Sunday, 26 February 2017

Mendaki Gunung Santubong via Taman Negara Santubong Trail

Idea ni muncul dari tahun lepas lagi, sejak pergi seminar di Kuching Ogos tahun lepas, saya dan suami dah set eyes kat Gunung Santubong dan  simpan  tersemat di qolbu gitu,satu hari kami berdua mesti sampai puncak gunung ini. Kiranya macam, bila dah set eyes pada satu-satu gunung, akan usaha untuk menjejaki puncaknya! Dalam kesibukan urusan harian, bila ada promosi tiket kapal terbang mesti recce dulu kan..akhirnya pada Disember lepas, berjaya juga booking tiket yang dirasakan harganya agak reasonable berbanding harga  bulan -bulan lain . Tarikhnya adalah depart pada 23 Februari dan return pada 25 Februari 2017.


Last year pic: Other angle of Santubong, nampak tak bentuk terbelah tu? katanya tu kepala puteri Santubong retak dialun aluk belida Puteri Sejinjang...
View pada pagi 24/2/2017,berkabus.

Itinerary dalam kepala je, takde la buat catitan pun. Lebih kurang begini ya, asalnya group kami 4 orang tapi akhirnya yang confirm jadi, 3 orang sahaja. Jadi tinggal lah bertiga sahaja. Jadi, line up cuma 3 orang, saya, suami dan kawan suami iaitu Cikgu Nik.Itinerary nya:

23/2/2017 :
-flight Air Asia JHB-KCH jam 8.00 malam , tiba di airport 9.30 malam(RM168.00-return ,no luggage)
-ambil kereta sewa ( pick up di airport jam 10 malam),sewa kereta plus cas hantar ke airport RM110 + RM30.00,
-check in dan tidur di One Point RH Plaza Hotel 1 malam ( RM60).Tidur di area aiport sebab lebih dekat nak ke Taman Negara Santubong( 30km +)

24/2/2017:
-bertolak selepas subuh ke Taman Negara Santubong,
-akan menghabiskan masa hingga petang di Gunung Santubong
-petang akan  check in ke Tune Hotel Waterfront,Kuching ( RM94.00) ,35km dari Santubong
-Petang/malam: plan shopping/makan malam di Kuching Water front

25/2/2017:
-pagi plan nak jogging di waterfront, sarapan, rehat, check outjam 11 pagi, ronda-ronda dan makan tengahari, mesti ada di airport at least sebelum 4.30 petang , flight  KCH-JHB jam 6.30 petang.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar mengikut itinerary cuma jogging di Waterfront tu jadi singkat sebab hujan..dapatlah jogging 1 km lebih je....yang penting misi utama iaitu menjejak puncak Santubong tercapai, iaitu satu pengalaman baru bagi kami, dengan trail yang berbeza dari gunung-gunung lain yang pernah didaki...

So, sharingnya begini....

Hari kedua tu, selepas subuh, terus bertolak ke Taman Negara Santubong, kami set waze Kampung Budaya Sarawak. Asalnya ada seorang lagi sahabat yang memang asal dari Kuching nak ikut, namun tak jadi sebab ayahnyatak sihat dan beliau menjaga ayahnya, mcm tak sesuai lah kalau dia ikut.Terlepas simpang Taman Negara 2 kali sebab agak tersorok, lalu bertanyakan orang kampung direction yang betul..rupanya kat sebelah stesen janakuasa SESCO, tapi orang kampung duk sebut JKR..JKR..mana lah nak jumpa hahahahaha

Bergambar dulu.... sebelum mula mendaki.




8.15 kami mula hiking...Permulaan trek..seems normal

Dibantu dengan beberapa laluan papan/kayu...
Menyusur tepi sungai dan melintas anak sungai..sebijik macam di Gunung Nuang
Licin..hati-hati, rugi kalau jatuh tergelincir awal2..nanti sakit kaki nak meneruskan perjalanan..


Waterfall yang cantik...
Ada pondok lagi..menurut renjer, weekend biasanya anak-anak kampung datang trekking dan mandi di sini.Sebelum sampai sini ada batuan curam dan bertali..90 darjah!
10.00 pagi,sampai di persimpangan Bukit Puteri (F7), laluan diberitakan semakin sukar selepas checkpoint ini

Cuaca berkabus sebab malam tadi hujan....

Reminder, cut off time adalah 3.00 petang. Kalau lewat nanti gelap , susah nak cari jalan pulang...

Jeng jeng jeng trek mula mencanak
Mencanak tapi cantik..nyaman gitu
Salam perkenalan kata encik tangga
Ada anak tangga yang patah..warden hutan dah bagitahu, sat gi dia nak gi repair..hati2..pesannya..tangga ni licin lepas hujan..
Kekuatan tangan adalah diperlukan, jangan lupa pakai glove, kalau tak memang berbirat la tapak tangan...kepakaran bergymnastik adalah satu kelebihan sebab jarak anak tangga dia lebih sekangkang manusia hahahahahaha

Boleh lah senyum lepas berjaya turun naik tangga..hahaha bila naik and tangga goyang, siap peluk tangga erat2 huwaaaaa
Nah..belanja view tangga lagi...ada 9 jenis tangga macam ni, beza nya tinggi rendah..yang di F11 ni paling tinggi...
Tiba di puncak jam 11.50 pagi.... dilitupi kabus. Dalam jam 12.30 baru kabus menghilang...ikutkan kami dah nak turun, tapi sebab view cantik sangat, kami stay sampai jam 1 tengahari...




View sebelah kiri puncak....masih ada kabus...
Otw turun, masa turun baru nampak view laut...


Selepas je kami menuruni F11, terserempak geng warden hutan nak naik repair tangga.... yang baju biru di atas tu yang kami jumpa pagi tadi..umur beliau 56 tahun ya.
2.45pm sampai di persimpangan Bukit Puteri/F7, , kami decide mencuba laluan lebih dekat iaitu pintu Bukit Puteri....
Lebih landai...1 km sahaja dari F7 ke jalan raya,tiada view waterfall dah di sini,pokok-pokok hutan sahaja.Saya perasan juga, banyak rama-rama cantik di sini tapi hp tak berapa power nak zoom. Kalau bawa DSLR telezoom/macro lens lebih sesuai.

3.15 petang, keluar dari hutan..reach down!
1.5km lagi dari parking di pintu Taman Negara, jom jalan!Sunyi sebab hari kerja, menurut warden hutan, kalau weekend dua-dua pintu ni ramai orang.
Ringkasan hiking kami

8.05 pagi: tiba di pintu Taman Negara Santubong,daftar nama
8.15 pagi: mula hiking
10.00 pagi: tiba di persimpangan Bukit Puteri aka checkpoint F7(2.5km)
11.50 pagi: tiba di puncak Santubong 810.2 mtrs asl(1.3km)
1.00 tghari: mula turun
2.45ptg: tiba di F7 semula(1.3km)
3.15 ptg: tiba di kaki gunung pintu Bukit Puteri ( 1km)
3.30 ptg:tiba di parking

Kemudian, selepas sedikit pengurusan diri(mandi, tukar baju), kami bertolak ke bandar Kuching yang terletak 35km dari Santubong,check in hotel, makan ,shopping kek lapis(hahahaha) dan rehat...

Flight balik adalah pada jam 6.30 ptg keesokan harinya(25/2/2017).

Di bawah adalah peta yang diberi sebagai panduan, boleh minta di pintu Taman Negara. Kalau ada rezeki lagi, kami akan cuba hike dari pintu Bukit Puteri( park di pintu Taman Negara dan berjalan kaki ke Bukit Puteri..echeh..tetiba plan nak datang lagi ya..hahahaha)

Laluan kami adalah yang bertanda merah(naik) dan turun melalui Bukit Puteri Trail.

Pesanan:

1.Bawa air sekurang-kurangnya 3 botol mineral kecil. Kami underestimated bab air minum , bawa 2 botol seorang. Sudahnya saya pulak yang kerap minum air sebab badan rasa dehydrated, cilok air suami dan kawan dia hahahaha... diorg tak minum banyak air. Turun bawah kami gelak2 pasal air ni..padan muka..konon sebab kat Kinabalu 2 botol kecil pun tak habis, sekali kat Santubong tak cukup air pulak. Warden hutan pun pesan benda sama, pastikan air minum cukup, sebab banyak kes cramp atau lambat turun jadi masalah sebab bila air minum tak cukup, pendaki boleh dehydrated dalam hutan dan perlu bantuan untuk turun....

2.Untuk jarak lebih dekat dan tempoh pendakian lebih singkat, dicadangkan guna trail Bukit Puteri tapi park dekat Taman Negara sebab lebih secure.

3.TOLONG LAH BE A RESPONSIBLE HIKER- BAWA TURUN SAMPAH ANDA! Geram tau tengok banyak sampah dan botol-botol di puncak..nak tolong kutip memang tak mampu sebab fikir nak bawak diri menuruni tangga lagi..haih..sedih betul bab ni!

3 comments:

  1. Assalamualaikum..
    saya nk tnya, kt mana akak beli hiking pant ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam warahmatullah....

      saya beli bundle...ada yang sy beli di pasar rabu kluang ( masa tu ada ekspo), kemudian yang yang beli online bundle.. boleh check fb : alya abdullah atau essai tee .kadang2 kat kaki gunung lambak ada orang bukak gerai bundle sekali sekala..

      boleh juga cari instagram bundle_outdoor.

      happy shopping!

      Delete
    2. thank you so much kak for sharing :)

      Delete