Wednesday 19 October 2016

The Waterfront Hotel, Kuching



Ini adalah hotel penginapan kami semasa kongres last month. Oleh kerana kongres tersebut memang menjadi rebutan peserta seluruh Malaysia, maka mestilah bilik hotel nya begitu juga! Saya membuat booking 2 bulan in advance. Ramai rakan2 yang cuba booking sebulan sebelum, tak berjaya menempah bilik kerana telah fully book, ada yang menginap di Merdeka Hotel kira-kira 1km dari The Waterfront. Normal rate adalah RM230/night bagi bilik twin single, tapi untuk peserta , diberi special price RM207 sahaja...

Dari segi penginapan, memang selesa, bertaraf 4 bintang dan lagi best, hotel ini bersambung dengan shopping mall(Plaza Merdeka Mall). Agak mudah untuk makan tengahari dan makan malam kalau malas keluar, kerana ada kedai makan yang berpatutan di level G. Dan dekat pula dengan jeti ( 200-300m sahaja) kalau nak ke seberang sungai cari kek lapis dan makanan local yang lain. Ada Chinese street bersebelahan hotel bagi mereka yang nak mencari Chinese Cuisine (non halal lah tapinya). Sempat saya shopping kasut di Parkson kerana kasut sedia ada dah lupus hayat hahahaha...

Kredit gambar : website The Waterfront Hotel.




Macam ni lah bilik penginapan kami,cuma kami ambil katil queen.



Lobby. Kami menyewa kereta hari kedua dan ketiga, kuponparking boleh scan di sini sebelum keluarkan kereta, kalau tak kena bayar pula...penginap hotel dapat parking percuma di Plaz Merdeka Shopping Mall

Kolam renang dewasa, anak-anak sibuk nak mandi di tepi ni tapi tak boleh la...bahaya dekat dengan tebing

Kolam kids di sebelah kiri yang kecik dan cetek tu
Wide cafe, good food.

No comments:

Post a Comment