHON-Sabtu

Semangat! Lepas ni nak try follow program latihan yang saya jumpa ni di website Runnersworld...nampak macam mudah nak ikut :) cuma selalunya saya agak busy kerjaaa dan lately hari-hari hujan......huwaa...xpe kita cuba dulu..


Tuesday 14 November 2017

Kalau kail panjang sejengkal..lautan dalam jangan kau duga

Berborak dengan incik suami beberapa malam yang lepas.. tentang BTS(Bromo Tengger Semeru) Ultra. Jom masuk....sebab dia combine run dengan hiking..dua - dua kami sukeee....

hahahaha tinggi betul angan - angan..tengok tengok paling sikit jarak nya 30km..adeh deh..kenapalah tak de yang 15 km ke hahahaha....Cameron Ultra pun tak pernah pergi...ada hati nak ke Bromo Ultra ^_^...mampukah saya insan yang kerdil ini?

Ada 30km, 50km, 100 km dan 170km.  Jom tengok gambar - gambar dari FB Rasmi BTS Ultra. 

Meminjam kata Kak Dyna (kawan sy yang suka layan day dream macam saya), kalau trail cantik macam ni..masuk dan DNF ( did not finish) pun takpe..janji kita dapat pergi! :D 

Hey I day dreamt about Gunung Kinabalu & Gunung Irau a year ago.... then I ACTUALLY went there! 

Gambar adalah hakmilik official photographer BTS Ultra ( From BTS Ultra FB page). 














Saturday 11 November 2017

Larian Amal Run For You UTHM 5km (11.11.2017)

Terjebak masuk larian kat UTHM Batu Pahat pulak...setelah habis event berbincnag dgn suami..tak sesuai lagi dah join event kat sini. First & last lah ni hahahaha....Sebab? Jauh. double back journey bila nak hantar anak ke rumah neneknya kemudian datang sini, patah balik semula ke rumah nenek..eh..memang lebih kurang 100km pergi balik. Sangatlah tak practical....Better join runs di JB sebab one way sahaja rumah nenek nya pun otw ke JB..lebih kurang 70km return.

Parking senang, urusan ambil baju dan bib senang. Taaaapiii...

Flag off sangatlah lambat..memang dah rasa nak marah dah. Ikutkan iklan flag off 7.30 pagi. Tak pasti apa yang ditunggu2 oleh organiser ( mahasiswa uni ni jugak lah- Persatuan Himpunan Mahasiswa Kelantan- sy join sebab support lah kan..sama negeri hahahaha). Kejap kata tunggu VIP..kejap kata tunggu instruktor senamrobik - which is..akhirnya tak muncul2. Crowd dah mula meringsa...Dalam jam 8.45 baru kami dilepaskan ! Jam 9 pagi, matahari dan mula meninggi. Bukan komplen panas, tapi cuaca agak terik dan peserta terdedah dengan dehydration atau pitam. Mujur lah 5km je. Kalau 10 km , konfem kami pergi kaunter, ambik medal je terus balik! ( marah punya pasal ni).

Masa lari, marker agak bagus sebab pelajar-pelajar ( urusetia) yang jadi marker setiap checkpoint. Risau jugak sesat kan, tak biasa lari di sini. Selesai lari...adik2 mahasiswa bukak gerai air sarsi, air sejuk kosong dan air anggur. Ok..sejuk sikit hati mak. Bertambah sejuk lagi...dapat 3rd place dan berjaya maintain pace baru iaitu pace 6 :).. agak sukar nak maintain sebab minggu ni cuma berpeluang 2x training lari shj...harap-harap bila join 10km nanti boleh lah kekalkan pace ni, amin . 

Sampai kat stadium UTHM jam 7 pagi.Mula-mula rasa wah bestnya lari di pagi yang sejuk..berkabus.
8.45 pagi...Pelepasan peserta lelaki. Flag off lambat tapi agak sistematik sebab takde lah kelam kabut tercampur lelaki perempuan..( di UTM pernah berlaku peserta perempuan gatai pi lari masa flag off lelaki..konon nak cepat abis lah tu)

Menunggu penyampaian hadiah. Strategi bijak organiser - semua tak boleh dapat medal selagi hadiah belum di sampaikan...hahahaha( kalau bagi awal2 kang stadium kosong lak)

Member hubby, Rofi dapat tempat kedua kategori lelaki..selesai lari dalam 20 minit!

3rd place woman... 27 minit :) tapi tak cukup 5km pun route nya (4.6km je)..so takleh nak kata PB lah.


Kenapa yek bila ambil gambar medal mesti nak gigit??hahahaha

Sebelum flag off rasa panasss...ok lepas lari dah sejuk..

Friday 10 November 2017

2nd Personal Best 5km : 30.36 minit

Alhamdulillah... walaupun lari dalam keadaan malas malas..sebab frust hari sebelumnya tak dapat lari sebab hujan lebat..eh eh byk betul sebab musabab...adoi..




Wednesday 8 November 2017

Melompat lebih tinggi

Bila tiada apa nak ditulis... terngiang ngiang pula lagu Sheila On 7, Melompat Lebih Tinggi. Dalam kereta dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah, saya tak suka dengar radio melainkan untuk dengar berita. Too many stupid jokes, too many harsh words..too many Kpop songs, lagu melayu yang meleweh2 , lagu Inggeris yang melucah bagai. Kadang- kadang saya on Bluetooth surah lazim untuk anak - anak dengari ( untuk saya juga - terutama di kala hati terasa tidak tenang), kadang kala saya buka lagu - lagu lama yang mempunyai lirik yang indah - indah dan sopan. Here it goes..ada sesiapa dengar lagi ke Sheila On 7 ni? :) my favourite running song too! Bila dengar lagu ni boleh lari pace 6 terus hahahahaha...

Throw back..melompat di Papandayan hehehehe


MELOMPAT LEBIH TINGGI

Kita berlari dan teruskan bernyanyi
Kita buka lebar pelukan mentari
Bila ku terjatuh nanti
Kau siap mengangkat aku Lebih tinggi

Seperti pedih yang telah kita bagi
Layaknya luka yang telah terobati
Bila kita jatuh nanti
Kita siap tuk melompat lebih tinggi

Bersama kita bagai hutan dan hujan
Aku ada karma kau telah etrcipta

c/o
Ku petik bintang
untuk kau simpan
cahayanya tenang, berikan kau perlindungan
sebagai pengingat teman
juga sebagai jawapan
segala tentangan

Sebelum waktu memisahkan detikmu, detikku
Sebelum dewasa menuakan memisahkan kita
Degupan jantung kita akan saling seirama
Bila kau rindu aku..

Tuesday 7 November 2017

Belajar bernafas dengan betul ketika lari

Eh eh..bernafas pun kena ajar ke? Yup..kalau salah teknik pernafasan, akan cepat penat bila berlari..banyak faktor lain lagi untuk meningkatkan stamina lari, breathing, running forms, muscle strength, training dan yang paling penting confidence ! :) Mula - mula belajar bernafas dulu...hehehe..saya tak ambil kisah tentang breathing technique sehingga lah saya mula cuba berlari 10km. Banyak tengok tips di youtube , bertanya kawan-kawan dan, membaca blog serta kaedah cuba jaya. Pernafasan yang betul membuatkan kita selesa ketika berlari , penat dan sakit tu tetap ada, bab yang dua ini ada kaitan dengan training dan kekuatan otot. Saya pun newbie, bermula dengan hiking dua tahun yang lalu, baru setahun je menceburi dunia lari ;) Kita belajar sama-sama jom! 


Sunday 5 November 2017

Kluang OCBC - Rotary Club Charity Run 8km ( 4 November 2017)

             Another run done.. so sweet coz i achieved my PB 31.12 minutes for 5km! Dan juga PB untuk 8km.. 54 minutes, pace 6.34. Kaki masih sore sejak half marathon, tapi semangat lari punya pasal....memang feel lari ramai-ramai ni tak sama macam jogging sorang - sorang tau. Bila jogging sorang - sorang, lepas 2-3km, kita(eh eh..saya lah tu haha) cenderung untuk stop berjalan lenggang kangkung lalalalala... tapi bila ramai-ramai ni..kita tengok orang depan tak berhenti, kita pun ikut dia tak berhenti..teruskan jog walaupun pace slow. Memang begitu pun tips nya, kalau tgh lari,agak2 penat,  jangan berhenti , slowkan pace sahaja tapi terus maju! Pertama kali saya join event larian di hometown sendiri di Kluang ni..acara ni first diadakan start tahun lepas, insya Allah saya nak jadikan acara ni sebagai event "mesti masuk setiap tahun" punya hahahaha..selagi masih sihat.Amin..

Tahniah kepada organizers ( OCBC Bank dan Rotary Club) dan juga crew, RELA, KKM, St Johns , Polis trafik, Ambulance, dll... Jumlah penyertaan keseluruhan 1400 orang. Hadiah disediakan bagi pemenang 1,2 dan 3 sahaja.. dengan yuran sebanyak RM20..sangatlah berbaloi..dapat tshirt yang cantik dan selesa (wpun saya tak pakai semasa event). Medal cuma diberikan kepada 103 peserta yang berjaya menamatkan larian yang terawal bagi setiap kategori ( ada 2 kategori je, women open & men open). Saya mendapat tempat ke 13 untuk wanita :). Orang Kluang power lah! Ni yang menang ni mesti training berlari kat Gunung Lambak ni hahhaahha

Malam tadi hingga subuhnya hujan lebat..ketika sampai di tapak event, hujan renyai-renyai

Hujan makin lebat jam 6.45 pagi.
Kami diminta masuk ke dalam dewan dahulu untuk warming up - zumba. Flag off jam 7.30 pagi ( lewat setengah jam - menunggu hujan reda sedikit)..tapi best juga renyai2..tak panas hehehe

Yes... 8km done!

Runners are happy people!

Seronok berlari bersama kawan-kawan!

Kami ada next projek...tunggu 2018..insya allah!

Bersama kawan-kawan husband saya, hikers juga ni..yg tudung merah ni office mate & bff, Ain hehehehe

Medal memang biasa - biasa je..yang penting, kita enjoy!