Wednesday 28 December 2016

Persediaan Mendaki Gunung Kinabalu

Ok..so details untuk persiapan saya taip di sini ya..ini step yang saya buat.(harap ini post terakhir tentang Gunung Kinabalu hahaha pls move on!)

1.Agent/Pakej/Guide/Porter

Pertama sekali saya book melalui agent. Masa tu bulan Jun lebih kurang...Ada beberapa tarikh saya cadangkan pada awal Disember 2016, semuanya dah fully booked.Kemudian agent mencadangkan tarikh 18 & 19 Disember 2016, kalau lewat lagi susah pula sebab anak-anak nak sekolah, nak kena prep utk diorg pulak... jadi sy pun setuju dan membayar deposit untuk 2 orang.

Detail pakej yang diambil dengan agent:(flight tix, guide , porter & transfer KK-Kinabalu-KK not included)
RM450.00 ( non-sabahan) include:
Penginapan 1 malam di Laban Rata Resthouse(Lemaing Hostel) termasuk 1st day dinner (4-7pm), late supper( 2am) dan 2nd day breakfast ( 7-10am)
Permit
Insurance
Sijil
Transfer Kinabalu Park-Timpohon-Kinabalu Park

Dengarnya kos ni akan naik ke RM480 bagi tahun 2017.....

Guide
RM230.00 ( guide untuk satu group - group saya cuma saya dan suami je heheehhe)...jadi kalau nak jimat, boleh ambil seorang guide untuk 5-6 orang per group.

Porter
Saya tak sure berapa RM per kg, tapi saya dicas RM13/kg ( 9kg x 13 ; RM117.00 untuk 2 orang - pun boleh kurang lagi kalau barang kita tak berat sgt - ini barang 2 orang ye)

Transfer KK-Kinabalu Park-KK
Yang ini sy malas nak pening kepala, sy minta agent carikan transport...(RM150/pax return )
pilihan lain :

i.naik bas RM20-25 one way , dari KK-Kinabalu Park mungkin senang, tapi waktu balik nanti tak ke meroyan kau nak tunggu bas dengan sakit kaki dan penat...(bergantung kepada ketahanan stamina la kot)
ii.sewa kereta : dalam RM100-120 /day - jimat kalau ada group dalam 3-4 orang...pun bergantung kepada stamina si driver yang nak drive....waktu nak balik tu heheehhe ( saya memang tidur je dari Kinabalu Park ke KK sebab dah penat sgt)

Info agent:
Hanz Kembara(saya menggunakan khidmat Hanz : hp 0195385105 SMS/Whatsapp)

Agent lain - yang ditempah oleh rakan
Amanda Omey (FB Amanda Omeychua hp 0197112568)
Nick Mulya (FB Nick Mulya) hp 0136160548

2. Tiket penerbangan

Saya silap percaturan sikit di sini, semasa bulan Jun, harga tiket adalah RM400 return/pax ( Air Asia), jadi saya pulak rasa boleh dapat lebih murah, so saya tunggu lagi(konon tggu promo )...apabila tiba masa sy nak beli tiket pada bulan Ogos, harga telah naik sekali ganda! T_T ( tapi masih murah berbanding Malindo dan MAS,plus cuma AA sahaja ada direct flight JB-KK.....pengajaran ye..grab ur ticket early!)Kalau nak yang free seat, baik beli setahun sebelum tarikh !Rancang awal!

3.Penginapan di KK
Saya ambil budget hotel iaitu sehari sebelum dan sehari selepas ( RM80/night x 2 : RM160.00)

4.Makan minum dan souvenir : yang ini atas kemampuan dan pilihan masing-masing :)
Rasanya saya dan hubby shopping  dalam RM150++ je di sini ( beli kuih cincin, ikan masin,kerepek belinjo, ikan bilis mak kirim kih3..)

5.Stamina
Ini pon of course laaa PALING penting..sebab bila dah sampai laban Rata, semestinya nak sampai puncak kan?Sebelum ni saya dah maklumkan yang sy sepatutnya pergi last year..so persediaan dari segi stamina walaupun ada masa turun naik... lebih kurang begini

-Cycling 45-60 minutes ( 2-3 x seminggu)
-Jogging/run 3x seminggu ( ni lah sebab utama saya join Virtual Run)-kalau tak larat.. jalan pun boleh..3-5km per session
-Daki gunung/bukit berdekatan ( tak semestinya buat kerap tapi untuk ambil feel, macamana nak berlatih bernafas sambil berjalan/hikingdi kawasan yang makin meninggi,kalau rasa larat, bawak beban 3-5kg sekali,sy biasa bawa botol air & dompet je hihihi)

Antara gunung/bukit yang saya sempat jadikan medan training :

Gunung Lambak 510m( ni dekat rumah je, so, boleh pergi seminggu sekali hihik)
Gunung Ledang 1200m
Gunung Datuk 885m
Gunung Angsi 825m

Saya juga teringin nak daki Gunung Nuang tapi, kita hanya merancang, jadikita cuba usahakan tahun hadapan ya?(terbalik namanya ni..org lain daki Nuang dulu baru Kinabalu..hahahahaha)
___________________________________________________________________________

Itinerary perjalanan kami lebih kurang begini lah ye..

Hari 1:17 Disember 2016(Sabtu)
Arrive KK Airport jam 9 pagi, ambil teksi (RM30) ke hotel, tinggal barang di hotel lobby (blkg kaunter reception je huhuhu) , kami jalan2 sekitar sampai jam 12... sebab pihak hotel boleh bagi masuk bilik jam 12 ( sepatutnya check in jam 3 petang).Petang tu rehat, malamnya kami susun balik beg untuk masing-masing dan porter bawa.

Nampak besar(50L)tapi baru 5 kg je beg dalam gambar di bawah... isi masa naik flight ( baju-baju ,kasut extra , head lamps).Dalam beg yang kelabu tu, isi wallet & charger,dan kain baju yang ringan .



Beg yang dibawa
20L untuk saya,35L untuk suami dan 50L untuk barang yang dibawa porter

Isi beg saya(20L)
1.Sweater microfleece x 1
2.Tuala kecil lap peluh
3.Air mineral 500ml x 1
4.100plus 500ml x 1(kedua  -dua air ni tak luak sangat siap boleh bawa esok ke puncak.Minum seteguk je bila rasa haus, bukan 10 teguk,takut nanti pancit terlebih minum air lagi penat)
4.Baju hujan poncho Giant
5.Sepasang stokin extra
6.Sehelai buff
7.Sandwich,kit kat 2 batang dan nasi goreng sebungkus (kit kat tak makan langsung pun! sy makan masa menunggu flight balik di airport hahahahahaha)
8.Ubatan : Yoko-yoko, ubat gastrik utk suami, ubat loya ,Panadol extend dan ubat untuk vertigo-Betaserc ( mmg saya punya dari masa hospitalised dulu- sy spare in case antara kami ada terkena AMS)
Catatan: alhamdulillah saya tidak memerlukan apa2 ubat untuk ditelan sepnajang pendakian kecuali sapu yoko-yoko di betis sahaja, suami terkena AMS tgh malam di Laban Rata dan semasa di Sayat-sayat, beliau ambil ubat vertigo saya.

Gloves, 3 pairs of socks(padded kat hujung jari dan buku lali), buff dan head lamp

Guna plastik ziplock, takde vakum2 pun, keluarkan udara manually hahaha.. pack ikut hari nak pakai.


Isi beg suami(35L)-sama macam saya

Isi beg 50L( 9kg weight)
Winter jacket(light) x 2( better cari yang wtaerproof dan windproof ya..)
Kasut hiking x 1( saya punya hahahaha sebab hujan, sy bawa extra)
DSLR x 1 ( tak guna pun, lain kali tayah bawak..hp dah cukup..ada rezeki boleh beli GoPro, lebih ringan)
2 pasang tshirt lengan pendek x 2(jenis serap peluh, microdry - tshirt lari hihihih)
2 pasang inner lengan panjang (mine)
1 helai hoodie x 2
Tudung x 2 helai
2 pasang stokin panjang dan pendek (stokin panjang sy jadikan calf guard sy)
Seluar hiking x 2
Seluar hiking with fleece lining x 1(mine)
Reachargeable headlamp (Mr DIY) x 2 (RM14.00 .each)
Charger hp x 2
Pakaian dalam
Air 100 plus x 1 botol(terlebih beli hahahaha)

Semua pakai kecuali hiking pants, sebab sy recycle seluar yang sy pakai dari Timpohon ke Laban Rata. Busuk masyam pun busuklah..orang lain pun busuk hahahahaha


Pilihan lain: boleh terus ke Kundasang dan menginap di sana - depend on your choice :)

Hari 2:18 Disember 2016( Ahad)
Bangun jam 4 am, bersiap terus pakai kelengkapan hiking /kasut etc.Jam 5 pagi driver ambil b awak ke Kinabalu park, breakfast di restoran depan Kinabalu Park jam 7.30 am.

8 am meet dengan guide, ambil permit, isi borang, timbang barang untuk porter bawa, simpan barang-barang lain di lobby Sutera Sanctuary Lodge dan sewa hiking pole ( RM10 x2)

Jam 9.15 mula mendaki dari Timpohon ke Laban Rata.
Pakaian semasa mendaki di sini: pakai macam  nak gi jogging je, dengan kasut hiking yang sesuai dan selesa....

Semasa di KM 4.0 saya dah mula pakai sweater sebab hujan dan sejuk.

Jam 1.45 pm tiba di Laban Rata, check in Lemaing Hostel ,rest(berbungkus la dalam selimut!). Jam 4 pm, dinner.Lepas tu di hostel saya masak air & berjaya mandi hahahahahaha...sejuk weiii....Jam 9pm , tidur..tidur dengan memakai kelengkapan pakai untuk mendaki esok pagi kecuali kasut..hahaha jgn la tido pakai kasut lak..( kebanyakan pendaki pakai kasut dalam hostel, jadi kalau boleh bawa spare kain ke sejadah ke untuk lapik solat ye).Jangan lupa cas hp & head lamp.

Hari 3:19 Disember 2016( Isnin) 
Bangun jam 12.30 malam,cuci muka, gosok gigi... bersiap-siap..kalau kau kental boleh lah try mandi kikikiki....

Pakaian :
Hoodie long sleeves microdry, sweater semalam punya, light winter jacket, gloves, buff,stokin pakai 2 lapis (panjang & pendek),seluar hiking with fleece ( memang best, pakai sehelai je cukup..kalau seluar hiking biasa tu kena pakai 2 helai dengan tight/legging sebab nipis..),kasut hiking,Head lamp jgn lupa ya.

Kiranya saya pakai 3 lapis baju. Otw turun matahari dah naik, kita boleh bukak winter jacket dah biasanya ( tapi kalau hujan, masih sejuk lg). Kalau panas dan  terus pakai satu helai  yang tebal..susah pulak nak buka satu tu hahahaha

Jam 1.30 pagi kami dah menunggu di Restoran.
Jam 2 pagi,sarapan.
Jam 2.30 pagi briefing dari guide
Jam 2.45pagi, mula mendaki dari Laban rata ke puncak.
Jam 4.05 pagi , tiba di Sayat-sayat Chekcpoint
Jam 6.00 pagi, tiba di Low's peak
Jam 7.00 pagi, mula turun ke Laban rata
Jam 9.00 pagi, sarapan , jam 10.00 pagi dah cehck out dan menuju ke Timpohon.
Jam 2.00 petang, tiba di Timpohon Gate
Jam 3.00 petang, driver ambil bawa ke KK,
Jam 5.00 petang check in hotel budget (Sri Borneo) di KK, lepas maghrib gi Pasar Filipin(jalan kaki je), untuk makan malam dan kemudian balik ke hotel utk rehat.

Hari 4:20 Disember 2016 (Selasa)
7.30 pagi dah ambil teksi di hadapan hotel menuju ke airport(RM30.00)
10.00 pagi..flight home....

Diharap post ini membantu untuk yang berhasrat mendaki Gunung Kinabalu juga :)




4 comments:

  1. Maknya,awak dari kk ke kundasang pada pukul 4 pagi tu lah ye,boleh bagi sy no phone driver yg willing untuk hntr pagi2 tu tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, awk call nombor hanz di atas...saya dah terdelete no pemandu tu..

      Delete
    2. Terimakasih ye,sy pun org kluang,seri lalang,yg nak pergi ni pun kami ex STK

      Delete
    3. all the best! boleh bagi blog address? nanti nak tgk update :)

      Delete