Monday 30 January 2017

Mendaki Gunung Nuang via Pangsun,Part 1

Gunung Nuang Chart mengikut jarak (km) .Sumber : Malaysia Traveller 

 Satu trip yang agak ad hoc sebenarnya..antara ya ke tidak nak pergi. Kemudian semasa cuti CNY ada pulak urusan di Selangor..maka..trip ini menjadi realiti! Asalnya nak pergi berdua je...tapi beberapa hari sebelum tarikh trip, kami disertai oleh 2 orang lagi kawan hubby, the more, the merrier! Jadi lineup terdiri dari saya, suami( Cg Fly), Cg Nik & Cg Zulhelmi. Semua ni kawan-kawan hiking hubby juga (biasa hiking Gng Lambak bersama-sama sejak beberapa bulan yang lepas.).

Jadi, hari Sabtu bertolak ke Kajang untuk urusan tersebut, selesai urusan, menginap di hotel budget di Kajang. Petang tu kami pusing-pusing di area Hulu Langat untuk mencari daerah Pangsun, iaitu tempat terletaknya Hutan Lipur Nuang. Ini penting untuk merancang perjalanan pada keesokan harinya. Hotel kami terletak kira - kira 30minit dari pintu masuk Hutan Lipur Nuang. Ikutkan memang jauh, tapi resort sekitar Hutan Lipur Nuang samada dah penuh atau terlalu mahal (nama pun trip budget dan ad hoc kan..).Petang tu juga kami mencatat nama di buku pendaki dan membayar RM1 untuk pendaftaran kepada pakcik yang duduk di pondok berdekatan starting point mendaki....

Plan asal nak hiking lepas subuh (6 am), kemudian pada malam tu plan berubah lagi mengikut persetujuan semua. Plan baru  mendaki jam 4.30 pagi, dan solat subuh di trek!

4.30 am. Mula hiking di trek balak(sini banyak pokok buluh..tak faham kenapa dipanggil trek balak...hehehehe..nantilah kita cari historynya).Jarak lebih kurang 5km. Masa naik ok lagi..masa balik nanti...kunamakan trek ni trek psiko.Hahaha nanti cerita

Sampai pondok je...usha nama pondok dan berapa km dah berjalan...ada 6 pondok rehat sepanjang perjalanan, ikut suka lah nak berhenti atau nak teruskan..pagi tersebut, kami tidak singgah mana-manan pondok kecuali pondok di akhir trek balak...

jam 6 pagi, kami berhenti solat subuh sebelum permulaan river crossing(pondok ke6). Sejuknya ambil wudhuk di sungai!Jam 6.20am mula hiking semula.Abaikan km tu..sebenarnya masa sampai di sini baru 5km..strava ter over sensitif kira jarak pula...

Ada signboard dan peta..trek agak jelas tapi kalau tak biasa boleh confuse sebab ada pokok tumbang dan trek tak berapa nampak.

Sampai Kem Lolo jam 6.50 pagi.Banyak khemah di sini tapi gelap..tak nampak pun kalau ambil gambar. Ada sebanyak 5 kali menyeberangi sungai ( berpijak pada batu-batu sungai),air mengalir deras tapi tak lah dalam...cetek paras lutut..kalau pijak atas batu, insya allah tak basah sgt pun unless tergelincir...jalan kasut basah kuyup..berat ooo...Kami cross berhati-hati sebab nak elak tercelup kaki, basah satu hal...sejuk lagi...jauh lagi puncak ni. Kalau rajin, bukak je kasut kalau takut basah...

Yes..7am dah cerah! Dalam hutan tebal , cahaya matahari lambat menembusi..dah boleh bukak headlamp...adoi..rasa rimas juga sebab ikat di dahi dan berpeluh.

Banyak pokok buluh....tongkat hiking(hiking pole) banyak membantu semasa hiking. Jangan sesuka bersandar atau pegang pokok/pokok buluh..ada pokok berduri di sini.Pokok buluh pulak..ada miang dia. Boleh juga pakai glove separuh tu...




Licin..hati-hati.



Pelbagai bentuk muka bumi sebelum sampai ke Dataran Pacat

Jam 8.40 pagi kami sampai di Dataran Pacat (Pacat Campsite)




Berjalan ke hadapan kem pacat sedikit..mulai trek memanjat batu..ok simpan hp...pertama, bahaya sebab takut kita tergelincir..kedua..kalau hp jatuh satu hal nak turun balik lepas tu nak naik semula..hisshhhh nauzubillah!

Muka gembira sebab dah sampai Puncak Pengasih! Trek ini macam trek Gunung Lambak cuma 3kali ganda jauh kot..hushhh....
Trek selepas Puncak Pengasih banyak lumut...



Ulat comel
Feeling macam mossy forest pulak...memang sejuk..mungkin sebab malam tadi hujan..atau memang di sini sejuk? bila berckap keluar wasap .tapi takdelah sampai menggigil

Suami bersama sahabatnya Cg Nik.MAsa ni kami sedang menunggu Cg Zulhelmi
Banyak lumpur...kalau tenggelam kaki..memang tercabut kasut, area Puncak Pengasih ni kalau berhenti sekadar melepaskan lelah 3-5 minit ok..tapi kalau nak berhenti lama, mcm tak sesuai sebab byk sangat lecak/lumpur.
Jam 11 pagi..kami sampai ke puncak Gunung Nuang..1493meters asl...alhamdulillah!Puncak ke10 yang saya gapai , rupanya milik Nuang...


Trivia: di kawasan hutan lipur Nuang, line telefon tak berapa nak ada..... celcom je ada itupun putus-putus.... sampai puncak tak ada line terus...sebab itu penting untuk mencatit nama di pintu masuk Hutan Lipur...jangan lupa jugak maklumkan ahli keluarga atau rakan sebelum mendaki...just in case...

Bersambung...

Mendaki Gunung Nuang Part 2

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Pakai app apa tu? Macam menarik boleh track masa.

    Misi Menawan Gunung Nuang

    ReplyDelete
    Replies
    1. apps Strava. Boleh juga guna lain-lain apps.. Nike Running , Runskeeper . Download je kat google play store

      Delete