Sunday 26 January 2014

Jalan - jalan I-city : Part 2( 14/12/2013) ~Snow Walk

Bila aku bagitau kawan2 nak gi I-city, semua rekemen tgk lampu kat I-city...aku tak plan nak tgk lampu pun sebab aku tak minat hahahaha...nothing special for me bab lampu2 ni..sorry...

Yang penting misi aku nak bagi E-ein tgk air batu hahaha...kenapa air batu? sebab kat Snow walk tu bukan salji..memang ghope air batu campur terus..( shaved ice)...dan basah...i never experience snow tapi menurut pembacaan, snow is supposed to be dry kan? Faham2 je lah dah kita ni cuaca tropika, ais mudah cair. , so masuk Snow walk tu, budak2 la suke...nak main slide, main tolak2 kerusi atas permukaan ais, main snow sledge.

Menurut info dari staf dalam Snow Walk I-city tu, biasanye suhu dalam Snow Walk dalam -5 degree celcius.Since aku pegi tu hujung minggu plus cuti sekolah, suhu telah diturunkan lagi kepada -10 untuk mengelakkan ais mencair dek suhu badan dan haba pernafasan dari pelawat yang ramai.Bayaran masuk, RM25 sebelum 6 petang, RM30 selepas 6 petang.Kanak - kanak kurang dari 90 centimeter tinggi masuk percuma(masa aku pergi tu lah, sekarang tak tau lah ade percuma2 lagi tak).

Tak banyak gambar aku amik dalam tu,itu pun pakai hp je..sebab duk jaga Aisy yang happy berlari sana sini dan jatuh klepek2 sebab licin. E-ein kemain lah suke...banyak kali kami keluar masuk sebab tak tahan sejuk.Last2 ibu mertua ku tak tahan, dia terus keluar bersama adik ipar dan bawak Aisy sekali tunggu dalam kereta.Winter jacket yang dibekalkan adalah sgt uzur dan dah nipis.Kalau tau, aku bawak winter coat sendiri(tapi malas lah nak bawak sebab mkn byk space dlm beg).Memang kebas pipi dan tanganmasa masuk dalam ni.

Happy tul diorg dapat jalan2....

me, mak metua, E-ein dan Aisy

Budak2 ni masuk je terus buat aksi rama2 ni hadesss....

Aisy busy main ais....kasut but tu kami bwk sendiri ye...kalau yang Snow Walk kasi sewa, kasut but Pua Chu Kang style


E-ein tak nak balik,..hehehe..brr sejuk bangat!-10degree la katakan!memang macam dalam cold room daging lembu!


Ha ni nak komplen nih...

1.Tiket dah la mahal..pastu dpt jacket je..itupun buruk dan lusuh siap butang tanggal
2.Kasut kena sewa( gumboot) - patut nye bagi lah sekali dlm harga tiket tu..ni di caj lagi...betul2 buat duit ler huhuhu..bijak2....
3.Tak ada makluman kepada pelawat bahawa dalam tu wajib pakai kasut dan stokin.Ada ibu bapa yang bwk anak2 masuk selipar jepun.(stokin, muffler , sarung tgn danwinter hat memang ada dijual..tapi MAHEI!!!!ibu bapa bakal kehabisan duit jika anak2 mengamuk menangis nak item-item ini....)

Saranan: kalau nak bwk anak kecik2 masuk jugak....hangpa pakaikan stokin dan kasut sukan kat anak2...atau kasut bertutup...kang tak pasal kena reput frost!suhu negetip ni tau...aku pi Beijing suhu baru -1 celcius, boleh tahan sejuk sebab pakai inner(thermal wear/long john), lapis dengan tshirt , sweater, kemudian winter coat , sarung tangan , muffler dan winter hat/winter cap(bagi lelaki).Ada kanak-kanak yang nangis dalam tu sebab sejuk( kejang kaki agaknye), tapi parent lak excited lebih, tak mo keluar2..come on la weh...kesian kat anak ok!keluar kejap, dah hilang sejuk masuk lah balik....

Aku dah pesan kat ahli keluarga pakai kasut bertutup, berstokin, dan aku bawakkan muffler , winter hat dan jugak sarung tangan for each person since memang kami baru balik dari Beijing.

4.Tak nampak any personel Icity yang bagi briefing keselamatan sebelum masuk Snow Walk tentang apa perlu dibuat kalau kecemasan.

Kesimpulan: Snow Walk ni boleh jadi best kalau extra features disebut di atas dilaksanakan.Kalau tak, Snow Walk ni kira  macam peti ais yang besar je lah.....huhu...but still a good place for children, dengan syarat, ibu bapa , PLEASE lah....pakaikan anak pakaian dan kasut yang bersesuaian!!!!!!

1 comment: