Monday, 7 August 2017

Mendaki Gunung Papandayan


Day 2, Jumaat - 4 Ogos 2017: Selamat pagi Papandayan...( Part 1, Day 1 baca di sini)

Semua bangun lebih kurang jam 5.45 pagi..mana yang boleh solat bergegas ke surau di sebelah warung/kedai kopi..sebab sumber air utk wudhuk atau nak ke tandas semuanya ada di surau. Besar jugak surau dia. Sebenarnya beberapa minggu lepas, kolam air panas Papandayan baru je dirasmikan... kawasan dia berpagar so..tak dapat ambil gambar. Kos masuk 25000rupiah, menurut kakak yang kerja di situ.

Lepas bersiap lebih kurang ( basuh muka je..nak mandi, memang boleh beku lah- sy estimate suhu maybe 10 darjah celcius masa di kaki gunung ni dan it was getting warmer bila matahari makin meninggi, tapi mcm suhu Cameron Highland lah), kami bersarapan dulu di warung kopi yang kami tumpang tidur. Ada juga yang cuma sarapan maggi which is a big no no to me ( sorry sy memang dah tak makan megi sejak form 3 err..since 22 years ago?????hahaha).Jadi semestinya saya order nasi goreng & telur dadar! Beserta teh o panas.



Subhanallah nikmat nya minum dan memegang secangkir teh o panas.....


Dalam jam 6.45 pagi kami memulakan perjalanan hiking kami. Satu destinasi unik sebab saya pernah ke Tangkuban Parahu sebelum ni tapi kat sana bukan nak kata tak berapa cantik, tapi too many warung dan kedai cenderahati sampai nampak macam pasar je. Di Gunung Papandayan ni, flora dan tanahnya masih terjaga, malah dikatakan Sabana ( Savanna ) Edelweis nya adalah antara yang tercantik di Indonesia! Oh ya, Gunung Papandayan ni, jenis kawah aktif ya, letusan terakhir tahun 2002. Banyak batuan-batuan kerikil sepanjang mendaki , trek agak landai dan santai. Bila kita lalu sebelah kawah, bau sulfur memang cukup kuat, terbatuk-batuk dibuatnya. Saya tak menjangkakan suhu sejuk melampau, so glove tak bawak, sweater tak bawak..buff pun tak bawak! Tak boleh harap betul!Boleh lupa benda2 mcm ni! Harapkan pakai baju 2 lapis dan windbreaker nipis tu jelah untuk menahan kesejukan.

Sepanjang perjalanan dihidangkan view yang sangat cantik tak terkata... oh ya basecamp tadi dah berada di ketinggian 1400m kalau tak silap..Gunung Papandayan berketinggian 2565m, so baki untuk mendaki/hiking cuma tinggal 800m. Lebih kurang Gunung Datuk lah. Kata Rasya sebab ramai yang leka ambil gambar, so biasanya 3 jam baru sampai ke Tegal Alun /Sabana( poin paling tinggi untuk pendaki santai..kalau nak teruskan lagi tapi perlukan lebih kurang extra 3 jam lagi..dan tiada view di puncak..memang biasa nya orang akan sampai ke Tegal Alun je).Dari pembacaan, sebenarnya Kawah Gunung Berapi Papandayan ni terdiri dari beberapa ekosistem / kompleks gunung ganang yang mengelilingi kawah Papandayan. Di mana kawah Papandayan? Di dataran sabana tu lah. Sebab kawah ini dah mati, ia berubah subur dan jadi padang sabana/savannah edelweiss. Unik bukan?Nama puncak - puncak gunung yang membentuk kompleks gunung : G. Malang (2675 Mdpl), G. Masigit (2619 Mdpl), G. Saroni (2611 Mdpl) dan G. Papandayan (2665 Mdpl) . Kawah utama ni Papandayan je dah mati, dah tak aktif, tapi ada 6 ke 7 kawah -kawah baru di Gunung Papandayan yang masih aktif. Kalau ikut pembacaan semakin lama keaktifannya semakin berkurangan ( kalau zaman dulu-dulu ada keluar lahar), keaktifan nya diukur dari jumlah gempa bumi yang dihasilkan, banjir lumpur panas dan asap tebal yang toksik. Dilarang membuat pendakian pada waktu lewat petang kerana banyak kabus dan asap gunung berapi toksik juga semakin menebal di sebelah petang.

Jom belajar geografi dan topografi sikit ! :) sumber: Kawah Papandayan


Ada campsite di satu lagi padang dataran di Gunung Papandayan, namanya Pondok Saladah, tapi sebab kami tak camping, so tak lalu lah di situ.

Makanya..meh la layan gambar sampai muntah hehehehe...

Ain, Gee, Rasya, saya, Tasya, Yin dan Yatt.

Pagar permulaan pendakian ( TWA - Taman Wisata Alami)
Dalam 5 minit berjalan, masih ada pokok2 rimbun

Dah berbatu batan....hati hati



Sekali sekala akan nampak beberapa penunggang motorcross menaiki gunung ni juga..sebab ada warung otw naik  atas ni..ada jual jajan, air mineral...



Haa...best kan ada warung /kedai kat gunung..tapi kitorg tak beli apa2..ada member yang singgah toilet otw turun je..

Surprisingly, air ini hangat!! sempat celup tangan di sini...best je air hangat di kesejukan pagi.


Kalau kita mendekati kawah, akan kelihatan tanah berwarna kekuningan - sulfur. Sy tak ambil gambar..so..ni kredit to this blog yeah.







Awan karpet menyapa mesra, cuaca sangat cerah hari tu




This shot was taken by Rasya. Nice!


Memang betul - betul santai..jalan sikit..snap..jalan sikit, snap gambar hahahaha..mujur guide sabar. Dah sampai sini mesti snap byk2 gambar ye tak.
Breathtakingly beautiful clouds.. taken by our guide

eh eh suke nau... hahahaha

Hutan mati....pokok-pokok ni mati sebab letusan gunung berapi..yang terakhir pada tahun 2002.







Selepas hutan mati, hutan nya berubah bentuk seperti hutan kat Malaysia ja..ada rimbunan pokok

Ada sedikit tanah pacak..dalam 10 minit memanjat.

cuaca mulai panas, tapi tak lah panas sgt, tak berpeluh pun kalau nak banding mendaki Gunung lambak confirm lencun baju(read: ketiak..haha)

Savanna edelweiss, tepat jam 9.45 pagi, kami tiba di Tegal Alun

Angin sejuk macam di Cameron Highlands walaupun matahari memancar

Rasa macam nak lari-lari kat sini oi...luas..terbentang..ok..kawal sikit perangai tu awak2  tu semua mak orang.



Jari pun nak posing


Lepas sini lebih kurang 1 jam...jam 10.30pg kami turun...
Our friendly guide bawa kedua-dua bendera Malaysia dan Indonesia!So thoughtful of him!!Kitorang satu hapah bendera pun tak teringat nak bawak!

Masa ni dalam perjalanan turun...

Termenung kejap..rasa nak duduk lebih lama...
Otw turun, di Hutan Mati jumpa sekumpulan remaja early 20s kot yang tanya jalan nak turun dari Hutan Mati..sebab kata mereka, mereka dari Pondok Saladah, tadi lalu jaluran (trek) lain. Seorang tu tanya saya," kakak dari mana , ada kuliah di sini kah?" mula - mula tak faham..kuliah apa ke nama pulak ni..

Rupanya dia ingat sy dan kawan-kawan ni pelajar universiti yang datang trip ke sini...saya tergelak-gelak.."dik kakak ni bukan pelajar kuliah lagi dah...tua dah.." hahaha kami gelak sama-sama... okaaaayyy fineee....ahem..rupa kami-kami ni,  defies age agaknya kih kih kih..





Semasa otw turun, terserempak pula sekumpulan wanita ni pakai baju sama, katanya nak ke Hutan Mati je..rombongan persatuan wanita daerah agaknye hehehe.. "kamu dari mana dik", diorg tanya..eh eh dia panggil kita adik lah..sebenarnya aku rasa aku lagi tua kot, tak pun sebaya!!! hahahahahaha...ehem ehem..sekali lagi ya...(sila jgn muntah)

"saya dari Malaysia".
" yok ambil gambar duluan.."
"Okay.." hehehehehe tak sangka ade gak org minta nak bergambar..fefeeling jumpa foreigner ke nih kih3

Saya sampai di pintu trail jam 12.10 tghari..sampai-sampai je dah azan Zohor

Sambil menunggu rakan-rakan yang masih sedang turun (xde la jauh sgt beza, 12.30tghari semua dah sampai bawah), makanya saya yang lapar order soto ayam dan capuccino 3in1 dulu hihiii...sejuk2 ni cepat lapar

Kabus mula menutupi kawasan gunung

Dah tak nampak apa dah..tak lama lepas tu kakak-kakak tadi pun turun, mungkin sebab tak nampak view, jadi mereka turun cepat2.
Selepas zohor, kami bertolak ke Bandung semula ... :) tiba di Bandung dalam jam 7.00 malam. Waduh macettttt... lebih kurang 5 jam dalam kereta nakkkk....

Peta trip Bandung - Garut . Campur jem jadilah 4-5jam! Mujurlah mak dah biasa berjalan jauh dalam kereta (bila raya kan travel Johor - Kelantan 8 jam..so 5 jam to nothing lah hahaha berlagak)..^_^ Kesimpulan nya, hiking di Gunung Papandayan ni, agak santai, sesiapa pun boleh hiking walaupun bukan hikers tegar....bukan hardcore macam gunung-gunung lain, sesuai lah status nya sebagai TWA( Taman Wisata Alam) - translated as: Taman Pelancongan Alam Semulajadi.

Jangkamasa naik 3 jam ( campur snap-snap gambar hahaha - kalau lari no belok-belok, 1 jam boleh sampai ni..wakakaka sukahati jek)
Jangkamasa turun 2jam santai-santai.

Nice new experience for us, santai-santai mendaki gunung berapi :) Info lanjut boleh dibaca di sini : Papandayan

Bersambung...

No comments:

Post a Comment