Saturday 8 March 2014

Beijing Day 1: Tiananmen Square & Forbidden City

Arrival PEK airport:

Kami (aku, E-ein dan abah E-ein)  bertolak dari LCCT pada 30 Nov 2013 jam 7.10 petang....dan tiba di Beijing Airport esok pagi nya, 1 Disember , jam 1 pagi...lepas immigration check,dalam kul 2 pagi dah settle jumpa lah dengan pemandu kami iaitu Chin.Chin tak fasih berbahasa Inggeris, sampai2 je terus dia hulur hp dia kat aku, bagi aku cakap dengan Lily, our actual tourist guide.Lily kata, Chin akan hantar kami ke hotel City Inn,kami rehat2 dulu, dan jumpa jam 11 pagi nanti......keluar dari airport, sekali angin menampar muka..brrrr sejuk gila...(masa ni dah pakai winter coat/jacket sebab dah get ready dari dalam flight...handcarry semua pakaian baju sejuk , gloves dan muffler).....Chin kata suhu malam tu -1 darjah celcius..sayangnya salji belum turun..silap percaturan..datang awal sgt mih mih mih......

Chin sangat friendly, tinggal nak communicate susah sket..macam ayam itik tapi boleh faham lagi lah....urusan hotel  check in dibantu oleh Chin, dia hantar sampai ke bilik....siap tolong angkat beg.

First day tour

Pokok depan hotel pun pakai winter coat hehehehe...
Our ride....Buick!

Menurut Lily, aktiviti hari ini, jalan2 kat Tiananmen Square, Forbidden City , pusat ubatan/farmasi tradisional ,lunch di restoran muslim kemudian solat zohor di masjid tempatan(Masjid NiuJie atau Ox Street Mosque...dinamakan Ox Street sebab ada pasar jual daging lembu kat sini....ikutkan gi Masjid Niu Jie patutnya esoknya..ikut itinerary asal......yes, itinerary yang sebenar takkan sama dengan itinerary dari tour agent di Malaysia...kat sini dia ikut kesesuaian masa dan perjalanan). Lepas solat zohor, leh jalan2 kat Muslim Market di area masjid tu....hehehe since dah 3 bulan baru nak update, ade gak yang aku ingat2 lupa.....malas nak belek2 turutan gambar yang ada dlm 2000 keping dlm folder ni hahahaha.....

"Sedikit info mengenai Dataran Tian An Men

Kawasan yang berkeluasan 440,000 meter persegi itu terletak di tengah-tengah bandar Beijing. Ia juga merupakan dataran ketiga terbesar di dunia selepas Dataran Merdeka di Jakarta, Indonesia dan Dataran Bunga Matahari di Palmas, Brazil.
Nama kawasan itu diberi sempena sebuah pagar yang terletak di utara dataran tersebut iaitu Pagar Tiananmen. Selain itu, dataran tersebut juga menyimpan kisah-kisah besar dalam lipatan sejarah negara China.
Selain dataran yang luas terbentang, Menara Tiananmen merupakan signatur penting di kawasan tersebut. Menara yang dibina pada tahun 1417 iaitu ketika pemerintahan Dinasti Ming (1368 hingga 1644) itu merupakan pintu masuk ke Kota Larangan.
Paling penting, pada era tersebut, menara itu menjadi tempat penabalan maharaja dan maharani.
Dengan lakaran potret pemimpin komunis awal 1900-an, Mao Zedong yang tergantung di tengah-tengah menara itu, ia menjadi simbol pemodenan kepada rakyat China.
Sehingga tahun 1911 iaitu berakhirnya legasi kerajaan feudal di China, tiada sesiapa pun dibenarkan untuk memasuki menara tersebut kecuali keluarga diraja dan golongan bangsawan. "
 
Lily is friendly...tapi ade satu benda aku tak gemor sikit...Lily jalan laju!Dahlah kami dgn budak kecik...E-ein kadang2 mintak dukung sebab Tiananmen square saaangat luas!Cakap pun laju..aku suspect dia hafal je apa yang dia cakap..sebab bahasa Inggeris dia tak berapa fasih( but better than Chin's), bila aku konar cerita pasal benda lain, dia tengok je muka aku mcm tak faham, pastu dia sambung cerita tour hahahaha......byk kali aku dgn Cg Fly tergelak2 bila soalan kami tak berjawab....layankan ajelah....

Forbidden City, ada berlapis2 pintu..tourist dibenarkan masuk hingga pintu kedua je(satu lapis pintu, dah leh bukak selapis winter coat hahaha...semput berjalan laju...)...., Lily cakap...cuma 10% dari keseluruhan ForbiddenCity yang dibenarkan orang ramai masuk...baki 90% lagi adalah forbidden sebab memang kerajaan China tak kasi...maybe sebab nak pelihara artifak kot..
Kena pau
Selepas tour kat dataran dan istana terlarang....Lily bawa kami ke satu tempat ni,ada jual ubat2 dan katanya pusat farmasi tertua di Beijing.Sampai2....kami disuruh bukak kasut..suruh rendam kaki dalam baldi kayu....rupanya nak diurut kaki..kemudian datang sinseh bersama translator nya( Chinese yang boleh cakap Indonesia...)...sambil kaki diurut, sambil sinseh tilik tapak tangan....check kesihatan...
Aku dengan Cgu Fly angguk2 je ...iyekan aje lah..dikatanya aku ni ada masalah buah pinggang dan tulang belakang..while , Cgu Fly ada masalah liver(hati).Disarankan beli ubat2 deme....sebotol RM300-500, kena habiskan sebotol sebulan...dipujuk2 sipaya kami beli..kami cakap, "memang tak mahu..."...terus sinseh berubah muka kelat...tinggalkan bilik consultation.Si tukang urut ada lelaki dan perempuan, macam umur 20an...tiba2 hulur tgn...aku dgn Cg Fly, eh ape diorg nak ni...tunjuk2 mcm suap makanan...lerr...nak tips...aku nak hulur 5 yuan sorang...no ,no, deme nak 20 yuan seorang.Ish aku dgn Cg Fly tak pueh hati...tapi Lily jauh kat luar...last2 Cg Fly bagi jugak....esoknya bila Lily tahu, Lily ckp, sepatutnya jangan bagi, sebab tu satu kesalahan..dan boleh bawa nama buruk kepada Lily...oh rupanya....terkena kami...Lily awat tak habaq awai2!huhuhu.....

Tianan Men Square yang luas!


Laluan terowong bawah tanah untuk cross dari dataran ke Forbidden City
Terowongnya....

Ada budak dah penat...hihihi


Nampak macam panas terik..tapi 0-6  darjah celcius...hamekawww..


Excited tengok air beku....

Jalan tak rata di Forbidden City




Salah satu cara lagi melindungi pokok dari sejuk...cat lapisan protection.

Tempat luas..suke ler dia....


Wall of Supreme Harmony, dalam Forbidden City...
Bergambar dengan pintu merah ini wajib!
Lapar...makan roti dulu....
Lepas lunch, dibawa ke masjid , solat zuhur dan asar jamak...lepas tu dibawa menonton aksi Acrobatic remaja2 China...(maaf tak ada gambar masa ni sebab memang deme tak bagi...takut flash kamera mengganggu kanak2/remaja yang tgh perform, leh jatuh kalau depa terperanjat atau silau.........then dinner at 5 pm, pukul 6 pm dah gelap...masa utk acrobatic show...lebih kurang sejam..takde gambar jugak sebab banyak amik video guna hp...memang kagum tgk budak2 muda meliuk2 panjat tinggi2, timang2 pasu dan tembikar guna kepala je..naik basikal bertingkek2...rempit  moto dalam bebola besi(5-6 orang motorcyclist lagi tu..)...dalam kul 8, dihantar pulang ke hotel...kul 8 malam ni macam dah kul 10 malam dah...lepas mandi2 , golek2 tiga beranak atas katil sambil layan tv yang sepatah haram kami tak faham(E-ein boleh layan kartun cina hahahaha)....maka...ZZZzzzz...
Di perkarangan masjid NiuJie (Ox street mosque)
Masa ni kat masjid..laman masjid ni luas....tapi tempat solat lelaki dan wanita agak jauh...

Anak sapa nih? hahahaha... sopan je tunggu mama dia solat ye...

E-ein cakap dia panas....tak nak pakai winter jacket...oh anakku..

Saya suka!Saya suka!


No comments:

Post a Comment