Wednesday 31 December 2014

Devastated ...Flood & QZ8501

Doakan banjir segera pulih....



Baru tengok berita di Awani dan Berita Harian Online  tadi..QZ8501)! bertabahlah...Malaysia!





Tuesday 30 December 2014

Sekolah tangguh...


KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Respons my daughter , E-ein..."ala.....lama lagi nak sekolah..E-ein rindu sekolah...rindu kawan-kawan..." ^_^

Lagi gambar banjir kredit to this blog: WeeLing 





Monday 29 December 2014

Pray for QZ8501

T_T... 3rd plane tragedy for Malaysia....Innalillahi wa innalillahirajiun...


Sunday 28 December 2014

Back to school,E-ein & welcome to school, Aisy!

4 Jan ni Aisy bakal ke tadika..she is only 3 years old, sebab lahir Disember 2011.Tapi kalauikut tahun, Januari 2015, umur nya dah 4 tahun...so, Aisy akan ke tadika sama dengan E-ein(E-ein dah 6 tahun next year).

Jadi ini antara persiapan untuk kelengkapan sekolah...untuk tadika ^_^

E-ein
Baju uniform tadika 2 pasang : plus minus RM22.00 x 2=RM44.00
Kasut sekolah (biasa aku beli yang RM10 sepasang, tahun ni abah sponsor Bata)=RM28.00
Stokin 3 pasang = RM7.00
Pencil box Disney= RM12.00(mahal dah ni bagi aku, itupun hampir2 tak jadi beli tapi E-ein buat muka dengan mata macam Puss in Boots)
Alatulis:RM0.00 sebab baki stok tahun ni ada lagi...
Pakaian sukan: RM0.00 sebab nanti tadika bagi sekali dengan byrn yuran
Beg: pakai beg tahun lepas

Total : RM91.00

Aisy
Baju uniform = RM0.00 ( hand me downs from E-ein, takdak saiz untuk Aisy di kedai)
Kasut sekolah from abah = RM28.00
Stokin 3 pasang= RM7.00
Pencil box Disney =RM12.00(tiru kakak okeh)
Alatulis: RM0.00(amik E-ein punya stok je hahaha)
Pakaian sukan : RM0.00 tunggu tadika punya
Beg: pakai E-ein punya yang tahun 2013

Total : RM47.00


Lain-lain:
Kos yuran kali pertama awal tahun RM80.00/seorang
Kos yuran bulanan tadika KEMAS RM20.00 sebulan seorang..
Yuran gambar konvo RM20.00 seorang

Tak semestinya tahun baru, semua barang kena baru ^_^

Tengah mempertimbangkan untuk masukkan E-ein ke Tadika Agama Johor atau kelas mengaji  sebelah petang, tapi takut dia penat pulak....still thinks she is too young to be schooled pagi dan petang.......darjah satu nanti, sekolah pagi petang lagi....we'll see how...




Friday 26 December 2014

Bertabahlah....

View di rumah nenek di Kota Bharu(Kg Sireh,area Istana Kota Lama)


 Masa entry ni ditulis,nenek dah dijemput oleh pakcik n makcik ke rumah mereka yg x dinaiki air..ramai pnduduk yg dah evacuate rumah masing2...

Yang kat bawah ini pula di UMK Pengkalan Chepa..which is..sepelaung dari my parent house..alhamdulillah,my mom mmg stays with my sister in Penang sejak arwah Abah pergi..tapi risau jugak sbb rasanya rumah kami naik air jugak lah ni...




Semua gambar diperolehi dari Whatsapp**.Semoga semua selamat dan dilindungi Allah swt.


Tuesday 23 December 2014

Mari ke Legoland

Sumber gambar: Dynamic Vacation
Hujung November baru-baru ni my sister's family datang bercuti ke Johor...from Penang...memang impian anak2 sedaraku untuk ke Legoland.

Kebetulan kami ada voucher KFC 35% off day ticket.So harga ticket dewasa yang RM140.00 after discount jadi RM91.00, dan until kana-kanak 3-12 tahun dari RM120.00 menjadi RM78.00 . Kami sampan ke sana jam 10.30 pagi...walaupun banyak games and activity E-ein & Aisy tak boleh join sebab tak cecah had ketinggian, we have fun nevertheless...ada banyak juga games until kanak-kanak ketinggian 80cm.Macam E-ein dah 1 meter lebih tapi sisterhood spirit, adik tak dapat, so kakak pun x main...Jam 3.30 petang baru kami keluar hahahahah.Sebenarnya dah penat dah tapi melayan nephews from Penang kan.Ini kali kedua kami ke ini.Sebelum ni 2 tahun lepas semasa opening, ku beli ticket semasa Matta Fair RM85.00/pax.Masa pegi tu hujan lak tu,ditambah E-ein tantrum sebab byk tak boleh main games n aktiviti kat situ......2 jam je kat sana pastu balik..rugi huhuhu..huhuhu so ni kira counter balik visit yang sebelum ni hehehe..here is the pics!

Note: Gambar bersepah..malas nak susun..belasah je lah hahaahha..malassssss...





























Monday 22 December 2014

Belajar buat air asam hehe


Sudah tua bangka tapi baru pandai buat air asam...makanya asyik kena bahan dgn encik suamiku adeiiii...

Bahan-bahan

Sekeping belacan dibakar
1/2 cawan asam jawa adabi
Cili padi,bawang merah dipotong2

Hancurkan belacan dan gaul dgn asam jawa.Tambahkan air masak ikut kepekatan yg dikehendaki.Masukkan bahan2 potong dan gaul.Boleh juga tumbuk cili padi kalau mahu lebih pedas.Boleh juga tambah sedikit gula.

Teringat2!

Sunday 21 December 2014

No Sugar Added Moist Chocolate Cake

Since i have made a promise to bake a cake with Eein,kena lah tunaikan...Eein ni suka buatkan je,tapi x suka makan kek ..huhu

The recipe

250gm butter(i use tatura)
250gm honey
6 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan serbuk koko

Steps;

Pukul butter dan honey hingga berkrim.Masukkan telur dan putar hingga kembang.Masukkan esen vanila.Masukkan tepung,koko dan air berselang seli hingga habis.

Bakar pada suhu 160 celcius,selama 1 jam.Boleh letak dlm loyang atau acuan cupcakes.

Topping

1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu esen vanilla
1/2 cawan minyak zaitun atau butter lembut
1/2 cawan susu pekat manis atau plain yogurt atau whipping cream

(jika guna plain yogurt,kena add honey sikit bg manis)

Campur semua bahan dan masak cara double boiler.

Bila kek n topping dah sejuk,sila tuang topping atas kek dan sejukkan semalaman dlm fridge sblm ngap!





Budak kecik dan comot tiada boleh dipisahkan jua....


Tangkap leleh youuuuu!!

Bawa ke tadika pagi ini..(ada tusyen cuti sekolah)



Saturday 20 December 2014

Cenderahati dari Kobe

Mood; sakit kepala...tapi masih boleh berdiri dan berjalan jadi no need mc lorrr...

Thank you to my friend,yang sudi mencarikan ku FM dari Kobe. ^_^ Arigato gozaimasu!


Buku nota Be Strong tu bukan dari.  Kobe hihi
Bila la nak sampai ke Jepang nih..ehek..

Friday 19 December 2014

Simple,plain homemade butter cookies



Bahan-bahan

125gm butter
375gm madu(aku guna organic brown sugar,madu dah habis)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
some chocolate chips/rice/kismis
1 biji telur

Cairkan butter dan gula.Campur dengan semua bahan kecuali choc chips.Bila adunan dah x melekat kat tgn,masukkan choc chips dan gaul rata.

Terap atau buat bentuk bulat dan leperkan.Bakar pada suhu 160 celcius,30 minit.Sejukkan dan simpan dalam balang.



Pembantu cilik..Eein gentel2 adunan, nak buat olaf katanya..:)


Lain kali boleh buat lagi!
Approved by Aisy!