Friday 7 April 2017

Zoo Melaka - The unplanned trip

Ada urusan di Bangi/Seri Kembangan pada 6 April ,lepas tu memang plan asal terus balik je keesokkannya (kami tidur di Bangi Gateway Hotel-booked by Agoda RM90 je).

Then ternampak iklan /banner Farm in The City, Aisy tanya tu kat mana, kami cakap kat KL ni lah..lepas tu dia diam. Tak minta nak pergi, dia sibuk bergurau dgn kakak nya (sbnrnya bergasak dalam kereta hahahah)...tapi bila anak dah tanya, maka mama nya google la..oh..kat Seri Kembangan je ..tengok harga tiket RM116.00 untuk 4 orang ( 2 adults, 2 child). Kemudian buka jam 10 pagi. Then hubby ckp, why not kita pergi Zoo Melaka je...on the way balik. Kalau bertolak dari Bangi jam  pagi mcm tu, dah sampai kat Zoo kul 10 pagi...

Kalau nak ke Farm in The City kena tggu lagi farm tu buka..so jam 8 pagi selepas sarapan ( not included in hotel) , kami pun bertolak lah pulang ke Johor, memang lalu pun Zoo ni kan. Dan harga tiketnya pun sangat la berpatutan, tak mahal sangat ( RM17.80 dewasa, RM7.10 kanak - kanak bawah 12 tahun - harga untuk mykid /mykad holder). Total baru RM49.80 utk 4 pax.Jimaaattt hehehehe...memang tepat jam 10 pagi kami tiba di sini.

Beg hiking juga pilihan hati...senang nak bawak air minum, beg duit hp etc. Kalau handbeg, senget bahu bawak 2 x 500ml air mineral.Kita hike dalam zoo ye
Jangan terpedaya dengan senyum manisnya.kat entrance parking dia dah merengek2 nak topi lah payung la...confirm lah mahai. RM10 seketui. Padahal harga kat Mr DIY agaknye RM3 hahahahaha

Cuaca redup sebab pagi lagi..tambahan banyak pokok-pokok melindungi cahaya matahari.


Sukaa...lepas bebas ye... orang pun tak ramai

Macam faham je baca peta














Seikat tebu dalam RM5 .. kalau takde tebu gajah tak mai dekat ^_^









Monyok je..hihi bad mood ke?

Ni kat entrance tapi aktif sangat asyik turun naik batang pokok..tak boleh nak ambil gambar betul-betul
Jam 11 pagi.selesai kami round satu zoo :), time to go home! Jauh lagi perjalanan nak ke Kluang ! Secara keseluruhan, saya dan keluarga sangat berpuas hati datang sini... saya bagi 4 bintang dari 5 bintang! Suasana yang kondusif, haiwan semua nampak sihat dan nampak relaks, nampak happy masing-masing (datang time makan pagi hahahah semua sibuk makan), capibara pun tayang punggung je sebab sibuk makan. JAlan-jalan...dongak atas, memang ada gibbons/ungka/ monyet/beruk semua duk lepak atas pokok ( tanpa pagar!) tapi mereka tak kacau orang! Maybe yang di dalam cage tu sama ada comel sgt takut org usik, ganas atau dia usik orang kalau dilepaskan . Berbaloi datang sini wpun unplanned, tiket pun berpatutan . Sekian...

No comments:

Post a Comment