Sunday 6 August 2017

Trip Bandung - Garut - Papandayan 2017 : Ketibaan

Alhamdulillah...trip yang dirancang sejak hujung tahun 2016 berjalan lancar. Ada sedikit hickup mcm berlama-lama dalam kereta sebab traffic jam(macet!) yang teruk..tapi semua nya berbaloi bila dihidangkan pemandangan yang indah-indah.Saya pernah ke Bandung bersama family few years ago tapi saya tak tahu banyak lagi destinasi menarik di Bandung/daerah sekitarnya.Sebab tahu Bandung famous bab shopping je. Yelah masa pegi tu bukan zaman-zaman cari adventure..tahu nya nak shopping je.

Ok lepas ni pandai dah naik bas..hehehehe




Trip yang asalnya main-main sebut je, kemudian direalisasi sebab masing-masing dah terbeli(dan kena paksa beli hahaha giler kejam group nih) tiket flight, kenalah pergi ya...

Day 1 ,Khamis ,3 Ogos 2017

Flight kami dari KLIA(KUL) ke Bandara Hussein Sastranegara (BDO) adalah pada 3 Ogos 2017, jam 8.10 pagi. Lepas a lengthy discussion for a period of few weeks..option yang kami ambil dari Kluang ke KLIA adalah dengan menaiki bas. Antara option lain adalah menaiki Startmart terus dari Kluang ke KLIA....RM55.00. Anyway, akhirnya beli tiket Kluang-TBS RM25.00 je.....Baru lah menikmati perjalanan kan..tak main la orang drive hantar naik kereta kah kah kah...fefeeling backpacker lah kan. Saya dah 14-15 tahun kot tak naik bas ekspress hahahahaha!!!oh my!

Oh ya our line ups

1. saya
2. Ain
3. Tasya
4. Gee
5. Yin
6. Yatt(Yatt ni dari KL) kami meet up di KLIA

Dari Kluang sehari awal(2hb), jam 8.30 malam, naik bas dan tiba ke Terminal Bersepadu Selatan(TBS) jam 12 tgh malam. Lepak di TBS, ngeteh sambil tunggu the earliest bus ke KLIA jam 3.00 pagi. Dari TBS tiba ke KLIA jam 4 pagi. Lepaking again, kemudian check in jam 5 pagi lebih kurang, lepak lagi di boarding hall smabil cas hp..ada yang ambil kesempatan berehat/berborak/tido di waiting lounge.


Ngeteh jam 2 pagi...di TBS
Sebelum ni datang sini tak perasan langsung view gunung ganang ni..ish ish..sebab sibuk uruskan anak-anak kot.



Landing time

Jam 7.25 pagi boarded the plane dan penerbangan bertolak jam 8.10 pagi, tiba di BDO jam 9.30 pagi, ambil luggage , kemudian sampai  je kat lobi, guide kami dah sedia menunggu. Bandara/airport Bandung ni kecik je...kedai pun tak banyak...hmm..lebih kurang macam Airport Sultan Abd Halim Kedah or Airport Kota Bharu kot. 

Atas permintaan, kawan-kawan minta guide bawa ke Pasar Baru sebab takut tak cukup masa untuk shopping ( sebenarnya banyak je masa, kecoh je lebih hahaha..actual plan, shopping pada last day sebelum balik). Actually this is a hiking trip, so trip shopping ni macam selit-selit je. So, kami berada di Pasar Baru lebih kurang jam 11 pagi, kemudian bertolak utk destinasi seterusnya, tak silap, nama daerah tu Pengkolan . Lunch otw, lewat juga lunch, dalam jam 2 petang. Semaa dalam perjalanan juga, minta guide berhenti mana-mana telco ( kedai telefon) dan beli simcard Indonesia (ooredo - 55000 rupiah kongsi 3 orang ). Sebelum beli tu menggeletis semua hah sebab tak boleh nak whatsapp ke suami/famili/anak-anak..hahhahahahahaha...rasain!Baru setengah hari takde internet dah sasau semua orang. Macam ni nak gi camping dalam hutan???hahahha adoiii...ni trip paling kecoh pernah ku join!

Sampai di Pengkolan dalam jam 3 petang, Rasya( Guide kami) bawa ke Dusun Bambu, Air Terjun Pelangi dan Grafika Cikole. Setiap satu tempat lebih kurang sejam je...sedang elok berada di Grafika Cikole, azan maghrib berkumandang, sambil tunggu Rasya solat maghrib, kami lepak di cafe di situ sambil makan pancake, pisang cheese dan sosej ( percuma sebab tukar/redeem dengan voucher tiket Grafika Cikole tadi). Gratis yaaa...hahahaha...kecuali pisnag cheese tu beli sebab nak merasa...hmm..biasa - biasa je pisang cheese sini...mungkin sebab bukan pisang cheese yang sira tu.Rasya kata, kalau sampai awal tadi, voucher tu boleh redeem flying fox lagi..aiseh..melepas....

Nasi ayam penyet along the way..kenapa ayam dia kecik..hahahahaha






Sekali sekala terlepas mcm ni lah hahahaha... trip release tension kan.


Our ride..Toyota Innova..just nice for 6 of us

Air Terjun Pelangi...




Muka penat layan macet sebenarnya..huwaa....maaf la, saya rasa saya memang x boleh drive kat Bandung!huwaa

Ada hobbit house tapi dah nak maghrib dan gelap...pusing-pusing mana sempat je

Ramai juga yang camping di sini..lupa tanya rate bermalam di sini..macam menarik..angin pun sepoi-sepoi..sejukkk

Mungkin inilah route perjalanan kami..agak-agak nya lah...

Lepas maghrib kami kembali semula ke Bandung, berhenti di Masjid Raya masa Isyak (tak sempat bergambar pun), siap mandi juga di masjid! Rare! Kakak-kakak di masjid semua tegur kami, siap ingat kami nak tido kat masjid sebab semua dah bukak beg hahahaha....sempat ada sorang kakak tu jual kerepek pisang dan kerepek cheese sambil berborak..tak apalah, rezeki dia. Sedap jugak kerepek pisang salai dia..cari-cari kat kedai lain lepas tu tak jumpa dah huhuhu...

Dalam jam 10malam, mula bertolak ke Garut, kira - kira 4 jam dari Bandung. Semua dah terlentok-lentok tertido..bangun tido borak , tido lagi,lepas tu Rasya sorang je berjaga sebab dia drive...hahaha nasib la nak...memang kitorg tido tak betul dah sebab bertolak naik bas malam tu kan..tido dalam bas sejam dua je...maklumlah dah nak mencecah 4series memasing, kalau jadual tido lari, tak boleh hahahaha..last2 dalam jam 1 pagi ,my friend Tasha minta Rasya (eh nama lebih kurang hahahaha) pull over and minta Rasya berehat sebab risau pulak dia mcm penat ( dia dah drive dari siang..)......maklum lah feeling mak -mak kan..overprotective dan  risau bila tgk orang penat tu tetap ada....Sempatlah kami melabuhkan mata di sebuah musolla dalam sejam...sejuk gila sebab dah berada di kawasan pergunungan. Macam jalan dari KK ke Kundasang. Finally kami tida di destinasi seterusnya (basecamp Papandayan) jam 4 pagi. Rasya kata awal lagi..jom tido lagi..hahahahah adoi ni trip apa ni asyik tido! ^_^    Ada kedai kopi/warung milik kawan Rasya, atas tu ada loteng, siap diberi pinjam sleeping bag sorang satu youuuu..(rasa mewah sgt dah tu tgh sejuk-sejuk mcm tu)dan jangkaan kami nak tido sampai jam 5.00 pagi...

....you wish!!!!! hahahahaha..dah sejuk-sejuk sampai menggigil tulang sumsum,, semua bangun jam 5.45 pagi..subuh gajah terus ( subuh kul 5 pagi). Apa pun, satu pengalaman baru...yang sangat menarik tido ramai-ramai di loteng ( not with Rasya of course!hahahaha dia tido kat bawah!)

Bersambung next post....terima kasih kerana membaca post yang panjang ini!

Credit pic: dari hp milik saya, Ain dan Rasya **



No comments:

Post a Comment