Saturday 28 February 2015

Hutan Lipur Gunung Belumut, Kluang

Sempena cuti2 CNY baru - baru ini, kami berkesempatan membawa 2 orang anak dara tecit ni ke Hutan Lipur Gunung Belumut...asyik2 jalan gi playground, taman & shopping mall, sekali sekala introduce anak-anak ke nature...

Mula2 E-ein punya lah risau bila bagi tahu nak masuk hutan...dia dah terbayang harimau, gajah macam cerita Pada Zaman Dahulu tu hahahaha hadoi!

Intro tentang Gunung Belumut dari Wikipedia :

"Gunung Belumut yang terletak 18 kilometer di timur Kluang ialah gunung kedua tertinggi di negeri Johor, Malaysia. Tingginya 1,010 meter, sedangkan tinggi Gunung Ledang yang merupakan gunung yang tertinggi di negeri ini 1,276 meter.
Gunung Belumut mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas. Perkataan "Belumut" merujuk kepada batang-batang pokok yang dilitupi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau. Serupa dengan banyak hutan di Malaysia, terdapatnya harimau di gunung ini. Bagaimanapun, harimau Malaysia biasa takut akan manusia dan akan menyembunyikan diri. Walaupun demikian, Gunung Belumut pernah ditutup buat sementara waktu pada pertengahan 1990-an disebabkan seekor harimau yang menyerang ternakan di sebuah kampung di sana.
Salah satu tarikan gunung ini ialah "Batu Mahkota", sebuah batu yang kelihatannya seolah-olah satu mahkota raksasa, dan dapat dilihat selepas penggembaraan berjalan kaki selama dua jam."

Kalau nak memanjat gunung ni, sila register kat pejabat renjer hutan di area pagar masuk...kalau setakat nak mandi manda, no hal..tak payah register register dah.

So jom tgk gambar anak2 yang tak pernah jumpa air terjun hehehehe....





"Abah!!Tunggu sayeee..."

Takut sebab jambatan bergoyang...


"Mama ,nak mandi!"

Mula-mula...malu-malu..takut la...geli lah pijak pasir...sakit kaki lah pijak batu...

Lepas tu....






Lepas tu bila nak ajak balik..semua tak nak keluar dari air....hahahahaa




Wednesday 25 February 2015

Cerita tadika

Baru - baru ini, sempena mesyuarat PIBG tadika E-ein & Aisy, ada pertandingan membuat ABM untuk kanak2 tadika...

Sempat siapkan E-ein punya je( huruf jawi...)..yang Aisy punye tak sempat siap..lagipun Aisy menumpang je tahun ni...serious tak sempat siap huhuhu..i'm sorry Aisy...

ABM in progress....makan masa 2 hari nak siap...
Tampal...and laminate

Letak ring....


Pertandingan mewarna sementara tunggu mesyuarat PIBG bermula..


Fuh..cantik-cantik belaka...



Aisy tak ke sekolah that day...selsema...


Suka dapat hadiah....

Tahniah anak mama!