Saturday 29 April 2017

Aiskrim gula apong

Yes, finally saya jumpa juga aiskrim ni! 3kali datang Srawak, kali ke4 membuahkan hasil hahahaha...poyo je kan..sebab ada member suruh rasa, so kita cari...

Sama je mcm aiskrim sundae tapi beza sedikit sebab ada tambah gula apong. Verdict?Manesss.... memangs edap tapi tak boleh makan selalu..haha lagipun kami gi beli mangkuk besar, bercinta nak habiskan..kalau cup kecil RM2 je.. semangkuk besar RM5. Kami ke Dp Ice Cream Gula Apong, bersebelahan Kapit Hotel.




Jom baca info aiskrim ni dari Sarawakiana.net , artikel tahun 2015

Berlokasi di Jalan Padungan bersebelahan dengan Kapit Hotel, Masni Datuk Haji Pawadi, 27, dan suaminya, Mohd Supian Lopok, 28, kedua-duanya berasal dari Tabuan, Kuching gigih mengusahakan perniagaan mereka; "DP Ice Cream Gula Apong" disana sejak dua bulan yang lalu.

Biarpun sibuk dengan perniagaannya, ibu kepada lima orang anak ini yang murah dengan senyuman ketika melayani pelanggan yang singgah di kedai mereka, sempat meluangkan masa untuk ditemubual Sarawakiana petang tadi.

"Perniagaan ais krim memang jarang diceburi oleh Bumiputera dan secara kebetulan, ayah saya mempunyai resepi ais krimnya yang tersendiri maka kami memulakan perniagaan menjual ais krim gula apong," kata Masni apabila ditanya mengapa beliau memilih untuk mengusahakan perniagaan ais krim.

Menurut Masni, kedai ais krim gula apong di Padungan merupakan cawangan ketiga dibuka oleh keluarganya dimana kedai pertama terletak di Tabuan sementara ahli keluarganya yang lain juga membuka kedai ais krim di Satok Uptown yang beroperasi hanya di hujung minggu.

Dengan sewaan kedai sebanyak RM1,000 sebulan, Masni berkata, mereka mampu menjual sebanyak lebih 1,000 mangkuk ais krim (25 - 30 gelan bahan) dalam sehari dengan menggunakan dua mesin ais krim khas.
 
Memang ramai, masa sy tgh makan, lepas saya order, ramai orang beratur, tapi saya gi waktu siang(petang). Imej dari Hungrygowhere

Imej dari Hungrygowhere
 

Tuesday 25 April 2017

Mendaki Gunung Santubong via Bukit Puteri

Alhamdulillah, bersiaran lagi setelah kali kedua mendaki Gunung Santubong. Memang betul-betul mountain calling nih hehehe...sebenarnya saya terlibat dengan satu seminar berkaitan kerja di Kuching Sarawak pada 23 April, sengaja datang awal sehari supaya boleh hike Gunung Santubong pada 22 April. Kali ini mendaki dari trail Bukit Puteri.

Arrival JHB-KCH ...21 April, jam 10.00malam.
Mestilah register dahulu di Pondok Warden Taman Negara Santubong (FOC no permit needed)

Posing itu wajib, mummies turn acah2 backpacker

Friendly kitten menegur kami pagi tu...
Selepas register nama dan park kereta, jalan kaki sejauh 1.5km ke trail Bukit Puteri,tepat jam 7.45 pagi mula hiking dari sini.



Dalam 10 minit hiking, nampak view ni

Terserempak dengan 4 orang lagi hikers dari KL dan Miri(terus jadi hiking buddies pagi tu)
8.15 pagi , sampai di F7 , simpang antara Bukit Puteri dan Trail Taman Negara



Having fun at the stairs ( be careful please!)
Di F14, lagi 5 minit nak sampai puncak...

10.15pagi, tiba di puncak...ada signboard baru lah!

Wajib bergambar!
Cuaca cerah,tiada kabus seperti masa saya naik kali pertama


Layan.....


Semua menikmati panorama yang indah....
Jam 11.15 pagi, kami mula menuruni Gunung Santubong dan tiba ke kaki gunung jam 1.15 tghari. Mula terasa penat nak menapak ke pondok renjer, kami meminta tolong hiking buddies KL tadi menghantar kami ke pondok tadi..terima kasih! Still keep in touch dengan salah seorang kenalan baru tadi iaitu dengan Arnee yang berasal dari Miri. Alhamdulillah..Gunung Santubong 2.0, completed.

Google Map, Kuching ke Santubong

Tuesday 18 April 2017

Berpergian


Bakal berpergian lusa...

untuk apa? stories later...:) sahaja aku bermusafir demi ilmu dan menikmati keindahan alam kurniaan Allah  :) ...panjang pula jodoh dengan Kuching, Sarawak dalam 2 tahun ini ..:)semoga dilancarkan dan dipermudahkan urusan.



Friday 7 April 2017

Zoo Melaka - The unplanned trip

Ada urusan di Bangi/Seri Kembangan pada 6 April ,lepas tu memang plan asal terus balik je keesokkannya (kami tidur di Bangi Gateway Hotel-booked by Agoda RM90 je).

Then ternampak iklan /banner Farm in The City, Aisy tanya tu kat mana, kami cakap kat KL ni lah..lepas tu dia diam. Tak minta nak pergi, dia sibuk bergurau dgn kakak nya (sbnrnya bergasak dalam kereta hahahah)...tapi bila anak dah tanya, maka mama nya google la..oh..kat Seri Kembangan je ..tengok harga tiket RM116.00 untuk 4 orang ( 2 adults, 2 child). Kemudian buka jam 10 pagi. Then hubby ckp, why not kita pergi Zoo Melaka je...on the way balik. Kalau bertolak dari Bangi jam  pagi mcm tu, dah sampai kat Zoo kul 10 pagi...

Kalau nak ke Farm in The City kena tggu lagi farm tu buka..so jam 8 pagi selepas sarapan ( not included in hotel) , kami pun bertolak lah pulang ke Johor, memang lalu pun Zoo ni kan. Dan harga tiketnya pun sangat la berpatutan, tak mahal sangat ( RM17.80 dewasa, RM7.10 kanak - kanak bawah 12 tahun - harga untuk mykid /mykad holder). Total baru RM49.80 utk 4 pax.Jimaaattt hehehehe...memang tepat jam 10 pagi kami tiba di sini.

Beg hiking juga pilihan hati...senang nak bawak air minum, beg duit hp etc. Kalau handbeg, senget bahu bawak 2 x 500ml air mineral.Kita hike dalam zoo ye
Jangan terpedaya dengan senyum manisnya.kat entrance parking dia dah merengek2 nak topi lah payung la...confirm lah mahai. RM10 seketui. Padahal harga kat Mr DIY agaknye RM3 hahahahaha

Cuaca redup sebab pagi lagi..tambahan banyak pokok-pokok melindungi cahaya matahari.


Sukaa...lepas bebas ye... orang pun tak ramai

Macam faham je baca peta














Seikat tebu dalam RM5 .. kalau takde tebu gajah tak mai dekat ^_^









Monyok je..hihi bad mood ke?

Ni kat entrance tapi aktif sangat asyik turun naik batang pokok..tak boleh nak ambil gambar betul-betul
Jam 11 pagi.selesai kami round satu zoo :), time to go home! Jauh lagi perjalanan nak ke Kluang ! Secara keseluruhan, saya dan keluarga sangat berpuas hati datang sini... saya bagi 4 bintang dari 5 bintang! Suasana yang kondusif, haiwan semua nampak sihat dan nampak relaks, nampak happy masing-masing (datang time makan pagi hahahah semua sibuk makan), capibara pun tayang punggung je sebab sibuk makan. JAlan-jalan...dongak atas, memang ada gibbons/ungka/ monyet/beruk semua duk lepak atas pokok ( tanpa pagar!) tapi mereka tak kacau orang! Maybe yang di dalam cage tu sama ada comel sgt takut org usik, ganas atau dia usik orang kalau dilepaskan . Berbaloi datang sini wpun unplanned, tiket pun berpatutan . Sekian...