Sunday 24 May 2015

Budget Hostel: Cameronian Inn

Semasa bertugas outstesen sempat lah merasa 2 jenis penginapan.Salah satunya adalah Cameronian Inn...pilihan ramai backpackers sebenarnya. Harga bermula dari RM20( double decker bed/dorm style - bilik air di luar,sehingga lah unit triple bedroom untuk keluarga ( RM180-200++). Aku pilih bilik standard dengan private bath room berharga RM80/night. Utk budget hotel/hostel..boleh tahan sangat2.Scones di sini dengar2nya famous...tapi masa aku ke sini..chef nya aka kakak owner inn ni..tak ada..so tak merasa lah scones Cameronian Inn..tu yang usaha pi cari kat Boh Plantations tu hehehee....




Menurut owner...gambar unit yang nampak agak baru ni..adalah unit terbaru dibuat iaitu family room....1 katil king di bawah dan 2 single di atas.....
Dapat tengok gambar jelah...hahaha

Saturday 23 May 2015

Cameron Highlands { 18 - 21 Mei 2015}



Nampak macam lama je stay kat Cameron Highlands.Urusan kerja.Empat hari kat sana...3 hari adalah kerja 8 pagi hingga 11 malam.Hari akhir sebelum balik baru dapat greenlight bersurai awal sedikit.Maka beberapa jam yang sedikit tu dipenuhi sebaik mungkin.Haipppp....readyyy..get set...gooo!!!..masa di sana...setiap hari hujan.Suhu dalam lingkungan 17 - 21 darjah celcius.Konon bawak sport shoes/hiking shoes..nak jogging konon.Sekali tiap2 petang hujan..ngahahahahahaha....melepass...

1.Strawberry celup coklat dan bunga -bungaan...... checked!Shopping strawberries, dried fruits & sayur mayur mak kirim...checked!

Sangat murah...3 -4 box plastik RM10.00 ..rasa masam2 manis.Pandai bodek..dapat lah 5 box RM10.00.Kalau kat Giant Kluang ni..RM12 per box..fuh..nak makan smpai cirit strawberry pun boleh kat Cameron Highlands ni hehehehe










2.Ladang teh...checked!

Macam lah sejuk sangat bwahahahahahahaha!!




Posing itu mesti.Opss....
3.Makan scones!!Checked!




Sedap ke scones?macam makan muffin yang tawar..tapi penuh rasa butter.Makan sekali...ok lah...kalau nak makan kali kedua..muak dah kot....

Friday 8 May 2015

Air Terjun Gunung Pulai ..

Semenjak dua menjak ni asyik nak ke Gunung je hahahahaha....semangat gunung sungguh..ok2...sebelum ke Gunung Lambak hari tu..paginya kami ke Gunung Pulai.Kebetulan tido umah nenek di Pontian.Memula anak2 ajak ke water park di Kulai..sadly..bila ke sana dah out of business dah..muka semua dah monyok...so bawak lah jugak ke air terjun Gunung Pulai...mind you..kawasan ni tak sesuai untuk kanak-kanak kerana jarak nya yang agak jauh dari entrance (1800m @ 1.8km) dan juga airnya yang deras..kawasan tebing air terjun juga sgt tinggi dan licin serta berbatu.Menurut ibu mertuaku..dulu kawasan ni cantik ..selalu org piknik tapi dek tanah runtuh tahun 2000 tu...kawasan tepian air yang cantik tu dah runtuh...

Nonetheless..kawasan air terjun ni memang cantik cuma bahaya sedikit..really2 not recommended for little children..kena pantau je selalu takut terjatuh n hanyut je huhu...kalau remaja ok kot..14 years and above...









pingsaaannn...mujur la mama nya fit hohohhooh....boleh E-ein ckp lenguh x bolehnak jalan masa otw turun..1.8 km tu huwaaa
 Oh..gambar di bawah ni otw naik....T_T Aisy refuse to walk!!! Sebab kami tak prepare kasut utk anak2...kesian juga..hmm...pakai selipar je kalau budak2 memang sakit kaki...



Monday 4 May 2015

Mendaki Gunung Lambak

View Gunung Lambak dari bandar Kluang (sumber: Flickr)


Gunung Lambak yang terletak di Kluang,, Johor dengan ketinggian setinggi 510 meter (1,673 kaki).

Gunung Lambak mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat pelbagai flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Pada tahun 1969 sebuah stesen pemancar TV RTM telah siap dibina untuk memberi mutu siaran TV yang baik bagi penonton di daerah Kluang. Sebelum ini, penonton di sini mengikuti siaran Tv dari pemancar Gunung Pulai, Johor Bahru. Namun demikian operasi stesen pemancar TV gunung Lambak hanya bertahan selama 13 tahun sahaja kerana Kementerian Penerangan Malaysia ketika itu mahukan penduduk di Johor supaya lebih menonton siaran TV Malaysia berbanding siaran TV Singapura. Untuk itu sebuah stesen pemancar TV RTM yang baru telah siap dibina di Gunung Ledang, dekat Tangkak yang kawasan liputannya lebih luas. Oleh itu stesen pemancar TV di Kluang ditutup secara rasmi pada tahun 1983. Bermula dari tarikh itu, penonton di Kluang perlu menghalakan antena TV ke arah Gunung Ledang, secara tidak langsung siaran TV Singapura menghadapi gangguan kerana talaannya tidak sama dengan siaran TV Malaysia. Keadaan yang sama turut berlaku di Batu Pahat di mana Stesen Pemancar TV Bukit Soga, Batu Pahat turut ditutup. Sekarang ini stesen pemancar TV di Gunung Lambak dikawal selia pihak Telekom untuk sistem komunikasi sahaja, bukan penyiaran lagi.
Sumber: Wikipedia

Adeh wikipedia ni banyak cerita pasal stesen pemancar TV pulak. Semalam, 3 Mei 2015, aku dan adik ipar ku tetiba rasa nak daki Gunung Lambak...dengar2 cerita dari kawan2 yang pernah mendaki...mendaki Gunung Lambak memerlukan masa lebih kurang 1 jam utk sampai ke puncak bagi orang yang sederhana fit . Bagi yang betul2 fit, mungkin dalam 35 hingga 40 minit dah sampai ke puncak. Nak banding dengan Gunung Pulai, memang Gunung Pulai lebih tinggi, tetapi diberitakan, trek Gunung Lambak lebih mencabar.

So kisahnya...alang - alang tengah training dan tengah dalam momentum yang tinggi mood rajin naik gunung ni...kami teruskan hasrat tanpa hubby ku yang belum baik kecederaan lututnya .Selepas Asar, aku dan adik ipar bertolak ke Gunung Lambak yang kira - kira 9km je dari rumahku. Mudah je nak cari Gunung Lambak ni..cari je ikut signboard hehehe...

Muka sebelum mendaki...bedak dan lipstick belum hilang.
Trek bersimen selepas jambatan gantung..trek ni tak delah mcm ni sampai atas....

Trek awal2 ni...10% je dari kesukaran trek selepas 300m

Keringat membasahi muka...fuh



Ini kira...checkpoint 1 kot... hahaha belasah je...Kalau ikut peta...ada 3 jalan nak naik ke atas....kitorg belasah je jalan mana2...tanya2 orang hahahaha
 

Makin lama makin sukar....



Bila tengok bawah...fuhhhh sayupppp je..gunung ni juga digelar gunung pacak...sebab trek nya yang lebih kurang 60-70 darjah(kot)



Ada cerita lawak di sebalik pendakian gunung ni...kami berada di kaki gunung jam 5.15 petang.Budget2..ok sejam boleh sampai ni..then boleh sampai bawah semula sebelum maghrib. Lepas tu..bila tgk trek dia mak aaaaaaiiii....nak muntah rasanya...memula tgk..oh lagi 500m...pastu selepas what we think as an eternity punya climbing..eh baru berbaki 300 m lagi??Terserempak dengan pendaki lain..errr...berapa minit lagi ye...ada yang ckp " tak lama kak..lagi 10 minit...jangan berhenti la kak..jalan terus (maksud dia jalan non stop)".

Jalan punya jalan punya jalan..10 minit..mana puncak nih...masa tu jam dah kul 6 petang...aku ckp dengan adik ipo aku..kalau kita tak sampai puncak by 6.15pm kena turun balik.Kalau gelap kang naya...Kitorg teruskan perjalanan... sebenarnya tak jauh sangat tapi sebab jenis memanjat pacak tegak...adoi...macam daki tangga Great Wall yang tak rata pun ado..(lebih dasyat kot..Great Wall pi musim sejuk..tak berpeluh pun )..hahahhaa.. ok..adik ipo ku kata..takpe kita try..tu pokok dah mcm kurang..mesti dah dekat...

Daki punya daki....nampak sign 100 m..yeay..eh jangan suka dulu..belum sampai..5 minit lagi memanjat(tapi perasaannya macam 50 minit adoiiiyaiii...)...... akhirnya....


Posing cepat2..alhamdulillah...sampai jugak!
Ada satu tiang besi..sebenarnya tiang ni untuk dipanjat bg kita tengok view bawah...biasa je...cuma nampak kilang2, rumah2,jalan raya..tapi ada satu kepuasan di situ....


Sila bandingkan dengan muka sebelum mendaki wakakaakka
Waktu nak turun..kami follow adik ni..kami request nak ikut dia turun sebab...takut wooooo dah lewat petang hahahaha tu lah cari pasal lagik daki petang rembang!!
Kami sampai ke kaki gunung tepat jam 7.15pm...fuh....balik mandi2 kat rumah tuko baju solat Maghrib..then meneruskan perjalanan ke Bndr Tenggara iaitu rumah mertua sebab nak hantar adik ipo dan anak2 n hubby pun kat sana cuti2 ni hehehehe...ini lah unplanned adventure kami...memang niat nak daki lagi gunung ni..tapi....pastikan mendaki awal pagi ya! Jangan lewat2 petang!

Jarak dari rumah mertua: 30-35 km- 40 minit.
Jarak dari rumah sendiri: 9km- 8 minit
Tinggi dari aras laut: 510m
Tempoh pendakian: 1 jam
Tempoh turun: 1 jam 

*Note: kena bebel dengan mak mertua...pastu kena bebel dengan kawan yang dah biasa daki Gunung Lambak ni sebab turun time maghrib...katanya...mujur lah korang selamat turun...sebenarnya tempat ni keras..... O_O hohoho....ok2 kami serikkkkk...