Saturday 17 September 2016

Mendaki Gunung Angsi, Negeri Sembilan (via Bukit Putus)



Buek apo dalam golap tuh???

        Our newest adventure (lah sangat..).. Mendaki Gunung Angsi...terletak di kawsan Hutan Lipur Ulu Bendul, gunung ini mempunyai 2 laluan masuk. Melalui pembacaan di blog, laluan pintu masuk Ulu Bendul mengambil masa 4 jam untuk sampai manakala laluan pintu masuk Bukit Putus mengambil masa 2jam untuk ke puncak. Disahkan oleh renjer hutan yang aku temui di sana, laluan Ulu Bendul sejauh 7.2km manakala laluan Bukit Putus sejauh 4.2km. 

          Kami bercadang mendaki pada 16 September, dan pada sehari sebelumnya memang ada urusan di Sri Kembangan, Selangor,kami memutuskan untuk bermalam di daerah Ampangan atau Seremban (tengok mana hotel yang available dan terdekat). Sebelum check in hotel budget yang kami temui sebelum itu ( RM63/night), saya dan suami decide nak pusing - pusing tengok pintu masuk Bukit Putus. Sampai- sampai je...haha tetiba rasa scary..sunyi....(masa tu jam 3.00 petang)..betul ke ni pintunya...ada satu pondok renjer hutan tapi tutup. Dan parking nya kosong sekosong-kosongnya (pengalaman kami di Gunung Lambak  , parking sentiasa ada orang/kereta dan semasa di Gunung Datuk...ada lah juga nampak 4-5 buah kereta.).Ini tak ada langsung. Kami rasa was-was dan memandu ke Pintu Hutan Lipur Ulu Bendul...mencari orang -orang yang boleh ditanya... sampai di sana ada lah pejabat renjer hutan ni...alhamdulillah ada orang..renjer bagitau..hari weekdays memang tak ada orang di Bukit Putus tu...kalau cuti atau weekend baru ramai orang dan banyak kereta parking. Lega lah sikit rasa...dan renjer tu offer untuk uruskan permit masuk kami sehari awal..sebab kami nyatakan hasrat nak mendaki jam 6.30 pagi. Permit mendaki nya sama macam Gunung Datuk, RM5/person. 

    Puang pang pung pang esok paginya...terlewat 10 minit, maka kami berdua mula mendaki jam 6.40 pagi...

Trail lebih kurang 45 darjah semasa memanjat..dari permulaan hingga lebih kurang 20 minit perjalanan...

Nama checkpoint ni Waterfall View..tapi tak nampak pun waterfall nye hihihi,dalam 30-40 minit dari starting point, sampai lah ke sini.


Selfie, melfie

Rehat 5minit, ambil angin...

View dari CP Waterfall View.
      Selepas dari waterfall view ni, kaki saya terasa berat...nafas makin berat juga walaupun trail nya landai je...hubby tanya kenapa awak makin slow jalan? sy bagi tahu kaki terasa berat nak melangkah...hubby offer nak pikul beg saya ( bukan berat pun ada 2 botol air 500ml, 2 keping kit kat dan dompet duit)...mungkin jugak faktor sebenarnya saya baru sembuh selsema dan batuk so tak cukup nafas / oxygen intake tak efficent bila nak hiking pace biasa....lepas bukak beg tu baru rasa lega sikit....hehehehe....lepas ni lehbuat drama lah...."Suami ku Porter ku".

     Tepat jam 8.20 pagi..kami sampai ke puncak.... alhamdulillah...kiranya dalam 1 jam 30 minit jangkamasa untuk naik...mungkin faktor tak banyak berhenti ( 2-3 kali sahaja) dan kumpulan kecil seramai 2 orang, plus kami limitkan perbualan sebab nak simpan nafas hihi...di puncak ada 3 orang lagi pendaki yang telah sampai lebih awal. Sy dan suami spend lebih kurang 20 minit berehat di puncak, kemudian makin lama langit nampak mendung, jadi kami cepat2 bersiap untuk turun selepas mengambil gambar.

Selamat Hari Malaysia! Dari kami di puncak Angsi...

ada 2 signboard puncak di sini.
Sekonyong-konyong kabus tebal menyelubungi dalam tempoh 5 minit lepas sampai puncak...asalnya kabus ni kat sebelah je dengan kami..bila angin kuat bertiup..puncak diselaputi kabus...macam movie The Fog pulak rasa..sejuk..nyaman...tapi mula rasa renyai - renyai.


Dan...bergambar bersama adik - adik pendaki 3 orang tu tadi ( kami agak mereka berusia 20an...) maklumlah kusedar diri dah berusia ...koff koff...



Ok..enough said..masa untuk turun...kami memulakan perjalanan turun pada jam 8.40 pagi. Sepanjang turun,bertembung dengan ramai lagi pendki - pendaki lain yang baru nak naik...rata - rata bertanya berapa minit lagi sampai ke puncak ye?

Sempat lagi..hahaha

Parking penuh.

Inilah ala - ala kaunter untuk bayar permit masuk...renjer akan kira berapa orang masuk dan keluar untuk memastikan tiada apa-apa musibah berlaku.

Cuma luak separuh botol air mineral dan separuh botol 100 plus :).

Alhamdulillah..kami berdua sampai semula ke tempat parking kira - kira jam 9.48 minit pagi ( 1 jam 8 minit jangkawaktu turun memang lebih cepat dari naik). Husband sempat bersembang lagi dengan pakcik renjer...sementara sy menukar kasut ke sandal yang lebih selesa...kemudian kami kembali ke hotel, berkemas dan balik ke Kluang jam 11.30 pagi ( Sampai Kluang jam 2.30 petang, termasuk singgah Melaka beli belacan.hehehe).

Data hiking mengikut Application Strava, renjer kata 8km sahaja pergi balik, dalam apps ni rekod 10km... hmm...






Where to next? ;)

Ketinggian :825 mtr
Masa diambil untuk naik : 1 jam 30 minit hingga 2 jam.
Masa diambil untuk turun 1 jam.


No comments:

Post a Comment