Tuesday 3 October 2017

4 Tips Untuk Menikmati Larian Jarak Jauh

Larian jarak jauh tidak mudah, namun ia boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan, terutama selepas anda berjaya menamatkan larian tersebut.





TUNE OUT
Pros: Berlari dengan muzik boleh mengelakkan anda berasa risau dengan jarak larian. Kerisauan boleh membuatkan anda mudah penat dan putus asa. Muzik merupakan satu cara untuk membuatkan anda lebih relaks dan fokus untuk terus berlari ke hadapan. Ia juga boleh mengurangkan fikiran anda dari tertumpu kepada kesakitan kaki atau otot. Penyelidik, Costas Karageorghis, Ph. D mengatakan muzik boleh mengurangkan keletihan dan meningkatkan ketahanan badan berlari sehingga 10-15%. 

Cons: Muzik boleh menjadikan anda leka, seperti tidak sedar ada kereta lalu lalang, atau signal dari badna anda ( anda berlari terlalu laju sehingga tidak sedar ada halalangan seperti lubang jalan atau batu - lalu terjatuh atau cedera). Ia juga boleh menyebabkan anda terlalu selesa dan bergantung kepada muzik, ini akan mengecewakan anda jika bateri anda habis semasa pertengahan larian! 

Do it Right: Kajian Karageorghis’s mengatakan lagu bertempo laju yang melebihi 120 beats per minutes ( degupan se minit) adalah sesuai semasa larian intensiti  tinggi di mana anda menggunakan lebih 75% maksimum heart rate. Oleh itu anda boleh merancang playlist mengikut jenis larian anda ( laju/ perlahan/ santai/less intense runs) . Ada apps bernama PaceDJ yang boleh membantu anda menyusun senarai lagu untuk larian anda. Pastikan volume muzik tidka terlalu kuat supaya anda masih boleh dengar orang bercakap sekeliling atau bunyi enjin kereta/ kenderaan di jalan.

PAIR UP
Pros: Berlari bersama pasangan boleh menjadi larian yang panjang kerana ia mengelakkan anda berasa bosan berlari seorang, kata Colleen Tindall, jurulatih lari (berkelulusan USATF-certified di Moorestown, New Jersey.)"ia lebih menyeronokkan dan lebih selamat". Katanya lagi, " anda juga akan dapat berlari lebih lama berbanding kecenderungan untuk berlari secara short cuts apabila bosan keseorangan." Pelari beginner juga mungkin akan merasakan berlari secara berkumpulan itu agak menakutkan atau merisaukan kerana merasa rendah diri, maka berlari secara pasangan adalah lebih sesuai untuk mendapatkan keyakinan.
Cons: Sekiranya anda terlalu bergantung kepada pasangan anda, apa akan jadi sekiranya pasangan anda tidak dapat menemani anda atau cedera? Anda boleh bertukar - tukar pasangan berlari untuk meningkatkan potensi anda, sebagai contoh, pada awalnya berlari secara santai dengan pasangan tetapi cari pasangan lari lebih laju sekiranya anda ingin meningkatkan potensi larian anda. Sekiranya anda cuma berlari santai dan perlahan dalam tempoh yang lama, anda mungkin tidak dapat mencapai potensi sebenar anda.
Do it Right: Pastikan anda merancang jadual anda dan pasangan . Terdapat juga online website yang membolehkan and amenghubungi pelari tempatan yang akan gembir auntuk berkongsi tips dengan anda. Dan, sekiranya tiada pasangan yang boleh sama - sama berlari, ajak suami, isteri atau anak- anak .. mereka tidak perlu berlari bersama anda tetapi mereka boleh mengiringi anda dengan basikal misalnya..dan menjadi satu aktiviti keluarga yang menyeronokkan!




BE A GROUPIE
Pros: Apabila anda menyertai kumpulan atau kelab larian, ia boleh mendisiplinkan anda - kerana and aterikat dengan jadual larian kumpulan. Biasanya anda akan patuh kepada jadual kerana anda telah membayar yuran keahlian!  Kelab - kelab ini juga mempunyai coaching/memberi tunjuka ajar secara professional. Serta menyediakan makan minum semasa perjumpaan (yeay!) Anda cuma perlu hadir dan lari!
Cons: Anda terikat dengan jadual kelab. Jika anda tertinggal, maka anda mungkin berasa malas untuk berlari seorang diri. Anda  akan terlalu bergantung kepada kelab, jadi mungkin akan menyusahkan anda apabila cuba berlari solo. Anda juga mungkin akan terlalu terikat dengan pacing kumpulan. Simone berkata" adalah penting untuk pelari tahu bagaimana untuk mengendalikan keletihan semasa berlari mengikut kemampuan masing - masing."
Do it Right: Buat semua - campurkan larian berkumpulan dan larian solo, bertukar - tukar jenis sesi  larian dalam seminggu supaya anda mendapat kebaikan dari kedua - duanya. Berlari bersama kumpulan apabila anda memerlukan motivasi. Lari solo apabila anda ingin menguji daya ketahanan dan meningkatkan stamina anda.




RUN IN CIRCLES
Pros: Pecahkan larian jarak jauh kepada pusingan. Misalnya anda ingin berlari 15km, jadi lari sebanyak 5km secara 3 kali pusingan(loop). "Anda boleh meletakkan air dan makanan di 'station" yang anda lalui semasa loop run"  . Loop run adalah sesuai jika anda memerlukan rehat di "station" yang anda pilih. Sekiranya anda berlari sekitar rumah, maka rumah anda boleh menjadi "station" anda, mudah untuk anda berhenti dan balik ke rumah sekiranya ingin ke tandas atau berlaku perubahan cuaca mendadak.

Cons: Loop run boleh jadi membosankan!

Do it Right: Simone mencadangkan anda bertukar -  tukar loop. Buat route berlainan untuk mengelakkan anda bosan. Ajak kawan berlari bersama untuk mengelakkan rasa bosan :).

Semua imej dari Google Image.

=====================================================
Diterjemah oleh saya sendiri (loosely translated) dari:

https://www.runnersworld.com/running-tips/4-ways-to-enjoy-long-runs/slide/4
======================================================

Bacaan lanjut:

1. Costas Karageorghis :
http://www.brunel.ac.uk/people/costas-karageorghis ,
https://www.acefitness.org/certifiednewsarticle/805/ace-sponsored-research-exploring-the-effects-of-music-on-exercise-intensity ,
https://www.runnersworld.com/workout-music/running-debate-running-with-music

2. Running with friends
https://www.runnersworld.com/race-training/running-friends-are-friends-with-benefits,
http://www.runningforfitness.org/book/chapter-2/join-a-running-club

No comments:

Post a Comment