Monday 8 May 2017

Gunung Datuk 2.0 with my students

Alhamdulillah rezeki...dapat naik ke puncak Gunung Datuk kali kedua pada 5 Mei 2017, dengan perancangan bersama anak-anak murid saya dalam tempoh 2 minggu sahaja. Kami dapat guide yang bagus , yang betul-betul guide dan jaga kami one by one sehingga lah ke tangga di batu .Sebenarnya boleh je naik Gunung Datuk macam tu sahaja, tapi memandangkan kami ni kumpulan yang agak besar, dan cuma sy seorang je yang pernah naik Gunung Datuk, maka kami rasa lebih terjamin sekiranya mengambil pemandu arah tempatan yang faham benar selok belok hutan dan arif hal - hal kecemasan. Semasa di puncak ada seorang pelajar perempuan cramp betis, mujur ok semasa nak turun. Kemudian beliau cramp sekali lagi di peha pula bila dah sampai kaki gunung. Selain itu tak ada apa-apa hal kecemasan dan kesulitan yang lain alhamdulillah....Kami mula mendaki pada jam 8 pagi, pendaki terakhir sampai di puncak jam 10 pagi, kemudian kami duduk kat puncak hampir 2 jam termasuk makan- makan bekal yang dibawa dan menikmati pemandangan,agak berkabus , sekejap je dapat tengok pemandangan.... turun semula jam 12 tengahari dan alhamdulillah jam 1 petang semua dah sampai bawah....

Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput saya menyertai acara ini :)

Bas parking jauh sikit, jalan sempit dan di atas tiada parking bas...kira - kira 1km dari kaki gunung.
Berjalan kaki ke starting point
Taklimat oleh encik guide..ada 2 orang guide, seorang di depan, seorang jaga belakang(sweeper)






Bergambar bersama-sama sebelum menaiki tangga ke puncak paling atas




Turun semula selepas lepak hampir sejam lebih hahahaha

Nama panggilan guide ni Apak..Apak memang jaga kami seorang demi seorang masa naik dan turun tangga
otw down..
Sempat lagi posing di sini sambil menunggu students hihi
Berjalan kaki ke bas semula....
Guide kami juga cover Gunung-gunung lain seperti Gunung Besar Hantu, Gunung Berembun - Telapak Buruk, Trans Yamtuan ( Datuk/Gagak/ Rembau), sekiranya berminat, boleh hubungi beliau , nama panggilan Bulan, 013 - 621 5068. :) Happy hiking.

No comments:

Post a Comment