Friday 14 October 2016

Dataran Kluang yang happening!

Sebenarnya saya tak gemar bawa anak jalan malam-malam.. tapi masa ni kami pusing-pusing Kluang seleps selesai urusan beli barang sikit..dan hubby tergerak nak singgah sini. Bila dah singgah..ha...kalau tak bagi anak-anak main..tak sah dah la..boleh mengundang monyok dan muncung.

Ada adik yang baik hati tolong ajar sekejap.

Sewa roller blade RM5 sejam, kereta bateri RM10/30 minit. Si adik tak nak pulak roller blade..nak kereta juga hahaha...lepas main kereta dia nak bubbles pulak..RM3. Kos rabak RM18.00...lepas sejam, kami beredar sebab boleh mengundang lebih byk kos hahahaha..




Mula  mula main roller blade, si kakak ada masalah nak imbang badan..bila dah dpt imbang badan...baru boleh bergerak meluncur sikit-sikit...mula lah dia dah bersinar-sinar mata.."mama...nak beli...."...cuma satu je lah walaupun tempat ni luas..tapi ngeri tgk boys baya - baya sekolah rendah main skuter dan basikal..merempit..berapa kali nak terlanggar anak2...memang kena awasi betul2...sy pun kena langgar dgn kereta kecik tu 2x..calar gak lah tumit.Oleh kerana yang langgar sy tu pemandu takde lesen umur 3-4 tahun..redha jelah ^_^.

Adik dapat kawan mlm tu hehehe


Insya allah ada ezeki lebih kita beli rollerblade...tapi kena janji tak mau ponteng sekolah lagi ya....tinggal sebulan je lagi tak lama pun...Oh ya...dataran ni happening malam Khamis, Jumaat dan Sabtu je...selebihnya, takde aktiviti juga melainkan ada org jogging malam2....

No comments:

Post a Comment