Wednesday 8 March 2017

Kegunaan hiking pole @ tongkat hiking

Penggunaan tongkat hiking atau hiking pole merupakan salah satu option bagi pendaki...tak semestinya orang yang sakit kaki sahaja menggunakannya....jom baca!

Saya dan hiking pole yang disewa di kaki gunung Kinabalu ( RM10 untuk kegunaan 2 hari)


Perkongsian dari post saudara Shah Redza di page HACAM ( hiking and camping around malaysia)

Hiking pole dan hiking stick ada pelbagai guna. Ia multi functional untuk keadaan tertentu dan kecemasan. Sebahagian dari kegunaan saya share di bawah..

1. Untuk membantu imbangan badan bila hiking. Kesan Tripod walking pole dapat memberi lebih stability. (Sebagai kaki ketiga)

2. Untuk menguji kedalaman sesuatu tempat..seperti sungai, paya dan lubang. Ia juga dapat memberi gambaran tanah; tanah lembut, keras atau sebagai nya sebelum dipijak.

3. Boleh digunakan sebagai mono pole untuk perlindungan sementara bersama poncho, fly atau groundsheet.


4. Boleh di gunakan sebagai 'splinter' first aid jika perlu stabilkan luka seperti patah dan sebagainya.


5. Sebagai leverage tool bila mendaki atau turun dari tempat curam. Walking pole dapat mengambil tekanan atau pressure dari kaki atau lutut ketika mendaki.


6. Sebagai alat perlindungan memberi jarak dari binatang liar dan hiker. Ini dapat memberi sedikit jarak selamat dan jika perlu ia boleh dijadikan senjata untuk memukul sementara.


7. Sebagai alat untuk mengambil benda tinggi seperti buah buahan, sarang burung dll di dalam situasi kecemasan. 


8. Alat untuk menyangkuk barangan tinggi dari tanah.


9. Menarik rakan atau barang yang jatuh didalam lubang atau semak. *walking pole tidak sesuai untuk keadaan ini. Walking stick yang keras lebih sesuai digunakan.


Pelbagai jenis handle(pemegang)

Pelbagai jenis body dan locking system , yang ada klip di luar tu external locking system, yang tak ada klip tu, internal /telescopic locking system.
Gambar menunjukkan jenis lipatan/ adjustment tongkat. Kiri : tongkat boleh lipat dan biasanya boleh digunakan untuk memasang khemah atau fly juga. Tengah: Tongkat telescopic 2-piece, sesuai untuk diisi/disimpan dalam beg hiking bila tidak digunakan.Kanan: 3-piece hiking pole, lebih compact, mudah dibawa, dan paling lazim digunakan. Rujukan: Outdoorgearlab
Kadangkala ada masanya kita mungkin memerlukan 2 tongkat sekaligus
Gambar hiasan:semasa di Gunung Nuang, saya dapati tongkat sy amat berguna bila merentasi sungai walaupun sungai tu cetek je.
Pelbagai saiz basket.Sumber: Outdoorgearlab
Sebagai tiang fly/khemah ( jimat tak payah bawa lebih tiang).Sumber: Outdoorgearlab.
Bahagian-bahagian pada tongkat.Sumber: Keenfit

______________________________________________________________

Tambahan dari saya, tongkat hiking ni ada 2 jenis iaitu hiking/trekking pole dan hiking stick. (rujukan : Adventure buddies)

Hiking/trekking pole(sesuai digunakan di gunung ganang dan bukit)
1.Biasanya terbahagi kepada 3 section samada teleskopik atau boleh lipat.
2.Ada basket dan basket boleh ditukar mengikut keadaan semasa ( snow basket,sand basket etc),basket boleh dibuka sekiranya tak mahu guna.
3.Ketinggian boleh diubah/dilaras.
4.Biasanye mengandungi carbide di hujung untuk digunakan di tanah/ais/salji/bukan batuan tar.
5.Juga mempunyai rubber tips yang boleh dibuka. Rubber tip boleh diguna sekiranya kita sakit kaki dan ingin menggunakan tongkat ini sebagai healing support.Terdapat juga tongkat yang boleh dibeli dengan pelbagai jenis rubber tips.
6. Strap system biasanya bertali untuk elakkan tongkat jatuh/terlepas
7.Cara penggunaan: tongkat diletakkan di hadapan semasa berjalan.

Hikingstick/walking stick( digunakan di permukaan rata dan tidak terlalu curam seperti jungle trekking)
1.Terbahagi kepada 2 @3 section, boleh lipat.
2.Lightweight tetapi ketinggian biasanya tak boleh laras.
3.Mempunyai padded strap system untuk keselesaan pengguna.
4.Mempunyai rubber tips.
5.Cara penggunaan: tongkat diletakkan di satu angle biasanya ke tepi dan belakang 

Harga
Harga hiking pole bergantung kepada jenama, kalau jenama tu popular dan branded(terbukti tahan lama dan lasak), sediakan budget RM100-200 ke atas. Namun di online banyak hiking pole buatan Korea dan China yang agak murah iaitu RM20 - RM50. Kalau untuk kegunaan kerap tetapi bukan hardcore macam saya, boleh la beli berpatutan dengan budget anda (saya ada 2 tongkat saya beli online, satu brand Gelert RM29.90 dan lagi satu beli di Lazada -jenis antishock absorber, RM39)....pastikan  jaga elok2, bersihkan selepas digunakan supaya tak cepat rosak ya.

No comments:

Post a Comment