Monday 26 December 2016

Puncak-puncak Gunung Kinabalu

Ha.....mesti selalu dengar pasal Gunung Kinabalu tapi tak ramai yang tahu Gunung Kinabalu ada banyak puncak. Tapi cuma beberapa puncak sahaja yang dikenali ramai terutama puncak tertinggi Gunung Kinabalu iaitu Low's Peak (4095.2meters).

Ini ialah Low's peak(di belakang suami saya tu).

 Cara nak kenal Low's peak...1)puncak yang paling tinggi dan ada signboard di Low's Peak. 2) puncak yang dikenali dengan ikut je tali putih tu sampai ke puncak ye... 3) puncak yang dituju oleh semua pendaki.

Seterusnya....St.John's Peak.Juga dikenali sebagai Monkey's peak atau Orang Utan's Peak,sebab nampak macam muka monyet/orang utan di salah satu permukaannya.Ketinggiannya adalah 4091m.

Nampak tak puncak seringgit di sebelah kiri :)


Next...South Peak atau dikenali sebagai puncak seringgit..antara puncak yang paling disukai oleh pendaki untuk diambil gambar....kenapa seringgit? sebab gambar puncak ni ada kat duit seringgit yang kertas ( bukan yang kertas licin plastik tu ye).Ketinggiannya adalah 3922m.

Pandangan puncak seringgit dari atas Low's Peak,jam 6 pagi

Melalui sebelah puncak seringgit sebelum turun ke Laban Rata , 7pagi.
 Puncak seterusnya, Donkey's Ears Peak.... yang sekarang dah patah.....ketinggian 4054m.



Ini gambar Donkeys' Ear peak sebelum dan selepas gempa bumi 2015...dari The Star.




Tahukah anda, puncak Donkey's ear peak ni sgt besar sebenarnya???Ini kita nampak dari jauh je ye..skala saiz manusia dengan Donkey's ear peak seperti gambar di bawah...tak silap saya sebelum gempa, sebenarnya ada aktiviti macam wall climbing yang sepatutnya jadi attraction baru di puncak..tapi sebab dah patah, tak jadi lah aktiviti tu...sumber: Landslide blog .

http://blogs.agu.org/landslideblog/2015/06/08/the-mount-kinabalu-rockfall-on-friday/




Kemudian ada Low's Gully..dengan kedalaman lebih 3000m..ini gaung, bukan puncak..betul-betul di belakang signboard Low's Peak...berdiri di sini...rasa ngeri..sebab tu ada pagar dawai supaya kita tak melangkau tebing di sini..bahaya.(semasa entry ni ditulis, sy ingatkan tak ada orang pernah masuk ke Low's Gully, rupanya ada! ada percubaan yang gagal hingga terpaksa diselamatkan helikopter-ekspedisi tahun 1998 di mana para pendait terperangkap 10 hari dalam Low's Gully,ada juga beberapa percubaan yang berjaya pada 2003 ke 2008 kalau tak silap, diketui pendaki Perancis yang sememangnya pakar-pakar canyoning iaitu menuruni gunung dengan tali + berenang dalam kolam/sungai Panataran di hujung Low's Gully).Banyak air terjun dalam Low's Gully dan bahaya kalau hujan lebat sebab air nya akan jadi makin deras.

Boleh rujuk di sini(tapi dalam bahasa Perancis) : Youtube Low's Gully Expedition by Karl Willem

https://www.youtube.com/watch?v=oczK7X3aY_A (ada versi english tapi tak boleh bukak pulak kat pc)

Bayangkan, mereka descend Low's Gully, di mana antara gaung/gully yang paling susah nak dimasuki sebab korang kena daki Gunung Kinabalu dulu! Memang kena pasukan yang mantap dan stamina tinggi!




Puncak-puncak lain...saya tak kenal pasti sebab saya tak study dulu hahahaha...fokus kepada nak mendaki je..gini lah jadinya...mungkinkah ada lain kali untuk saya? just untuk kenalpasti puncak? hahahahaha...

Di bawah ni ada map yang lengkap mengenai kedudukan puncak-puncak Kinabalu yang lain...dari blog PictureofGambar. Ada 11 peaks terkenal semuanya!Namun tak semua berjaya dikenalpasti...sebab cuma 2-3 puncak sahaja yang famous(Low's peak, South Peak , Monkeys' peak & Donkey's ear peak). Puncak-puncak yang tak berjaya saya kenali adalah

Victoria Peak
Alexandra's Peak
St Andrew Peak
Ugly Sister Peak
Tunku Abdurrahman Peak
Oyayubi Iwu Peak.


http://pictureofgambar.blogspot.my/2010/06/peaks-of-mount-kinabalu-sabah-malaysia.html

Ada lagi satu blog yang saya jumpa, bagus juga detailnya tentang puncak -puncak ni..salute! Boleh klik sini... JoeLorenzo. Beliau mengenalpasti hampir kesemua 11 puncak di atas sana ...thumbs up!

Satu lagi blog pun, seronok untuk dibaca... Checheh.com.  Kedua-dua blog i ni ditulis sebelum gempa...dalam blog checeh ni...beliau memaklumkan mereka menginap di Gunting Lagadan, yang mana telah musnah kini ( runtuh) akibat dihempap batu-batu yang sliding dari puncak pada gempa 2015....memang nampak lah asrama Gunting Lagadan yang berwarna hijau dan Panar Laban Hut yang berwarna putih, menyenget hampir menyembah bumi......tapi tak ambil gambar masa tu...kedua - dua hostel ini dekat sikit dengan puncak....

Menurut beliau, ada banyak lagi puncak yang belum dinamakan atau belum diukur..cuma puncak-puncak terkenal sahaja yang biasa dikenali orang ramai....

Menurut Website Sabah Park...ada 23 puncak sebenrnya di atas sana, termasuk puncak yang tidak bernama atau belum diukur...

Peaks of Mount Kinabalu

01Lows Peaks4095.2 M
02Victoria Peaks4090.0 M
03St. Johns Peaks4090.7 M
04Alexandra Peaks3997.5 M
05Kinabalu South Peaks3921.5 M
06King George Peaks4062.6 M
07Mesilau Peaks3801.3 M
08St. Andrews Peaks13295 FT
09West PeaksNA
10Dewall PeaksNA
11No Name Peaks12918 FT
12Noudai PeaksNA
13Tsukushi PeaksNA
14Ugly Sister Peaks13228 FT
15Donkey Ears Peaks13301 FT
16Mushroom PeaksNA
17Tunku Abdul Rahman Peaks12952 FT
18King Edward Peaks13405 FT
19Phallus PeaksNA
20Gully PeaksNA
21Cirque PeakNA
22North Peak12680 FT
23Oyoyubi IwuNA


Ini pula imej dari seorang professional photographer, lebih kurang 2 minggu selepas gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun 2015...terasa kerdilnya diri ini....bila tengok gambar ni apetah lagi bila berada di sini...(kredit to : johnlkong.com)

Kredit: http://www.johnlkong.com/summit-trail-above-laban-rata-after-the-quake/#comment-509

 Dan di bawah ini pula semasa laluan baru (Ranau trail)mula dibuka pada Disember 2015...sebelum ini untuk naik ke puncak, tidak ada tangga pun...

Sumber:NST
Ini rupa laluannya semasa trip saya ke sana  :)


Menurut info yang saya baca, puncak batu sebelah kanan sekali itu lah puncak Tunku Abdurrahman :)



Apa pun..dapat berdiri di atas summit plateau Gunung Kinabalu is an honour to me..dan dapat pula pergi berdua dengan suami di sisi....Subhanallah..Alhamdulillah....

Sumber: www.johnlkong.com


1 comment:

  1. Assalam,,sekadar bertanya. Dengar cerita Puncak tertinggi Gunung Kinabalu sebenarnya ialah Victoria Peak (4,1++m) betul ke?

    ReplyDelete