Tuesday 31 January 2017

Mendaki Gunung Nuang via Pangsun, Part 2

Amboi ada part 2 pulak...layan je lah...
(Part 1 di sini: Mendaki Gunung Nuang Part 1 )


View empangan...nama empangan tak pasti..empangan Pangsun agaknya.
Batu sempadan negeri Pahang dan Selangor : Pahang side.

Batu yang sama, Selangor side.




Dalam jam 11 sampai puncak, lebih kurang sejam kami berehat, makan sandwic tuna, berbual dengan pendaki lain ( 2 student Master dari UPM), seorang Indian Gentleman yang akan ke Everest Base Camp bulan April ni ( bestnya), dan beberapa orang lagi. Siap makan limau lagi (CNY kan), ada lah 4 bijik saya bawak dalam beg.Hahahaha...

Kemudian jam 12 kami mula turun, sebab target nak sampai kaki gunung sebelum jam 5.

Smile, Johnny!Sado betul badan dia..hari-hari ihking!
Lalu Dataran Pacat, jumpa 2 ekor makhluk ini. Memula kami dok panggil dog..dog..boy la...dia buat dek je...tapi muka memang friendly...tak usik orang. Kat seekor yang gemuk tu saya offer roti..2x ngap, settle roti krim seketul. Seekor lagi yang kurus sikit, eksyen tak mahu roti.Tapi si kurus ni lah yang ikut saya dan suami turun (escort). Tak jauh la dia escort, dalam beberapa puluh meter je..kemudian saya teringat mcm nama diorg ni Johnny & Jimmy. Johnny si gemuk masih di atas, Jimmy si kurus setia ikut kami . Saya panggil " Jimmy! Come here!" hah..berlari dia ke arah saya...goyangkan ekor. Muka mengharap.Teringat tuna setin belum bukak..rezeki kau lah Jimmy...dah makan.dia berlari naik ke Dataran Pacat semula.Clever dog!


Bergambar dengan Jimmy.


Maka, berjalan lah kami turun dari Dataran Pacat ke Kem Lolo iaitu jarak nya 2.2km...fuh fuh...memang mencabar jugak sebab kaki , lutut dah mulai sakit. Asyik tertanya-tanya bila nak sampai Kem Lolo ni..bila berjalan dan dengar bunyi air sungai menderu..yessss dah dekat dengan Kem Lolo. Nampak khemah banyak2..yeay!Kem Lolo! Masa ni memang tangan tak pegang hp dah..dah malas.hahahaha.Gambar river crosing 5 kali pun tak ambik.

Last view air terjun sebelum menuruni trek balak(selepas lalu paip besar yang panjang tu)
Selepas Kem Lolo , jumpa balik trek balak...trek psiko..5km...ada juga yang menggelarkannya " the never ending road". Dalam keadaan rata, 5km ni tak ada apa-apa bagi orang yang biasa jogging/running...tapi dalam keadaan trek yang kejap turun kejap naik kejap turun....memang psiko..5km rasa mcm forever. Rasanya adalah 3-4 kali bila berhenti rehat, saya berlunjur terus..lutut kanan terasa sakit bila hiking turun. Dah pakai knee guard, lepas rasa knee guard tu rimas sebab peluh, bukak dan spray perskindol pulak...

Nampak...saya tak tipu..sedapnya berlunjurrrr arghh...kalau lama sikit berhenti..tertido terus kot.Selain berlunjur di pangkin, saya juga berlunjur di trek asal boleh.hahahahha...
 Akhirnya...jam 5.30 petang sampai ke kaki gunung...benda pertama saya tuju...pakcik jual aiskrim!Sebab masa kat trek balak duk teringat aiskrim je hahahaha...Satu pengalaman menarik ke Gunung Nuang ni (6 jam setengah naik,5 jam setengah turun)...Timpohon ke Laban Rata hari tu naik 4jam, turun 4 jam pulak hahahahaha....pokok pangkal,setiap gunung adalah berbeza situasi dan pengalamannya....lepas sign out pada pakcik yang jaga buku pendaftaran, kami buat pengurusan diri (mandi, kemas barang,solat asar ), dinner di area Hulu Langat pada jam 6.30 petang dan bertolak pulang ke Johor selepas maghrib..tiba di Kluang jam 12 tgh malam..fuh..balik rumah, rendam semua kain baju.. sambung tido lagi.

Muka lega dah turun.
My other half yang sabar melayan  kerenah saya yang kecapekan sepanjang turun,my sweeper...dia boleh turun laju lagi tapi mana boleh tinggal wife dia kan hehehehe


Kalau anda tanya saya nak repeat ke tak..dalam seminggu dua ni.takde rasa nak repeat lagi..maybe ask me again in 2-3 months later..kot.Hahaha...

Nama Gunung : Gunung Nuang
Ketinggian : 1493 meter asl
Kesukaran: Intermediate to difficult(depend on fitness level) if daypack, beginner to intermediate if camping 2d1n.


Monday 30 January 2017

Mendaki Gunung Nuang via Pangsun,Part 1

Gunung Nuang Chart mengikut jarak (km) .Sumber : Malaysia Traveller 

 Satu trip yang agak ad hoc sebenarnya..antara ya ke tidak nak pergi. Kemudian semasa cuti CNY ada pulak urusan di Selangor..maka..trip ini menjadi realiti! Asalnya nak pergi berdua je...tapi beberapa hari sebelum tarikh trip, kami disertai oleh 2 orang lagi kawan hubby, the more, the merrier! Jadi lineup terdiri dari saya, suami( Cg Fly), Cg Nik & Cg Zulhelmi. Semua ni kawan-kawan hiking hubby juga (biasa hiking Gng Lambak bersama-sama sejak beberapa bulan yang lepas.).

Jadi, hari Sabtu bertolak ke Kajang untuk urusan tersebut, selesai urusan, menginap di hotel budget di Kajang. Petang tu kami pusing-pusing di area Hulu Langat untuk mencari daerah Pangsun, iaitu tempat terletaknya Hutan Lipur Nuang. Ini penting untuk merancang perjalanan pada keesokan harinya. Hotel kami terletak kira - kira 30minit dari pintu masuk Hutan Lipur Nuang. Ikutkan memang jauh, tapi resort sekitar Hutan Lipur Nuang samada dah penuh atau terlalu mahal (nama pun trip budget dan ad hoc kan..).Petang tu juga kami mencatat nama di buku pendaki dan membayar RM1 untuk pendaftaran kepada pakcik yang duduk di pondok berdekatan starting point mendaki....

Plan asal nak hiking lepas subuh (6 am), kemudian pada malam tu plan berubah lagi mengikut persetujuan semua. Plan baru  mendaki jam 4.30 pagi, dan solat subuh di trek!

4.30 am. Mula hiking di trek balak(sini banyak pokok buluh..tak faham kenapa dipanggil trek balak...hehehehe..nantilah kita cari historynya).Jarak lebih kurang 5km. Masa naik ok lagi..masa balik nanti...kunamakan trek ni trek psiko.Hahaha nanti cerita

Sampai pondok je...usha nama pondok dan berapa km dah berjalan...ada 6 pondok rehat sepanjang perjalanan, ikut suka lah nak berhenti atau nak teruskan..pagi tersebut, kami tidak singgah mana-manan pondok kecuali pondok di akhir trek balak...

jam 6 pagi, kami berhenti solat subuh sebelum permulaan river crossing(pondok ke6). Sejuknya ambil wudhuk di sungai!Jam 6.20am mula hiking semula.Abaikan km tu..sebenarnya masa sampai di sini baru 5km..strava ter over sensitif kira jarak pula...

Ada signboard dan peta..trek agak jelas tapi kalau tak biasa boleh confuse sebab ada pokok tumbang dan trek tak berapa nampak.

Sampai Kem Lolo jam 6.50 pagi.Banyak khemah di sini tapi gelap..tak nampak pun kalau ambil gambar. Ada sebanyak 5 kali menyeberangi sungai ( berpijak pada batu-batu sungai),air mengalir deras tapi tak lah dalam...cetek paras lutut..kalau pijak atas batu, insya allah tak basah sgt pun unless tergelincir...jalan kasut basah kuyup..berat ooo...Kami cross berhati-hati sebab nak elak tercelup kaki, basah satu hal...sejuk lagi...jauh lagi puncak ni. Kalau rajin, bukak je kasut kalau takut basah...

Yes..7am dah cerah! Dalam hutan tebal , cahaya matahari lambat menembusi..dah boleh bukak headlamp...adoi..rasa rimas juga sebab ikat di dahi dan berpeluh.

Banyak pokok buluh....tongkat hiking(hiking pole) banyak membantu semasa hiking. Jangan sesuka bersandar atau pegang pokok/pokok buluh..ada pokok berduri di sini.Pokok buluh pulak..ada miang dia. Boleh juga pakai glove separuh tu...




Licin..hati-hati.



Pelbagai bentuk muka bumi sebelum sampai ke Dataran Pacat

Jam 8.40 pagi kami sampai di Dataran Pacat (Pacat Campsite)




Berjalan ke hadapan kem pacat sedikit..mulai trek memanjat batu..ok simpan hp...pertama, bahaya sebab takut kita tergelincir..kedua..kalau hp jatuh satu hal nak turun balik lepas tu nak naik semula..hisshhhh nauzubillah!

Muka gembira sebab dah sampai Puncak Pengasih! Trek ini macam trek Gunung Lambak cuma 3kali ganda jauh kot..hushhh....
Trek selepas Puncak Pengasih banyak lumut...



Ulat comel
Feeling macam mossy forest pulak...memang sejuk..mungkin sebab malam tadi hujan..atau memang di sini sejuk? bila berckap keluar wasap .tapi takdelah sampai menggigil

Suami bersama sahabatnya Cg Nik.MAsa ni kami sedang menunggu Cg Zulhelmi
Banyak lumpur...kalau tenggelam kaki..memang tercabut kasut, area Puncak Pengasih ni kalau berhenti sekadar melepaskan lelah 3-5 minit ok..tapi kalau nak berhenti lama, mcm tak sesuai sebab byk sangat lecak/lumpur.
Jam 11 pagi..kami sampai ke puncak Gunung Nuang..1493meters asl...alhamdulillah!Puncak ke10 yang saya gapai , rupanya milik Nuang...


Trivia: di kawasan hutan lipur Nuang, line telefon tak berapa nak ada..... celcom je ada itupun putus-putus.... sampai puncak tak ada line terus...sebab itu penting untuk mencatit nama di pintu masuk Hutan Lipur...jangan lupa jugak maklumkan ahli keluarga atau rakan sebelum mendaki...just in case...

Bersambung...

Mendaki Gunung Nuang Part 2

Tuesday 24 January 2017

It's been a long journey..2014-2016

Kiri (2014) - Kanan ( 2016)
Sebelum 2014 ...berat maintain 48-50kg walaupun dah melahirkan, menyusukan anak. Makan minum out tak jaga langsung. Makan je apa suka..bergoreng ke..burger, kfc, kek secret recipes adalah faveret! Saya ada hyperthyroidism. Emosi selalu tak stabil, mudah stress dan depressed. Memang high metabolism, yea..memang KURUS masa tu tapi tak sihat . Makan pulak merapu....we are what we eat kan?Toxic habis dalam badan ....Doktor juga suggest buat pembedahan buang kelenjar thyroid selepas melahirkan anak kedua(2011) tapi saya decide tak nak buat.

Tahun 2014 ..mula datang kesedaran bila ada student main teka umur ku 40an(saya baru 34 tahun hahahaha sedih) . Masa ni berat badan 61 - 63kg. Tersentap kejap..tapi takdelah sebab tu jadi major turning point.Memang makan berlebihan, makan bertambah...dengan makanan manis lagi, kek especially tambahan pula selalu outstation dan menginap di hotel untuk seminar dan kursus..asyik acara duduk dalam dewan dengan ceramah lepas tu makan.makan makan,makan , makan dan makan!( oh sy kalah dengan pastries dan cakes di hotel..skrg pun aarrghh hahaahha) Tahun 2013 arwah abah kembali ke Rahmatullah sebab complication diabetes dan sakit jantung(the reason sy stop blogging for a year!) . Mama pula ada darah tinggi.Kemudian husband yang beratnya 103kg (later saya include gambar dia ya, belum minta izin beliau hehehe) juga mula dapat kesedaran untuk kurangkan berat badan. Kami mula jaga pemakanan, cycling(tak suka jogging maa tu, memang jenis malas keluar rumah). Biasanya husband cycling sebelum subuh , saya pula petang atau malam. Hujung minggu paksa diri jogging 2-3 round tapi tak istiqomah. Makan memang jaga, air manis tolak terus, jajan, air gas, semua jenis manisan. Makan nasi & lauk small portion. Style memasak banyak bakar dan sup. Juga mengamalkan beberapa makanan sunnah (habatussauda, minyak zaitun,al manna) dan natural/organic  food ( virgin coconut oil,apple cider vinegar,pati delima)-ni bukan untuk kurus tapi untuk boost kesihatan.Kadang pelupa juga hihi jadi takde lah ambil hari-hari...tapi cuba ambil hari-hari kalau boleh.

Tahun 2015, tak silap sy masa ni hubby dah reach 70 kg, saya sekitar 54kg. Yeay!Seluar jeans lama-lama boleh pakai semula! Awal 2015, mula libatkan diri dengan hiking.I am healthier and happier...tak mudah stress!

Tahun 2016... berat badan suami 65kg, saya 52kg :).Makan macam biasa, suami masih istiqomah tolak air manis..sy je terlepas sekali sekalaaa..hahahahha.. dan mula aktif kan diri berlari mulai Jun 2016. Dari 3km..increase ke 5km..masih stuck ke 5km(pernah reach 6-7km..byk jalan hahahaha)..insya allah nak increase jarak dan masa larian. Best time, 5km, 35 minit..yeay! Tapi sekranag saya dah tak aim kelajuan..saya aim how far i can go....Hiking masih on... setiap hujung minggu kalau boleh! Tahun 2016 juga tahun yang sangat sweet dan memorable..sebab kami berdua berjaya mendaki Gunung Kinabalu..sesuatu yang kami tak pernah impikan pun sebelum ini!Dan juga gunung-gunung lain yang tak pernah terfikir pun nak jejak!

Tahun 2017 .. hidup akan diteruskan..dengan lebih sihat....mulai hari ini (Day 1) sedang mencuba exercise baru..bodyweight training aka freeletics..doakan saya istiqomah amin....

Sayangi diri anda  | Kurus sihat tanpa produk | Amalkan gaya hidup sihat | Fit for life!

Saturday 21 January 2017

Semalam...

hiking..bestnya...sejuk..berkabus...sejuk-sejuk pun..mendaki tetaplah berpeluh lencun kan...my knees feel better!(saya bertongkat semalam..._nak jaga lutut yang baru pulih)

My best time so far(masa untuk naik sahaja)? Tapi tak berapa tepat sebab strava buat hal semalam...sy guna apps pacer yang ikutkan sebelum ni bila buat perbandingan, sträva lebih jitu dalam penentuan jarak...tapi jadilah dari tak ada, lain kali kita try lagi.

Kan ..dah terjebak..

Virtual Run ke 3 yang didaftar...hiyaahhh..ini malas tgk FB ni...

Reborn Run 21km in February...

Ok..please refrain yourself Maiza! Dah 3 VR/VC (Virtual Climb didaftar ni hehehehe)

1. Maze Run ( 50km in whole February)
2. Virtual Climb Bukit Pelindung ( due in March)
3.Reborn Run (21km in February)

Harap dapat lah melaksanakan tugasan virtual run/climb ni semampunya..sebab average KM lari sebulan biasanya 26-29 km je sebulan berdasarkan strava record sy...

Oh ya, seminggu berehat berat badan naik dari 52kg ke 54 kg...adoiii....semalam dah start hiking balik...so far lutut rasa ok...



Thursday 19 January 2017

Koleksi Medal 2015...dan 2016 :)



Tahun 2015..satu event lari je(Actual run 5km).

Tahun 2016..lebih kurang 20 event ( actual run 2, virtual run 17, dan Kinabalu Medal 1) hehehehe....

Bukan tak mahu join actual run, tapi masa sangatlah suntuk, termasuk nak uruskan anak-anak lagi(siapa nak jaga, kalau nak bawa ke event lari boleh memang boleh tapi nanti sy terpaksa masuk larian famili 3km je hahahaha)...tunggu lah anak-anak besar sikit sy nak paksa mereka ikut sy lari..miahahahahahahaha

Masalah logistik(pengangkutan, nak tinggal anak )so, sy lebih join virtual run sahaja.Lari juga, cuma bukan dalam crowd yang ramai lah mcm actual run :). Hujung minggu, naik gunung hehehe...

Tahun ini saya ada event ciptaan saya sendiri( roll eyes)..tunggulah selepas CNY saya akan reveal ya..harap tercapailah hasrat saya ni.

Wednesday 18 January 2017

Maze Runner Feb 2017(50km virtual run)

Baru satu acara Virtual Run didaftarkan tahun ini...itupun akan bermula Februari(perlu lari /walk/jog 50 km dalam tempoh sebulan sepanjang bulan Februari).



Tetiba berkenan kat medal dia sebab kaler hijau hahahahaha..padahal xde la minat hijau.


Seminggu ni tengah berehat dari sebarang aktiviti sebab lutut masih tak berapa sihat..masih ada rasa pressure kalau berjalan seperti menuruni atau menaiki tangga.Jogging pun tak buat.Tapi lusa dah janji dengan kawan untuk teman dia ke Gunung Lambak! ( harap lutut dah pulih lah masa tu).


Badan terasa lemau ni..sebab seminggu tak beraktiviti...malam ni kena cycling! Bila lah nak achieve target nak cuba lari 10km straight shot ni..huhuhu


Tuesday 17 January 2017

Aktiviti Larian (Virtual & Actual) 2016

Untuk post lanjut, boleh klik setiap event...

2016

08.04.2016: KPJ Walk For Health 3km

01.07.2016: Ramadhan Charity Run 6km(VR)
10.07.2016: Patriot Run 6km (VR)
16.07.2016:I Love PD Virtual Run 10km
July 2016: MM3trio First SeriesVirtual Run 11.7km

3.08.2016: Merdeka Virtual Ride 59km
31.08.2016: Merdeka Virtual Run 59km
08.2016: Raise Ur Flag Johor Virtual Run 10km
08.2016: Running Diva Fun Run Virtual 5km
14.08.2016: MM3rio 2nd Series Virtual Run 7km
16.08.2016: I Run U Run 11km(VR)
31.08.2016: Kluang Climbathon-Gunung Lambak 6km

26.9.2016-31.10.2016: National Heart Day Run 29 minutes everyday (VR)
30.9.2016 : Southern Run UTM Skudai 5km

05.10.2016 Supercat Lovers Run 5km (VR)
17.10.2016 KRN 10000 Virtual Run 7km

05.11.2016 : Unity Run UTHM Virtual Run 6.4km
30.11.2016: MM3rio 3rd Series 8.5km VR

3.12.2016 Bollywood Run 6km (VR)
1.12 - 31.12 Ninja Run 42km Virtual Run

Saturday 14 January 2017

Apa itu Knee Sleeves?

"Knee sleeves memberikan sedikit sokongan tetapi bukan seperti knee braces. Knee braces berfungsi untuk melindungi lutut dari kecederaan lampau . Knee sleeves direka untuk mengelakkan kecederaan yang belum berlaku. Perlindungan ini adalah penting bagi lutut ahli sukan yang terbeban dengan tekanan yang kuat ( larian, angkat berat, melompat).

Knee sleeves juga merupakan satu jenis compression yang meningkatkan pengaliran darah ke lutut dan mengurangkan kesakitkan, semasa dan selepas aktiviti sukan. Secara ringkas, compression yang dihasilkan oleh knee sleeves menggalakkan pengaliran darah lebih banyak ke lutut dan penyembuhan yang lebih cepat. Jadi penggunaan knee sleeves membantu mengurangkan kesakitan dan pembengakakan lutut selepas aktiviti sukan lasak yang membebankan lutut.

Knee sleeves biasanya dibuat daripada material neoprene dan disarung ke lutut. Ia menghalang atau mengurangkan rasa sakit. Knee sleeves juga menambahkan haba, mengurangkan pergerakan patella dan membantu mempercepatkan kesembuhan pada sendi lutut yang cedera."

diterjemah dari sumber: Breaking muscles

Kenapa tetiba cerita pasal knee sleeves/knee guard? sebab tengah pakai ni sejak semalam..Lutut ni on off sakit berdenyut-denyut tapi tidak lah pula tempang atau jalan terhincut - hincut. Dan saya masih hiking cuma minggu ni saya tak berlari sebab lutut tak selesa dan saya tidak mahu membebankan lutut. Sebenarnya, sakit ni bukan sebab lari atau hiking, tapi anak kedua saya tersadung di atas saya yang sedang baring dan dia jatuh terduduk atas lutut sy seminggu yang lepas!ouch!

Kenapa tak ke klinik? sebab rasa berdenyut tu on dan off, tidak lah kerap..dan hiking membantu sy mengurangkan kesakitan itu. Saya hike slowly, sebab hiking yang biasanya ambil masa 1.5 jam pergi dan balik..bila slowly jadi 3 jam hahahaha..... ok la, lama sikit di alam semulajadi kan...Tengok macamana , kalau masih tak ok, baru jumpa doktor :).

http://stalbertphysiotherapy.com/pain-no-more-effective-patellar-tendinitis-treatment/
Klik gambar ini untuk tips elakkan /kurangkan sakit lutut
Hiking half way sahaja pada 12/1/2017
12/1/2017


Hiking lagi sampai puncak, 14/1/2017,dah pakai knee sleeves masa ni
14/1/2017