Monday, 17 July 2017

Mendaki Gunung Belumut 2.0 ( Belumut, revisited )

Trip 15 Julai 2017, Sabtu. Saya dan Kak Dyna tiba di parking Hutan Lipur Gunung Belumut pada jam 8.00 pagi. Agak nervous sebab lepas raya ni banyak makan dari bersenam hahahahaha....doa banyak2 semoga dipermudahkan perjalanan kami. Jam 8.30pagi baru lah semua ahli trip tiba. Stretching, sedikit ice breaking, dan mula mendaki jam 9 pagi. 

Trip kali ni, saya cuma kenal Kak Dyna dan Cgu Rox ( kawan2 running). Yang lain semua baru jumpa hari tu lah. Jumlah semua termasuk guide ( Zul ),15 orang. Yang saya ingat nama, Kak Mas, Abg Rahimi(suami Kak Mas), Farah, Che Da, Ain, Naza ,Raimi... yang lain- lain walaupun nama anda yang sy taip dalam permit..maaf tak tertangkap dek otakku hehehehe..

Oklah, entry bergambar je ye...

100plus beku...bila hiking, sedap tau minum sejuk2...boleh apply kalau rumah/ada fridge berdekatan heheheh.Dalam plastik merah is nasi gorengggggg :)
Huk aloh...sampai2...kami berdua je baru sampai..yang lain belum sampai..posing dulu
Stretching dulu - pic credit to  Raimi
Pic by Raimi

Pic by Raimi

Pic by Raimi
Che Da dan Farah
Ini pacat..... hahahaha...serius tak tau pun Belumut ada pacat banyak mcm ni! Memang epik serangan pacat hari tu!Kak Dyna diserang 6 ekor kat kaki....saya? setakat kat kasut n seluar sebab pakai stokin panjang.Pacat tak leh gigit.
CP 2 Batu Kerang


Ini lah CP3..trek pacak lagi legend










Masa ni dah nak sampai CP4- last waterpoint

Trek dari CP4 menuju ke puncak..berkabus,,sejuk..sebab pagi tu hujan.


Trip sebelum ni tak banyak ambil gambar, boleh dikatakan.trip ekspress masa tu...




Kami tiba di puncak sekitar jam 1 tghari, berehat dan makan tengahari dengan bekal masing2



Dan..acara seterusnya...... OOTD - outfit of the day!Tema HARI RAYA! hahaha





Ini kan raya :)

Tepat jam 2 petang, kami mula bergerak turun... dalam perjalanan, saya, Kak Dyna dan Naza menjadi peserta terakhir dalam group, sambil turun sambil selfie wefie lagi hahahaha...



Kaki gunung semakin hampir bila kita jumpa dan melangkah/memanjat 10-11 batang pokok tumbang ni..


Bila jumpa salur paip air ni..meaning..lagi 8-10 minit sampailah kat bawah :)
Kesimpulan perjalanan trip kali ni:

Mula mendaki 9 pagi
Sampai puncak 1 tengahari
Peserta terakhir sampai ke kaki gunung jam 5.30 petang.

Alhamdulillah..selesai trip Belumut 2.0 bagi saya... repeat? nope. hahahaha...kita ke gunung lain pula..tungguuuu...insya Allah.










Wednesday, 12 July 2017

Hari Raya Kami...2017

Dah hampir 2 minggu dari 1 Syawal, baru rasa nak update. Cut story short,

kami bertolak ke Kuantan dahulu pada 23 Jun, tidur semalaman di sana, dan bertolak dari Kuantan ke Kelantan pada 24 Jun. Menginap di Hotel Grand Continental as a surprise kepada anak-anak ;).Langsung tak beritahu mereka berdua yang kami akan menginap di hotel. Ketika masuk bandar Kuantan, kedua - dua tengah tidur. Bila dah sampai parking, terpisat-pisat tetapi menjerit kegembiraan bila dapat tahu stay di hotel. Mana tak sukanya..hotel means...swimming pool! :)


Kedalaman kolam ni 1.2meter..tak ada separator ke arah kolam yang makin dalam 1.6meter, jadi.kena alert dan jaga anak2 betul2. Utk Eein, 1 meter ni paras bahu dia je..utk si adik, kaki tak jejak dasar, so wajib pakai pelampung


Macam - macam gaya terjun


Suasana hari raya boleh lihat gambar di bawah :)

Us

The cucus and atok

Di rumah nenek :)

Tengah - tengah tu, nenek saya...

Electrical engineering 101 hahaha



Dari kanan, saya, my uncle pakcik Man, kakak, dan makcik Zah.


Sunday, 9 July 2017

Breaking own record!

Masa terpantas untuk saya mendaki ke puncak Gunung Lambak sebelum ni adalah 46minit.

Semalam, berjaya mendaki dgn tempoh 39 minit!

Hiking is not a race yea...saya saja suka - suka untuk menguji diri sendiri :). Bila balik..sengal2 juga rasa kakiku ini...heheheh..

Dan agak rare, otw ke puncak, nampak seorang misi siap beruniform mendaki gunung! Cayalah! Katanya baru balik kerja...terus hiking..fuiyohhh!

Salute!