Friday 30 September 2016

Cuti - cuti Kuching,Sarawak Part 2 : Crocodile Farm

Perkara yang paling disukai anak-anak bila ke hotel, wajiblah mandi manda....


Kemudian, esoknya, sementara sy berkongres, mereka semua telah meninggalkan saya dan pergi ke taman buaya! Tak aci sungguh..huh!...hahah..






Anyway, tak banyak gambar sebab kebanyakannya diambil through video..suka anak-anak tengok buaya semasa diberi makan(feeding time) sebab biasa tgk kat zoo buaya diaaaammm je...


Sedikit info Jong's Crocodile Farm : link website di sini.

-terletak di Siburan, kira-kira 20 minit dari bandar Kuching.
-mempunyai muzium buaya dan taman burung/taman haiwan
-feeding time jam 11 pagi dan 3 petang...

Berapa bilangan buaya tak dinyatakan pulak dalam website nya...



Wednesday 28 September 2016

Cuti-cuti Kuching, Sarawak Part 1: Arrival, Kek Lapis, Kongres

Mini vacation kami 2 dalam 1...sambil mama menyertai Kongres, sambil anak-anak dan abahnya ikut bercuti...

Flight bertolak tepat 8.45 malam(22/9/2016) dan arrival di Kuching International Airport jam 10.25 malam. Sampai di airport, kami dinner sekejap di Sugar Bun ( lamanya tak makan di Sugarbun, last berada di Kuching tahun 1989 hahahaha lama kan...sebab sy anak askar, dulu pernah menetap di Kuching). Kemudian sahabat hubby jemput kami dan terus ke Waterfront Hotel, Kuching.

Seperkara nak kongsi di sini, tiket flight utk 3 orang ( suami dan anak-anak) sepattnya berharga RM886.00 return, tetapi sy redeem BIG Airasia point, maka dapatlah dikurangkan ke RM250.00 untuk 3 orang return. Dapat jimat kat situ, nanti duit lebih buat beli kek lapis dan terubuk masin yeeee hahahahaha... Pada asalnya sepatutnya saya seorang sahaja ke sini, tetapi suami setuju untuk ikut sama bersama anak-anak...alhamdulillah.

Picture captured by Eein, anak sulung saya...hehe..bergegar .
Keesokan paginya, sy mendaftar bagi Kongres dan mulai berjumpa dengan sahabat-sahabat sekelas, ada yang dah 12 tahun lepas graduate, inilah baru jumpa balik!

Dr Chuo, rakan sekelas tahun 1999-2004, kini Presiden Persatuan Veterinar Sarawak...cayalah!
Semasa pendaftaran, ada kaunter jualan kek lapis dan beg anyaman Penan Women...cuci mata dulu.....iman belum tergugat sebab baru 1st day..hahahaha




Selesai register, ada Annual General Meeting (AGM) tetapi sy bukan ahli maka , berjalan-jalanlah kite..sementara menunggu dinner rasmi malam nya.

Dari Waterfront hotel, kami berjalan kaki kira-kira 10-15 minit sebelum sampai ke jeti di depan Hotel Hilton. Kalau salah jeti, nanti jauh pulak nak menapak ke area Kg Boyan/Kg Gersik iaitu tempat kek-kek lapis, food court dan restoran.


Menaiki bot penambang ke seberang sungai...RM0.50 /pax sahaja one way.


Sampai di jeti seberang, berjalan ke arah kanan, dalam 200 meter akan nampak kedai Kek Lapis Mira dan Kedai Kek Lapis Warisan, manakala Kedai Kek Lapis Dayang Salhah pulak agak tersorok, kira2 400 meter dari jeti. Kami pilih untuk ke Dayang Salhah.

Tudiaa...macam hidangan kuih muih raya... boleh sampling(rasa)sepuasnya dan kemudian decide lah nak beli yang mana.



Ada kakak tengah buat kek..kata adik.
Done...banyak yang orang kirim ...hahaha tapi limited due to luggage capacity...

Jam 6 petang, kami singgah dinner di Barok Village, kalau dari jeti kira2 - 200 meter ke kiri.

Ayam pangsuh - kombinasi rasa seperti tomyam dan sup ayam.

Nasi kambing ketok(penyet). Asalnye nak order mee kolok/kolomee tapi belum siap  ..huhu takpe2..nanti kita hunt kolomee.
Kucing mata satu yang sangatla nakal..mengejar kaki orang . Bagi makan ayam baru dia behave.

Waktu balik, saya baru teringat nak ukur jarak sebenar jeti ke hotel kami...Hampir-hampir terlewat ke Fraternity dinner,aka makan malam pembukaan majlis kongres, sebab jam 6.40 petang saya baru nak melintasi sungai!Sampai di hotel, kawan2 maklumkandinner ditangguhkan ke jam 7.30 malam..alhamdulillah sempat join...


Jarang-jarang dapat berkumpul seramai ini...hampir 1/4 dari jumlah keseluruhan kelas hadir! :)

Monday 26 September 2016

Virtual Run/Ride ke 9,10 dan 11.... (1) I Run U Run 11km; (2) Merdeka Run 59km; (3) Merdeka Ride 59km

Feels like birthday presents :) Diterima 2 minggu lepas lagi tapi belum sempat nak update blog....Actually memang birthday saya jatuh pada 31 Ogos...dan menyertai virtual run dan virtual ride sempena Hari Kemerdekaan memang means something to me...dari suka - suka jadi rutin pulak untuk lari/jog/walk/kadangkala cycling basikal statik di rumah. Yang penting..untuk kesihatan diri sendiri juga kan....

Event kali ni anjuran Virtual I Run U Run dari Sabah. Menarik kan Virtual Run ni..event dari Sabah, kita dari Semenanjung boleh join... yuran bermula dari RM35-RM50/event. Cuma I Run U Run ada tshirt sekali..manakala yang dua lagi tshirt optional...sy daftar medal sahaja.

(1) I Run U Run 11 km event ni sebenarnya dah habis pada Jun 2016 tetapi penganjur iklankan masih ada kekosongan....so...the rest is history :),yang ni tak boleh accumulate, kena buat 11km one shot..sy dah terdelete screenshot app...yang sy ingat...i made it to 11.2 km in one shot...banyak jalan dari jogging...


(2) Virtual Merdeka Run 59 km, yang ini accumulate dan tiada dateline...one thing yang sy suka tentang organizer Virtual kali ini, mereka tidak menetapkan dateline..tetapi sy menghabiskan virtual run ini dalam tempoh sebulan..itupun beraktiviti selang 2-3 hari untuk completekan 59 km ( 60.8km to be exact)..


Proof/bukti yang dihantar ke organizer.
(3) Virtual Merdeka Ride 59km, saya lengkapkan dalam masa 3 hari :) yang ini cepat siap sebab saya guna basikal statik dalam rumah sahaja ....


Saturday 17 September 2016

Mendaki Gunung Angsi, Negeri Sembilan (via Bukit Putus)



Buek apo dalam golap tuh???

        Our newest adventure (lah sangat..).. Mendaki Gunung Angsi...terletak di kawsan Hutan Lipur Ulu Bendul, gunung ini mempunyai 2 laluan masuk. Melalui pembacaan di blog, laluan pintu masuk Ulu Bendul mengambil masa 4 jam untuk sampai manakala laluan pintu masuk Bukit Putus mengambil masa 2jam untuk ke puncak. Disahkan oleh renjer hutan yang aku temui di sana, laluan Ulu Bendul sejauh 7.2km manakala laluan Bukit Putus sejauh 4.2km. 

          Kami bercadang mendaki pada 16 September, dan pada sehari sebelumnya memang ada urusan di Sri Kembangan, Selangor,kami memutuskan untuk bermalam di daerah Ampangan atau Seremban (tengok mana hotel yang available dan terdekat). Sebelum check in hotel budget yang kami temui sebelum itu ( RM63/night), saya dan suami decide nak pusing - pusing tengok pintu masuk Bukit Putus. Sampai- sampai je...haha tetiba rasa scary..sunyi....(masa tu jam 3.00 petang)..betul ke ni pintunya...ada satu pondok renjer hutan tapi tutup. Dan parking nya kosong sekosong-kosongnya (pengalaman kami di Gunung Lambak  , parking sentiasa ada orang/kereta dan semasa di Gunung Datuk...ada lah juga nampak 4-5 buah kereta.).Ini tak ada langsung. Kami rasa was-was dan memandu ke Pintu Hutan Lipur Ulu Bendul...mencari orang -orang yang boleh ditanya... sampai di sana ada lah pejabat renjer hutan ni...alhamdulillah ada orang..renjer bagitau..hari weekdays memang tak ada orang di Bukit Putus tu...kalau cuti atau weekend baru ramai orang dan banyak kereta parking. Lega lah sikit rasa...dan renjer tu offer untuk uruskan permit masuk kami sehari awal..sebab kami nyatakan hasrat nak mendaki jam 6.30 pagi. Permit mendaki nya sama macam Gunung Datuk, RM5/person. 

    Puang pang pung pang esok paginya...terlewat 10 minit, maka kami berdua mula mendaki jam 6.40 pagi...

Trail lebih kurang 45 darjah semasa memanjat..dari permulaan hingga lebih kurang 20 minit perjalanan...

Nama checkpoint ni Waterfall View..tapi tak nampak pun waterfall nye hihihi,dalam 30-40 minit dari starting point, sampai lah ke sini.


Selfie, melfie

Rehat 5minit, ambil angin...

View dari CP Waterfall View.
      Selepas dari waterfall view ni, kaki saya terasa berat...nafas makin berat juga walaupun trail nya landai je...hubby tanya kenapa awak makin slow jalan? sy bagi tahu kaki terasa berat nak melangkah...hubby offer nak pikul beg saya ( bukan berat pun ada 2 botol air 500ml, 2 keping kit kat dan dompet duit)...mungkin jugak faktor sebenarnya saya baru sembuh selsema dan batuk so tak cukup nafas / oxygen intake tak efficent bila nak hiking pace biasa....lepas bukak beg tu baru rasa lega sikit....hehehehe....lepas ni lehbuat drama lah...."Suami ku Porter ku".

     Tepat jam 8.20 pagi..kami sampai ke puncak.... alhamdulillah...kiranya dalam 1 jam 30 minit jangkamasa untuk naik...mungkin faktor tak banyak berhenti ( 2-3 kali sahaja) dan kumpulan kecil seramai 2 orang, plus kami limitkan perbualan sebab nak simpan nafas hihi...di puncak ada 3 orang lagi pendaki yang telah sampai lebih awal. Sy dan suami spend lebih kurang 20 minit berehat di puncak, kemudian makin lama langit nampak mendung, jadi kami cepat2 bersiap untuk turun selepas mengambil gambar.

Selamat Hari Malaysia! Dari kami di puncak Angsi...

ada 2 signboard puncak di sini.
Sekonyong-konyong kabus tebal menyelubungi dalam tempoh 5 minit lepas sampai puncak...asalnya kabus ni kat sebelah je dengan kami..bila angin kuat bertiup..puncak diselaputi kabus...macam movie The Fog pulak rasa..sejuk..nyaman...tapi mula rasa renyai - renyai.


Dan...bergambar bersama adik - adik pendaki 3 orang tu tadi ( kami agak mereka berusia 20an...) maklumlah kusedar diri dah berusia ...koff koff...



Ok..enough said..masa untuk turun...kami memulakan perjalanan turun pada jam 8.40 pagi. Sepanjang turun,bertembung dengan ramai lagi pendki - pendaki lain yang baru nak naik...rata - rata bertanya berapa minit lagi sampai ke puncak ye?

Sempat lagi..hahaha

Parking penuh.

Inilah ala - ala kaunter untuk bayar permit masuk...renjer akan kira berapa orang masuk dan keluar untuk memastikan tiada apa-apa musibah berlaku.

Cuma luak separuh botol air mineral dan separuh botol 100 plus :).

Alhamdulillah..kami berdua sampai semula ke tempat parking kira - kira jam 9.48 minit pagi ( 1 jam 8 minit jangkawaktu turun memang lebih cepat dari naik). Husband sempat bersembang lagi dengan pakcik renjer...sementara sy menukar kasut ke sandal yang lebih selesa...kemudian kami kembali ke hotel, berkemas dan balik ke Kluang jam 11.30 pagi ( Sampai Kluang jam 2.30 petang, termasuk singgah Melaka beli belacan.hehehe).

Data hiking mengikut Application Strava, renjer kata 8km sahaja pergi balik, dalam apps ni rekod 10km... hmm...






Where to next? ;)

Ketinggian :825 mtr
Masa diambil untuk naik : 1 jam 30 minit hingga 2 jam.
Masa diambil untuk turun 1 jam.